JawatanKuasa Pemulihan Dadah Daerah Klang

JawatanKuasa Pemulihan Dadah Daerah Klang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JawatanKuasa Pemulihan Dadah Daerah Klang, Non-Governmental Organization (NGO), Lorong 21 Parit 1 Ban 4 Sg.Sireh Kg. Ampangan, Kampung Tanjung Karang.

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H daripada kami di Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Klang. Tulus ikhlas, terus istiqamah dalam kebaikan! 🌙

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
AADK Selangor
JawatanKuasa Pemulihan Dadah Daerah Klang

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Klang

SIAP SIAGA UNTUK ESOK! 💪🔥​Hari ini telah berlangsung lawatan persediaan akhir bagi program “Bangkit Bersinar, Kau Pasti ...
15/05/2026

SIAP SIAGA UNTUK ESOK! 💪🔥

​Hari ini telah berlangsung lawatan persediaan akhir bagi program “Bangkit Bersinar, Kau Pasti Boleh!” yang bertempat di PPAS Sungai Udang Klang. ​Lawatan ini dihadiri oleh:

✅ En. Muhafizar Afendi bin Mat Isa, Ketua Daerah AADK Daerah Klang.

✅ Pn. Hasnizar binti Ahmad Puat, Ketua Daerah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (Daerah Klang).

​Persediaan rapi telah dilakukan oleh pasukan kami bagi memastikan kelancaran ProgramBiopsikososial Spiritual esok. Kami di AADK Klang sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan dan bimbingan terbaik buat komuniti!

​Jangan lupa janji temu kita esok pagi!

​📍 Lokasi: PPAS Sungai Udang, Klang
🗓️ Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 Pagi - 2.00 Petang



09/05/2026

📢 Hebahan Aktiviti: JKPD Daerah Klang Turun Padang!

Pada Sabtu, 9 Mei 2026, wakil daripada Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Klang telah hadir bagi memenuhi jemputan ke program “Cakna Diri: Reset Minda, Ubah Kehidupan”.

Program yang penuh bermakna ini berlangsung di Laman Cikgu 21, Sungai Sireh, Tanjong Karang. Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara:

• AADK Daerah Klang
• AADK Daerah Kuala Selangor
• AADK Daerah Sabak Bernam
• JKPD Daerah Kuala Selangor

Wakil JKPD Klang yang hadir ialah:

✅ Encik Ahmad Fuad bin Abu
✅ Encik Luqman
✅ Encik M. Izuan

Kehadiran ini membuktikan komitmen JKPD Daerah Klang dalam menyokong usaha pemulihan serta pemerkasaan kendiri komuniti demi masa depan yang lebih cerah dan bebas daripada dadah. 🤝✨

20/03/2026

🌙✨ Salam Aidilfitri 1447H ✨🌙

Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Klang (JKPD Klang) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh masyarakat, khususnya warga Klang yang dikasihi.

Di bulan Syawal yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengeratkan silaturahim, saling memaafkan serta memperbaharui azam ke arah kehidupan yang lebih baik, sihat dan bebas daripada gejala dadah.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar harapan, kekuatan dan keberkatan buat kita semua.

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Klang (JKPD Klang)

🌿 “Pulih Itu Indah, Kembali Itu Mulia” 🌿

JawatanKuasa Pemulihan Dadah Daerah Klang
Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Klang

🌙 Santuni Ramadhan: Ukhwah, Refleksi & Harapan📅 14 Mac 2026🕓 4.00 Petang – 10.00 Malam📍 Masjid Kota Raja, KlangProgram P...
15/03/2026

🌙 Santuni Ramadhan: Ukhwah, Refleksi & Harapan

📅 14 Mac 2026
🕓 4.00 Petang – 10.00 Malam
📍 Masjid Kota Raja, Klang

Program Pasca Pemulihan (PCCP) bersama klien AADK Daerah Klang.

Antara pengisian program:
🤝 Usrah Pemulihan
📖 Ceramah Ramadhan
🕌 Solat berjemaah
🍽 Iftar Ramadhan & Moreh

Semoga Ramadhan kali ini membawa ukhwah yang lebih erat, refleksi diri dan harapan baru buat semua. 🤲

Address

Lorong 21 Parit 1 Ban 4 Sg.Sireh Kg. Ampangan
Kampung Tanjung Karang
45500 TANJUNG KARANG SELANGOR

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JawatanKuasa Pemulihan Dadah Daerah Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share