Silat Lincah Kg Kurnia Jaya,Kamunting Perak

Silat Lincah Kg Kurnia Jaya,Kamunting Perak Laman Rasmi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Cawangan Kampung Kurnia Jaya,Kamunting Perak

31/03/2026
Dukacita dimaklumkan bahawa Paduka Guru Tn Syed Mahmud Syed Hj Daud, Guru Muda PSSLM, telah kembali ke rahmatullah pada ...
26/03/2026

Dukacita dimaklumkan bahawa Paduka Guru Tn Syed Mahmud Syed Hj Daud, Guru Muda PSSLM, telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.00 mlm td di kediamannya

Salam Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai.

Bersama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan dikumpulkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh

Perginya pada malam yang berkat, di bulan yang mulia.

Ya Allah kami bersaksi bahawa beliau telah meninggalkan kami dgn pelbagai perkara yang baik dan ilmu yang bermanfaat.

- Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Mahaguru Muda PSSLM

- Guru2 Muda, kepimpinan, jurulatih dan sekalian ahli PSSLM

Assalamualaikum wbt. ​"Mawar merah penyeri hari,Silat Lincah warisan jati;Sepuluh jari kami menyusun diri,Memohon maaf s...
20/03/2026

Assalamualaikum wbt.

​"Mawar merah penyeri hari,
Silat Lincah warisan jati;
Sepuluh jari kami menyusun diri,
Memohon maaf setulus hati."

​"Langkah diatur penuh berseni,
Adab dijaga warisan pertiwi;
Hari Raya disambut murni,
Silaturahim erat di dalam hati."

​"Tangan dihayun langkah dikunci, Aidilfitri disambut suci. Mohon maaf atas segala khilaf sepanjang perjuangan dan persaudaraan kita."

​Pucuk pimpinan dan seluruh ahli keluarga Pertubuhan Seni Silat Lincah Kampung Kurnia Jaya, Kamunting mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.



Salam Nuzul Al Quran 1447HAl Quran adalah satu Mukjizat Terbesar dan Agung yang diturunkan kepada sekalian makhluk.“Kata...
06/03/2026

Salam Nuzul Al Quran 1447H

Al Quran adalah satu Mukjizat Terbesar dan Agung yang diturunkan kepada sekalian makhluk.

“Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.”

(Surah al-Isra’:88)


Berbahagialah dan amatlah beruntung kepada mereka yang selalu bertasawwur, bertabassur, bertafakkur sehingga akhirnya bertadabbur dengan ayat-ayat Allah SWT yang sangat mulia ini.

Jadikanlah Al Quran sebagai pedoman dan Panduan hidup untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat..

Ikhlas daripada :

DATUK WIRA HJ MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMARDIN,
Mahaguru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia

GURU2 MUDA, KEPIMPINAN, JURULATIH DAN AHLI2 PSSLM





Majlis Tahlil Gelanggang Kampung Kurnia Jaya, Kamunting. Majlis Tahlil telah diadakan sebentar tadi buat Allahyarham Pad...
06/02/2026

Majlis Tahlil Gelanggang Kampung Kurnia Jaya, Kamunting.

Majlis Tahlil telah diadakan sebentar tadi buat Allahyarham Paduka Guru Dr. Haji Ahmad Tajuddin Mansor oleh Jurulatih dan ahli² gelanggang PSSLM Kurnia Jaya.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan kalangan orang-orang yang dikurniakan kebaikan seluruhnya.

ASSALAMUALAIKUM WBTDi hari yang baik, di bulan Syaaban penuh keberkatan ini, kami keluarga besar Pertubuhan Seni Silat L...
05/02/2026

ASSALAMUALAIKUM WBT

Di hari yang baik, di bulan Syaaban penuh keberkatan ini, kami keluarga besar Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, menerima perkhabaran duka atas kembalinya Paduka Guru Dr. Haji Ahmad Tajuddin bin Mansor, Guru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Salam takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga Almarhum, semoga tabah dan redha di atas ujian ini.

Marilah sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah serta beliau ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah kami menjadi saksi bahawa hambamu ini telah meninggalkan kami dengan segala perbuatan yang baik dan ilmu yang bermanfaat semasa hayatnya di atas muka bumi-Mu ini. Terimalah segala amal bakti dan kebaikkannya. Amin Ya Rabbal A'lamin

DATUK WIRA HJ MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMARDIN, MAHAGURU MUDA PSSLM

GURU-GURU MUDA, KEMPIMPINAN, JURULATIH DAN AHLI2 PSSLM.

Address

Kampung Kurnia Jaya
Kamunting
34600

Opening Hours

Friday 21:00 - 23:00
Saturday 21:00 - 23:00

Telephone

+60189502857

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Silat Lincah Kg Kurnia Jaya,Kamunting Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share