Masjid Iqra Kg Paya Rawa

Masjid Iqra Kg Paya Rawa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Iqra Kg Paya Rawa, Community Organization, Kampung Raja.

Semua dijemput hadir.
11/08/2026

Semua dijemput hadir.

๐Ÿ“ข HEBAHAN PROGRAM BUBUR ASYURA 2026M/1448HMASJID IQRA' KG PAYA RAWAAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan seg...
09/07/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN PROGRAM BUBUR ASYURA 2026M/1448H
MASJID IQRA' KG PAYA RAWA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya, pihak Masjid Iqra' akan mengadakan Program Bubur Asyura 1448H seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•– Masa: 7.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari

๐Ÿฒ Jumlah Kawah: 2 kawah
๐Ÿ’ฐ Anggaran Kos: RM1,000 bagi setiap kawah

Sehubungan itu, pihak masjid amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua ahli qariah bagi menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah & mendapat ganjaran pahala yang berterusan daripada Allah SWT.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:

- Setiausaha: Cg. Nordin
- Bendahari: Hj. Norani @ Pok Lan Che Mamat
- QR Code Tabung Amanah Masjid Kg. Paya Rawa
- Bank Muamalat
- No. Akaun: 13030000067714
- Nama Akaun: Tabung Amanah

"Sedikit daripada kita, besar manfaatnya untuk ummah."

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan semua. Semoga Allah SWT memberkati setiap sumbangan & mempermudahkan segala urusan kita.

Assalamualaikum...
07/06/2026

Assalamualaikum...

*๐Ÿšจ PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERCUMA ๐Ÿšจ*๐Ÿ“ Masjid Iqra Kampung Paya Rawa๐Ÿ“… 6 Jun 2026 (Sabtu)โฐ 8.30 pagi โ€“ 12.00 tengahari...
05/06/2026

*๐Ÿšจ PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERCUMA ๐Ÿšจ*
๐Ÿ“ Masjid Iqra Kampung Paya Rawa
๐Ÿ“… 6 Jun 2026 (Sabtu)
โฐ 8.30 pagi โ€“ 12.00 tengahari

*๐Ÿ‘‰ ANDA LAYAK MANFAAT PEKA B40 (PERCUMA) JIKA:*
โœ… Warganegara Malaysia.
โœ… Berumur 40 tahun ke atas
โœ… Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
โœ… Belum pernah menebus maafaat PEKA B40

*๐Ÿ‘‰ ANDA LAYAK MANFAAT PERKESO (PERCUMA) JIKA:*
โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Berumur 40 - 59 tahun
โœ… Pencarum PERKESO yang aktif
โœ… Belum pernah menebus manfaat HSP

*๐Ÿ“Œ TAK LAYAK? JANGAN RISAU!:-*
Pihak kami menyediakan:
โœ… Konsultasi Doktor *PERCUMA*
โœ… Pengiraan Bmi *PERCUMA*
โœ… Tekanan Darah *PERCUMA*
๐Ÿ’‰ Pemeriksaan gula: ๐Ÿ‘‰ *RM 5*
๐Ÿฉธ Ujian Kolesterol: ๐Ÿ‘‰ *RM 15*

๐ŸŽ SPECIAL:
๐Ÿ‘‰ Pemeriksaan gula *PERCUMA*
๐Ÿ“Œ Untuk 10 terawal yang mengambil ujian kolesterol

๐Ÿ” *JOM SEMAK KELAYAKAN ANDA SEKARANG:*
โžก๏ธ https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
โžก๏ธ https://sehati.perkeso.gov.my/check

*ATAU*

๐Ÿ“ฒ *WHATSAPP:-* 01113157615
๐Ÿ‘‰ Semak untuk diri sendiri, ibu, ayah & ahli keluarga ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง

Assalamuโ€™alaikum & Salam Aidilfitri buat semua! ๐ŸŒ™โœจโ€‹Ikan patin masak tempoyak,Makan bersama di hari raya;Juadah dihidang ...
10/04/2026

Assalamuโ€™alaikum & Salam Aidilfitri buat semua! ๐ŸŒ™โœจ

โ€‹Ikan patin masak tempoyak,
Makan bersama di hari raya;
Juadah dihidang sudah pun banyak,
Tambah 'potluck' lagi bergaya!

โ€‹Untuk memeriahkan lagi Jamuan Raya kita esok, kami dengan rendah hatihati! โค๏ธ

โ€‹Bolehlah kita bertukar-tukar rasa dan berkongsi rezeki. Siapa yang nak bawa "secret recipe" masing menjemput Datoโ€™/Datin/Tuan/Puan untuk turut serta dalam sesi 'Port Luck' (Sumbangan Sukarela).
โ€‹Tak perlu banyak, sikit pun jadi,
Asalkan ikhlas dari -masing, inilah masanya! ๐Ÿฅ˜

๐ŸŒ™ JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MASJID IQRA' 2026 ๐ŸŒ™โ€‹Assalamualaikum buat semua ahli qariah yang dihormati.โ€‹Pihak Pe...
06/04/2026

๐ŸŒ™ JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MASJID IQRA' 2026 ๐ŸŒ™

โ€‹Assalamualaikum buat semua ahli qariah yang dihormati.
โ€‹Pihak Pengurusan Masjid Iqra', Kg. Paya Rawa dengan penuh rasa syukur menjemput tuan-puan, seisi keluarga untuk hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya kita pada tahun ini.

