PEMADAM Daerah Besut

PEMADAM Daerah Besut PEMADAM Daerah Besut (Official)
d/a: Pejabat Daerah Besut
22200 Besut, Terengganu

06/03/2026
02/03/2026

DADAH PUNCA REZEKI?!

BETUL, TAPI PUNCA REZEKI TERTUTUP TERUS! Ramai terperangkap sebab percaya myth kononnya dadah boleh boost mood atau chil kan stres kerja. Fahamkan betul-betul, dadah adalah switch yang akan 'off' semua lampu hijau (peluang rezeki) dalam hidup kita!

Bukan sahaja duit hilang, tapi semua aset bernilai kita pun terjejas. Skill bercakap, janji, kepercayaan semua hilang. Integriti? Jadi 0!

Apakah kebolehan atau peluang paling bernilai yang dadah telah curi dari hidup seseorang yang kita tahu? Komen di bawah!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



02/03/2026

SIAPA PENYALAHGUNA DAN PENAGIH DADAH TERTINGGI?
INI DAPATANNYA.

Statistik penagih dan penyalah guna dadah dan bahan mengikut demografi dan jenis dadah Tahun 2025 menunjukkan golongan belia, individu tahap berpendidikan menengah dan penganggur kekal paling berisiko.

Daripada data itu, 73.9 peratus menyalahguna dadah jenis ATS, menjadikan dadah jenis ini paling dominan.

AADK akan terus memperkukuh program pencegahan, intervensi awal dan pemulihan berasaskan bukti bagi menangani pola penagihan semasa.

Kempen kesedaran dan pemulihan bersasar yang dipandu oleh data semasa akan diperkukuh bagi memastikan keberkesanan intervensi, seiring aspirasi Malaysia MADANI.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




24/02/2026
24/02/2026

Ramadan ini peluang terbaik untuk mula berubah 💪

Kalau sedang berdepan dengan ketagihan, gunakan bulan ini untuk kawal nafsu dan ambil langkah kecil ke arah pemulihan.

Elakkan situasi yang boleh mencetuskan keinginan, isi masa dengan aktiviti positif, dan jangan malu untuk meminta sokongan daripada keluarga, kawan atau AADK

Setiap hari yang berjaya kawal diri, walaupun sikit, itu satu kemenangan. Jadikan Ramadan ni masa untuk bangkit, kuat dan pilih hidup lebih sihat ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.


23/02/2026

Kadang-kadang yang paling menakutkan bukan buat keputusan… tapi takut tersilap langkah.

Dalam bulan Ramadan, kita diajar satu benda yang mahal — sabar sebelum bertindak.
Bukan sekadar tahan lapar, tapi tahan nafsu.
Tahan desakan.
Tahan ajakan yang nampak kecil tapi kesannya besar.

Dadah selalu datang dengan bisikan lembut
“Sekali je.”
“Relaks la.”
“Takkan terus rosak hidup.”

Tapi hidup memang jarang rosak sekali terus.
Ia rosak perlahan-lahan… bila kita terlalu cepat buat keputusan.

Sabar itu bukan lemah.
Sabar itu pause button sebelum kita hancurkan masa depan sendiri.

Ramadan latih kita untuk fikir panjang, bukan rasa pendek.
Kalau hati masih rasa takut nak buat benda salah, itu tanda iman masih bernafas.

Jangan malu untuk undur.
Jangan ego untuk kata tidak.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, PEMADAM Daerah Besut i...
18/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, PEMADAM Daerah Besut ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh masyarakat, khususnya warga daerah Besut.

Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, bulan mendidik jiwa dengan kesabaran, keikhlasan, dan amal kebajikan. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, memperkukuh integriti, serta menjauhi segala bentuk kemudaratan termasuk gejala penyalahgunaan dadah.

Marilah kita jadikan Ramadan sebagai wadah untuk memperbaiki diri, mempererat silaturahim, dan membina masyarakat yang sihat, bebas daripada ancaman dadah.

Ramadan Kareem, semoga segala amal kita diterima Allah SWT.



Address

Pejabat Daerah Besut
Kampung Raja
22200

Telephone

+6096956326

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEMADAM Daerah Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PEMADAM Daerah Besut:

Share