PKPI Kangar

PKPI Kangar Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam TNB, Kangar Perlis.

🤝 SERAHAN SUMBANGAN CSR TNB DEMI KESEJAHTERAAN KOMUNITI SETEMPAT 🤝19 Jun 2026 – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menye...
20/06/2026

🤝 SERAHAN SUMBANGAN CSR TNB DEMI KESEJAHTERAAN KOMUNITI SETEMPAT 🤝

19 Jun 2026 – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyempurnakan Program Serahan Sumbangan CSR TNB yang berlangsung pada jam 12.30 tengah hari di Masjid Al-Ikram, Kampung Sena, Arau. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan TNB dalam menyokong pembangunan komuniti serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

Melalui sumbangan yang disalurkan, sebanyak tiga unit katil lengkap dengan tilam khas hospital telah berjaya dibeli bagi kegunaan komuniti yang memerlukan. Kemudahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada golongan uzur, pesakit dan individu yang memerlukan penjagaan khas di sekitar kawasan tersebut.

Yang DiPertua PKPI Kangar En Abd Manan Abd Rahman hadir mewakili TNB untuk sesi serahan tersebut dengan diiringi oleh penganjur utama TGBS dan 8 orang ahli PKPI Kangar.

Selain itu, hasil sumbangan CSR TNB turut dimanfaatkan untuk membina ramp laluan kerusi roda di Masjid Al-Ikram bagi meningkatkan aksesibiliti dan keselesaan para jemaah, khususnya warga emas serta orang kurang upaya. Kemudahan yang disediakan ini telah mendapat perhatian dan penghargaan pelbagai pihak.

Malah, usaha murni tersebut turut menambat hati Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, yang berkenan hadir menunaikan Solat Jumaat di masjid berkenaan. Semoga inisiatif seperti ini terus menjadi pemangkin kepada semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam membina komuniti yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya maju.

5 Mac 2026 | Perkarangan Surau, Kuarters Utan Aji, KangarHampir 30 orang ahli gabungan PKPI Kangar, Kelab Kilat Kangar d...
07/03/2026

5 Mac 2026 | Perkarangan Surau, Kuarters Utan Aji, Kangar

Hampir 30 orang ahli gabungan PKPI Kangar, Kelab Kilat Kangar dan Pelitawanis Kangar turut serta menjayakan program mengacau Bubur lambuk Edisi 2026 kali ini.

Suasana penuh silaturrahim bermula jam 8 pagi dan selesai kira-kira jam 1 tengahari dengan diketuai oleh Pelitawanis Kangar telah berjaya memasak 2 periuk besar bubur lambuk.

Kira-kira 818 pek bubur lambuk telah diedarkan kepada semua warga kerja dan pengguna TNB yang berurusan di Kedai Tenaga TNB serta hampir 330 bekas disumbangkan untuk Majlis Berbuka Puasa Program Ihya Ramadan TNB di Masjid Al-Ikram, Kg Sena Arau.

5 Mac 2026 | Mata Ayer, PerlisYang DiPertua PKPI Kangar mengiringi Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. S...
07/03/2026

5 Mac 2026 | Mata Ayer, Perlis

Yang DiPertua PKPI Kangar mengiringi Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad melawat pesara En Ahmad bin Mahmood yang terlantar akibat slip disc yang dialaminya.

Turut serta adalah beberapa pegawai dari pelbagai unit dalam menzahirkan rasa tanggung jawab dan prihatin terhadap pesara TNB.

27 Februari 2026 / 9 Ramadhan 1447 (Jumaat)Wisma TNB, Kangar, Perlis Sesi penyerahan buah kurma/Tamar kepada unit Perkhi...
27/02/2026

27 Februari 2026 / 9 Ramadhan 1447 (Jumaat)
Wisma TNB, Kangar, Perlis

Sesi penyerahan buah kurma/Tamar kepada unit Perkhidmatan Pengguna telah diadakan di lobi Kedai Tenaga TNB.

Seramai 8 orang rakan kerja di unit berkenaan telah menerima sumbangan tersebut dari Yang DiPertua PKPI TNB Cawangan Kangar, En Abd Manan bin Abd Rahman.

Turut serta adalah Setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari PKPI Kangar.

Semoga PKPI terus berpeluang berbakti dan memberi manfaat kepada semua ahli kerana Allah.

Selamat menjalani ibadah puasa di Ramadhan tahun 1446 Hijrah, 2016 Masehi. Semoga segala perkara yang kita lakukan didah...
19/02/2026

Selamat menjalani ibadah puasa di Ramadhan tahun 1446 Hijrah, 2016 Masehi.

Semoga segala perkara yang kita lakukan didahului dengan niat beribadat kerana Allah, dengannya moga Allah terima segala amalan dan perbuatan kita sebagai amal baik untuk meraih SyurgaNya. Aameen yra.

Address

Wisma TNB
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKPI Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share