โ€‹Butiran Majlis:
๐Ÿ—“ Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•š Masa: 11.00 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Perkarangan Masjid Iqra'

โ€‹Menu Istimewa:
Nasi Minyak, Satey, Nasi Dagang, Laksa, Laksan, Ketupat, Tapai, dan pelbagai juadah tradisional menanti anda!

โ€‹Infaq & Sumbangan:
Bagi memeriahkan lagi majlis, pihak masjid amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada ahli qariah.

Sumbangan boleh diserahkan kepada:
โœ… Cg. Nordin (Setiausaha): 016-9637127
โœ… En. Ruslan (Pok Lan): 019-9080493

โ€‹Sumbangan kuih-muih secara 'potluck' pada hari kejadian juga sangat dialu-alukan bagi menambah seri hidangan kita.

โ€‹Semoga kehadiran dan sumbangan tuan-puan diberkati Allah SWT. Terima kasih.

Dengan rendah hati Saya, selaku pengerusi Masjid dan semua AJK ,Imam Bilal Dan kakitangan Masjid mengambil kesempatan me...
20/03/2026

Dengan rendah hati Saya, selaku pengerusi Masjid dan semua AJK ,Imam Bilal Dan kakitangan Masjid mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
Buat semua saudara2 yang berada dalam group Masjid ini
Mohon ampun Dan maaf atas kekurangan atau kekhilafan ...

Semoga Syawal kali ini memberi erti, dan membawa kita lebih dekat kepada Tuhan Yang Maha Pengasih.

Selamat Hari Raya. ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ูƒูู…

Mandi Sunat Aidilfitri
20/03/2026

Mandi Sunat Aidilfitri

SAMBUT HARI RAYA DENGAN PENUH GEMBIRA  Sunnah ketika hari raya Aidilfitri adalah menzahirkan kegembiraan. Anas bin Malik...
20/03/2026

SAMBUT HARI RAYA DENGAN PENUH GEMBIRA

Sunnah ketika hari raya Aidilfitri adalah menzahirkan kegembiraan. Anas bin Malik RA pernah meriwayatkan:

ู‚ูŽุฏูู…ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุฏููŠู†ูŽุฉูŽ ูˆูŽู„ูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุงู†ู ูŠูŽู„ู’ุนูŽุจููˆู†ูŽ ูููŠู‡ูู…ูŽุงุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ู…ูŽุง ู‡ูŽุฐูŽุงู†ู ุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุงู†ูุŸ ู‚ูŽุงู„ููˆุง: ูƒูู†ู‘ูŽุง ู†ูŽู„ู’ุนูŽุจู ูููŠู‡ูู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽุงู‡ูู„ููŠู‘ูŽุฉูุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: " ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽุจู’ุฏูŽู„ูŽูƒูู…ู’ ุจูู‡ูู…ูŽุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ูู…ูŽุง: ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุถู’ุญูŽู‰ุŒ ูˆูŽูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ููุทู’ุฑู

Rasulullah SAW datang ke Madinah dan Baginda melihat orang-orang Madinah menyambut dan bergembira pada dua hari.

Rasulullah bertanya: "Dua hari apakah ini?โ€

Mereka berkata: โ€œDahulu semasa zaman jahiliah, kami bergembira dan bermain pada dua hari ini.โ€

Lalu Rasulullah bersabda: โ€œSesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari yang kamu bergembira itu dengan dua hari yang lebih baik untuk kamu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.โ€

(Sunan Abi Dawud, no. 1134)

1) Hari raya merupakan antara syiar agama yang menjadi keistimewaan umat Islam. Sebagai anugerah daripada-Nya, Allah telah mengurniakan dua hari raya kepada umat Islam, Aidilfitri dan Aidiladha, sebagai pembeza daripada umat lain serta menggantikan perayaan-perayaan sebelumnya.

2) Hadis ini menunjukkan bahawa sejak saat itu, umat Islam hanya merayakan Aidilfitri dan Aidiladha, sementara perayaan jahiliah ditinggalkan. Ini sekaligus menjadi larangan meraikan perayaan-perayaan jahiliah serta peringatan agar umat Islam berpegang teguh kepada syiar agama yang benar.

3) Hari raya juga merupakan manifestasi kesyukuran atas nikmat menyempurnakan ibadah yang ditetapkan waktunya. Aidilfitri diraikan sebagai tanda kesyukuran setelah menyempurnakan ibadah puasa Ramadan.

Semoga Allah menerima amalan kita semua.

https://t.me/MyHadithTime

Assalamualaikum...Mari sedekah subuh...Last hari ini ganjaran pahala berganda.Ramadan adalah bulan mulia dengan ganjaran...
19/03/2026

Assalamualaikum...
Mari sedekah subuh...

Last hari ini ganjaran pahala berganda.

Ramadan adalah bulan mulia dengan ganjaran pahala berlipat ganda, di mana setiap kebaikan dibalas
hingga
kali ganda. Ia merupakan musim istimewa untuk meningkatkan ibadah, bersedekah, dan berwakaf, serta menawarkan pengampunan dosa dan peluang mendapat keredaan Allah SWT. Amalan ringkas pun ganjaran besar.

Copy dari FB.

Address

Kampung Raja

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Iqra Kg Paya Rawa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share