18/05/2026
Assalamualaikum & slmt pg😊
Makan Makanan Yang Baik Lagi Halal Dan Beramal Soleh
Syeikh al-Maraghi berkata: “Di sini perintah memakan makanan yang baik didahulukan berbanding dengan perintah mengerjakan amalan soleh, bagi menunjukkan bahawa amalan soleh tidak akan diterima jika tidak didahului dengan memakan makanan yang halal.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 6/289)
Untuk mendapatkan rezeki yang halal dan baik, hendaklah kita berusaha dan bekerja dengan tangan kita seperti hadis daripada Sa’id bin ‘Umair al-Ansari, katanya:
سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ؟ قَالَ: عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ، وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ
Maksudnya: Ditanya kepada Rasulullah SAW, apakah pekerjaan yang paling baik? Jawab Baginda: Amalan seorang lelaki dengan tangannya dan setiap jualan yang baik.
Riwayat Ahmad (17265), al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (1171)
dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir (13939)
Begitu juga, salah satunya dengan melaksanakan aktiviti perniagaan, namun ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan amanah. Bekerja sebagai penjawat awam dalam agensi kerajaan juga adalah baik dengan syarat mestilah menunaikan segala kehendak, syarat dan termanya yang telah ditetapkan. Di samping itu, hendaklah menghasilkan pekerjaan yang kreatif, produktif dan inovatif dalam meningkatkan perkhidmatan yang ditaklifkan dan diamanahkan.