05/09/2024
πππ π ππ¦π¨π ππ¨πππ‘ π₯ππππ¨π ππͺππ, π₯π¨ππ πππππ¨ π§ππ‘πππππππ‘ ππ ππππ‘ ππ‘π..
4 AMALAN SUNNAH DI BULAN RABIUL AWAL
1. BERPUASA
Kita sedia maklum, bahawa kelahiran Rasulullah S.A.W jatuh pada hari Isnin; 12 Rabiulawal. setiap tahun semasa hayatnya Baginda S.A.W akan berpuasa sunat pada hari kelahirannya.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abi Qatadah al Ansari r.a, bahawa Rasulullah S.A.W ditanya sebab Baginda S.A.W berpuasa pada hari Isnin. Lalu, dijawab olehnya;
βPada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu p**a aku (untuk pertama kali) menerima wahyu.β
Hadis Riwayat Muslim.
2. SELAWAT KE ATAS MUHAMMAD SAW
Banyak kelebihan bagi mereka yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Bahkan, Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas Baginda.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
βSesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), βWahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnyaβ.β
Surah Al-Ahzab : 56
3. MAULID NABI
Bulan Rabiulawal sewajarnya diingati sebagai bulan memperingati Rasulullah S.A.W sekalipun hakikatnya, kita tidak perlu menunggu tempoh masa tertentu baru mahu mengingati Baginda.
Sungguhpun begitu, dengan kedatangan bulan ini saban tahun ia secara tidak langsung mengingatkan kepada kita akan kelahiran manusia agung yang mulia; pembawa ajaran suci Islam ke atas muka bumi ini.
Sekaligus kekasih Allah yang melimpahkan rahmat buat sekalian alam, iaitu Muhammad S.A.W.
Banyak cara yang boleh kita lakukan bagi menzahirkan ingatan juga mahabbah kepada Baginda antaranya dengan memperbanyakkan selawat, menghadiri majlis ilmu yang menceritakan tentang kisah Baginda dan memuji Baginda dengan alunan qasidah.
4. BERSEDEKAH & AMALAN BAIK
Salah satu ajaran yang paling penting dalam Islam adalah keprihatinan terhadap sesama manusia. Selama bulan Rabiul Awal, kita dapat meningkatkan amalan kebaikan dengan memberikan sedekah kepada yang memerluhkan, mengunjungi orang sakit, atau membantu mereka yang sedang mengalami kesulitan.
Ini adalah cara yang baik untuk mengikuti jejak kasih sayang dan belas kasih cara Nabi Muhammad SAW.
Wallahu A'lam.
Semoga kita mendapat ibrah dari posting ini. Aamiin
Ikhlas,
Tim Nusrah Prihatin