Malaysian Relief Agency Perlis

Malaysian Relief Agency Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Malaysian Relief Agency Perlis, Non-Governmental Organization (NGO), Lot 150, Jalan Madu, Kampung Sempering, Kangar.

MRA Perlis is a humanitarian organization registered under the Trustee Act 1952 (PPAB 20/2010) with the primary goal of assisting those affected by natural disasters or armed conflicts both locally and internationally.

Sempena Hari Kebangsaan Ke-69 ini, marilah kita terus memelihara perpaduan sebagai warisan yang paling berharga untuk ge...
30/08/2026

Sempena Hari Kebangsaan Ke-69 ini, marilah kita terus memelihara perpaduan sebagai warisan yang paling berharga untuk generasi yang akan datang.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 buat tanah air Malaysia tercinta!

Ayuh bersama MRA, hulurkan sokongan agar lebih ramai dapat dibantu.

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui:

https://mra.my/dana/
https://mra.my/dana/
https://mra.my/dana/




πŸ‡²πŸ‡Ύ Satu Merdeka, Dua Negara. πŸ‡΅πŸ‡ΈKita menyambut kemerdekaan dengan penuh kesyukuran bersama keluarga dan insan tersayang. ...
03/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Satu Merdeka, Dua Negara. πŸ‡΅πŸ‡Έ

Kita menyambut kemerdekaan dengan penuh kesyukuran bersama keluarga dan insan tersayang. Namun, di bumi Gaza, masih ramai kanak-kanak yang membesar dalam suasana serba kekurangan dan mengharapkan sedikit kegembiraan.

Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita berkongsi nikmat yang kita kecapi dengan menghadiahkan senyuman kepada 300 kanak-kanak Gaza. Setiap sumbangan anda akan membantu menjayakan program khas yang membawa kegembiraan, makanan, aktiviti dan harapan buat mereka.

✨ Merdeka kita, bahagia mereka.

πŸ“… Tarikh Program: 31 Ogos 2026
🎯 Sasaran Kutipan: RM20,000
πŸ‘§πŸ§’ Sasaran Penerima: 300 Kanak-kanak Gaza

Ayuh bersama MRA menjadikan sambutan Merdeka tahun ini lebih bermakna. Hulurkan sumbangan anda melalui kod QR yang disediakan.

Setiap sumbangan, setiap senyuman. ❀️

πŸ“’ HEBAHAN GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH TERBAKARAssalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.Sukacita dimaklumkan ...
19/06/2026

πŸ“’ HEBAHAN GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH TERBAKAR

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penduduk Kampung Seberang Ramai dengan kerjasama MRA Perlis, akan mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Seberang Ramai (Kampung Warna-Warni), Kuala Perlis.

πŸ“… Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 Pagi - Selesai
πŸ“ Lokasi: Kawasan Rumah Terbakar, Kampung Seberang Ramai (Kampung Warna-Warni), Kuala Perlis https://maps.app.goo.gl/3FXKBRa33v2nKJt3A

🎯 Aktiviti:
βœ… Membersihkan sisa kebakaran
βœ… Mengangkat dan membuang runtuhan serta sampah
βœ… Membersihkan kawasan sekitar rumah mangsa
βœ… Kerja-kerja gotong-royong komuniti

🀝 Semua penduduk kampung, sukarelawan NGO, agensi dan orang ramai dijemput hadir bagi bersama-sama menghulurkan tenaga serta membantu meringankan beban keluarga yang terkesan.

"Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Bersama kita bersihkan, bersama kita bangunkan semula."

Sekian, terima kasih.

Anjuran:
Jawatankuasa Penduduk Kampung Seberang Ramai

Dengan Kerjasama:
Malaysian Relief Agency Perlis.

**Setiap Rumah Ada Ceritanya**MRA Perlis telah menziarahi adik Nur Fatini, 12 tahun, di Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup...
07/05/2026

**Setiap Rumah Ada Ceritanya**

MRA Perlis telah menziarahi adik Nur Fatini, 12 tahun, di Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup yang kini mengalami masalah kesihatan sejak Ramadan yang lalu.

Adik Fatini mengalami kecederaan ketika di sekolah dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar serta Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Keadaan kesihatan beliau menyebabkan adik Fatini tidak dapat bergerak dan berdikari seperti biasa, serta memerlukan bantuan dan sokongan dalam menjalani kehidupan seharian. Namun begitu, beliau tetap bersemangat dan menyimpan hasrat yang tinggi untuk kembali ke sekolah serta sembuh seperti sediakala.

MRA Perlis telah mengambil inisiatif menyampaikan sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan adik Fatini serta meringankan beban keluarganya.

Kami juga sempat memberikan kata-kata semangat kepada adik Fatini bahawa setiap penyakit adalah daripada Allah, dan hanya Allah yang akan memberikan kesembuhan. Antara pesanan yang dikongsikan:

1. Yakin pada diri dan terus bersemangat
2. Patuh mengambil ubat dan lakukan senaman ringan
3. Sentiasa berdoa, bersabar dan menjaga solat

Kami yakin adik Fatini akan sembuh, insya-Allah.

Sehubungan itu, MRA Perlis merayu sumbangan orang ramai untuk disalurkan terus kepada keluarga adik Fatini bagi meringankan beban mereka yang sedang berjuang menghadapi ujian ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

**Norashikin Binti Hasin**
03102020134910
(Bank Islam)

Turut hadir bersama ialah pihak pengurusan Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup. MRA Perlis juga menawarkan kerjasama kepada pihak pengurusan dalam membantu golongan asnaf melalui kepakaran dalam bidang pendidikan, perubatan dan teknologi.


20/03/2026

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam.

Semoga Syawal yang menjelma membawa sinar kebahagiaan, kedamaian serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Dalam kegembiraan menyambut kemenangan ini, marilah kita terus menyemai nilai keprihatinan dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Ikhlas daripada kami di MRA, terima kasih atas sokongan berterusan anda dalam menjayakan misi kemanusiaan.

Salam Aidilfitri 🌸

πŸŒ™ Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadan 1447H πŸŒ™Ikhlas daripada MRA Perlis (Malaysian Relief Agency Perlis),semoga Ramad...
19/02/2026

πŸŒ™ Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadan 1447H πŸŒ™

Ikhlas daripada MRA Perlis (Malaysian Relief Agency Perlis),
semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua.

Semoga setiap amalan diterima dan setiap doa dimakbulkan. 🀲✨

Address

Lot 150, Jalan Madu, Kampung Sempering
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:30
Tuesday 09:30 - 17:30
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 17:30
Friday 09:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Relief Agency Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Relief Agency Perlis:

Shortcuts

Share