03/02/2024
Pagi Ahad ini 4 Feb 2024, Skuad Antidadah Daerah Perlis Selatan akan bersama AADK Daerah Perlis Selatan menjalankan Program Keluargaku Harmoni Jauhi Dadah bertempat di Masjid Nurul Hikmah, Wang Bintong, Kangar.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik dianjurkan antaranya:
1. Pertandingan Mewarna
2. Pertandingan Masakan
3. Jaringan Bola Jaring
4. Sepakan Penalti
5. Treasure Hunt
6. Pocket Talk
7. Pameran Agensi
Dan terdapat juga kaunter pendaftaran PADU yang dibawa khas oleh DOSM Perlis dan penampilan khas dari NGO Krayon for Society yang turut hadir membuka kaunter pameran.
Jemput semua Penduduk sekitar Masjid Wang Bintong untuk hadir beramai-ramai.
Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
AADK Perlis Pejabat SUK Perlis
Skuad Antidadah Kebangsaan
SKUAD Antidadah Negeri Perlis