10/04/2023
Program Singgah Sahur KESUKEREP 2023
Padang Besar , 8 April 23 : Kelab Sukan , Rekreasi dan Kebajikan RELA Negeri Perlis (KESUKEREP) telah menganjurkan sebuah program Singgah Sahur yang menyantuni petugas - petugas kawalan tetap RELA diseluruh negeri Perlis . Program yang dijalankan di Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) Paya telah dihadiri oleh Penasihat Kelab , PPjKR Henra Bin Herman , Pengerusi Kelab , PPjR Mohd Firdaus Bin Othman serta ahli kelab yang turut sama sama membantu menyediakan pek makanan yang akan dijadikan juadah untuk petugas bersahur .
Program ini berakhir pada jam 4.30 Pagi melibatkan keseluruhan Pos Kawalan Tetap RELA di Negeri Perlis dan program seperti ini dapat merapat ukhwah dikalangan kakitangan Pejabat serta warga petugas RELA dilapangan .
ÂŠī¸ 2023 Unit Media KESUKEREP | KELAB SUKAN REKREASI DAN KEBAJIKAN RELA NEGERI PERLIS