Ustaz Fairuz Isa

Ustaz Fairuz Isa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting. Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol. YDP PAS Kawasan Jempol Sesi 2023-2025

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)

"Bina Serting Sejahtera"

Pegawai Khas :
+60122391387
Email : [email protected]

ZIARAH PRIHATIN DAN PENYAMPAIAN BANTUANPetang tadi, saya telah mewakilkan En. Nadhir untuk menziarahi kediaman Adik Muha...
17/08/2026

ZIARAH PRIHATIN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN

Petang tadi, saya telah mewakilkan En. Nadhir untuk menziarahi kediaman Adik Muhamad Adam Iskandar bin Muhamad Yusri.

Dalam kunjungan tersebut, turut disampaikan sebuah tongkat bagi membantu memudahkan pergerakan serta urusan harian beliau. Pada kesempatan yang sama, sumbangan turut disampaikan kepada En. Azizar bin Muhammad sebagai tanda keprihatinan dan sokongan.

Semoga bantuan yang disampaikan dapat memberikan manfaat serta sedikit sebanyak meringankan urusan para penerima. Didoakan agar mereka terus diberikan kekuatan, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. 🤲




Alhamdulillah, hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berh...
17/08/2026

Alhamdulillah, hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad (KOMBEK NS).

Pertemuan ini menjadi ruang yang amat baik untuk bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama dalam memperkasa gerakan koperasi, khususnya dalam membantu meningkatkan kesejahteraan dan peluang ekonomi masyarakat.

Sebagai EXCO Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi & Kepenggunaan Negeri Sembilan, saya amat mengalu-alukan usaha dan komitmen pihak KOMBEK NS dalam memperkukuhkan peranan koperasi sebagai salah satu pemacu ekonomi negeri.

Insya-Allah, hubungan dan kerjasama yang terjalin akan terus diperkasa demi manfaat anggota koperasi serta masyarakat Negeri Sembilan.

Koperasi Diperkasa, Ekonomi Rakyat Sejahtera.




KUNJUNGAN HORMAT LAJNAH EKONOMI & KEUSAHAWANAN PAS NEGERI SEMBILANAlhamdulillah, hari ini saya menerima kunjungan hormat...
17/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT LAJNAH EKONOMI & KEUSAHAWANAN PAS NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah, hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada Lajnah Ekonomi & Keusahawanan PAS Negeri Sembilan.

Pertemuan ini menjadi ruang yang amat baik untuk bertukar pandangan serta membincangkan usaha memperkukuh agenda ekonomi, keusahawanan dan pembangunan ekonomi ummah di Negeri Sembilan.

Insya-Allah, kerjasama strategik antara kerajaan negeri, gerakan koperasi, usahawan serta pelbagai pihak akan terus diperkasakan bagi membuka lebih banyak peluang ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada usaha yang lebih tersusun, berimpak dan memberi manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan.

Membina Ekonomi, Memperkasa Usahawan, Membela Rakyat.




Menerima kunjungan hormat Pengerusi Parti Gerakan Malaysia N9.
17/08/2026

Menerima kunjungan hormat Pengerusi Parti Gerakan Malaysia N9.

16/08/2026

Hadir ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan Kali ke- 37.

Kehadiran saya pada hari ini bukan sekadar memenuhi jemputan, tetapi sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap seluruh saf Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan yang sentiasa istiqamah menggerakkan agenda dakwah, tarbiah dan khidmat kepada masyarakat.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SEMBILANAlhamdulillah, hari ini saya berkesempatan hadir ke Muktamar Tahunan ...
16/08/2026

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan hadir ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan bertempat di Pusat Latihan DRB-HICOM, Port Dickson.

Kehadiran saya pada hari ini bukan sekadar memenuhi jemputan, tetapi sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap seluruh saf Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan yang sentiasa istiqamah menggerakkan agenda dakwah, tarbiah dan khidmat kepada masyarakat.

Saya percaya peranan Muslimat sangat besar dalam memperkukuhkan gerak kerja parti serta membina keluarga dan masyarakat yang berteraskan nilai Islam.

Semoga muktamar ini menjadi medan untuk kita bermuhasabah, memperkukuhkan ukhuwah dan menyusun langkah yang lebih tersusun demi meneruskan perjuangan.

Terus istiqamah, terus berkhidmat dan terus melangkah demi Islam dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.




Aktiviti siang tadi, Alhamdulillah, sempat memenuhi jemputan ke Majlis Perkahwinan keluarga Haji Abd Ghani di Dewan Sema...
15/08/2026

Aktiviti siang tadi, Alhamdulillah, sempat memenuhi jemputan ke Majlis Perkahwinan keluarga Haji Abd Ghani di Dewan Semai Bakti FELDA Raja Alias 2.

Semoga pasangan pengantin dikurniakan rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah, dipermudahkan segala urusan dan berkekalan hingga ke syurga.

Seterusnya, Saya berkunjung ke rumah Adik Muhamad Adam Iskandar bin Muhamad Yusri bagi menghadiri Majlis Doa Selamat sempena keberangkatannya melanjutkan pengajian ke Mesir.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan dalam menuntut ilmu.




Alhamdulillah, Tn Hj Al Zukri dan Saudara Nadhir mewakili saya dalam menyantuni para peserta Bengkel Kemahiran & Usahawa...
15/08/2026

Alhamdulillah, Tn Hj Al Zukri dan Saudara Nadhir mewakili saya dalam menyantuni para peserta Bengkel Kemahiran & Usahawan Jom Tebar Roti Canai anjuran KAF Raja Alias 4 dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Serting.

Program sebegini amat baik dalam memberi peluang kepada masyarakat mempelajari kemahiran baharu, membina keyakinan serta membuka ruang untuk menjana pendapatan melalui bidang keusahawanan.

Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi manfaat berpanjangan kepada para peserta serta keluarga.

Teruskan melangkah, teruskan berusaha dan bina masa depan yang lebih sejahtera. 🤲




15/08/2026

Muktamar Dewan Ulama' Negeri Sembilan



📍15 OGOS 2026📍JUASSEH SEBERANG📍SRITI AL-AMIN📸 PERASMIAN MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SEMBILAN KALI KE-41Alha...
15/08/2026

📍15 OGOS 2026📍JUASSEH SEBERANG📍SRITI AL-AMIN

📸 PERASMIAN MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SEMBILAN KALI KE-41

Alhamdulillah, telah berlangsung Muktamar Tahunan Dewan Ulama' PAS Negeri Sembilan Kali Ke-41 yang menghimpunkan para alim ulama' dan pimpinan bagi memperkukuh ukhuwah, menyatukan pandangan serta memperkasa gerak kerja dakwah dan perjuangan Islam.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan harmoni, di samping menjadi medan pertemuan serta perkongsian pandangan dalam usaha meneruskan amanah perjuangan.

Semoga pertemuan ini terus menyuburkan semangat istiqamah, kebersamaan dan khidmat kepada ummah, demi memartabatkan Islam dan kesejahteraan masyarakat.

Allahumma barik fi ulama’ina wa du‘atina. 🤲🏻




Address

Kampung Serting

Telephone

+60176093099

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Fairuz Isa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share