22/12/2025
5 HARI SAHAJA LAGI I KAUNTER BERGERAK MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan mengadakan Kaunter Bergerak bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan tanpa perlu hadir ke kaunter utama.
📍 Lokasi: AEON Mall, Taiping
🗓 Tarikh: 27 – 28 Disember 2025
⏰ Masa: 10.00 pagi – 9.30 malam
🔹 Perkhidmatan yang disediakan:
✔️ Semakan dan bayaran Cukai Taksiran
✔️ Semakan dan bayaran kompaun letak kereta
✔️ Khidmat bantuan pendaftaran dan pembaharuan lesen melalui MyPATIL Biz
Orang ramai dijemput hadir dan jangan lepaskan peluang bagi memanfaatkan kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MPT.