KEBAL Family

KEBAL Family Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KEBAL Family, Community Center, Kampung Langkap.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISBalasan Pengumpat dan Pengaibعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى الله...
25/01/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Balasan Pengumpat dan Pengaib

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَمَّا عُرِجَ بِي مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمُشُونَ وُجُوهَهُمْ وَصُدُورَهُمْ فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ قَالَ: هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ لُحُومَ النَّاسِ وَيَقَعُونَ فِي أَعْرَاضِهِمْ

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda : ‘Ketika aku dinaikkan ke langit (pada malam isra dan mikraj), aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku dari tembaga dan mereka mencakar-cakar muka dan dada mereka, maka aku berkata : Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril menjawab: Merekalah orang-orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan mengaibkan maruah mereka.” (Riwayat Abu Daud No: 4878) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam adalah agama yang mementingkan akhlak dan adab terpuji

2. Islam melarang umatnya berakhlak buruk seperti mengumpat serta mengaibkan orang lain.

3. Rasulullah SAW diperlihatkan pada malam baginda di isra dan dimikrajkan sekumpulan manusia yang mempunyai kuku dari tembaga dan mereka menyiksa diri sendiri dengan mencakar-cakar muka dan dada mereka. Jibril memberitahu mereka berbuat demikian kerana semasa di dunia mereka mengumpat dan mengaibkan orang Islam lain.

4. Orang yang gemar membicarakan aib orang sama ada melalui tulisan, tiktok dan lain lain, sebenarnya tanpa ia sedari ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli. Semakin banyak aib yang ia sebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar itu. Allah mengingatkan dengan nada keras kepada golongan ini:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ١٩

Sesungguhnya orang-orang yang s**a menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nur: 19)

Orang mukmin perlu menjaga agar jangan sampai mengumpat dan mengaibkan orang lain hingga menjadi penyebab diseksa di akhirat dengan mencakar dada dan muka sendiri.

Banyakkanlah berdoa agar dijauhi fitnah di dunia di alam kubur juga di hari akhirat:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur, daripada azab api neraka, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada fitnah al-Masih al-Dajjal.”

25hb Rejab 1446H
25hb Januari 2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISJauhi Dosa Besarعَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ...
23/01/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jauhi Dosa Besar

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لَا يَسْكُتُ

Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang termasuk dosa besar? Kami menjawab; "Tentu wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Menyekutukan Allah dan mendurhakai kedua orang tua." ketika itu baginda tengah bersandar, kemudian duduk lalu melanjutkan sabdanya: "Perkataan dusta dan kesaksian palsu, perkataan dusta dan kesaksian palsu." Baginda terus saja mengulanginya hingga saya mengira baginda tidak akan berhenti." (HR Bukhari No: 5519) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1. Menjadi kewajipan setiap Muslim menjauhi segala perkara dosa besar

2. Antara perkara yang termasuk dosa besar ialah:
a. Melakukan syirik kepada Allah
b. Mendurhakai kedua ibubapa
c. Berdusta atau bercakap bohong
d. Menjadi saksi palsu

3. Rasulullah SAW mengingatkan kita agar memiliki kesedaran tentang dosa-dosa besar. Rasulullah SAW mengulangi dosa "dusta atau bercakap bohong dan kesaksian palsu" berkali-kali untuk menegaskan bahayanya kerana ia bukan hanya merosakkan amal ibadatnya malah menghancurkan hubungan dengan Masyarakat.

4. Syirik merosakkan hubungan manusia dengan Allah, derhaka kepada ibu bapa merosakkan hubungan kekeluargaan, berkata dusta dan kesaksian palsu merosakkan hubungan sosial.

5. Hadis ini menerangkan bahawa dosa-dosa ini bukan sahaja melibatkan hubungan dengan Allah SWT tetapi juga dengan sesama manusia. Oleh itu, setiap Muslim perlu menjaga keimanan, menghormati ibu bapa, dan memastikan amanah serta kejujuran dalam tindakan mereka agar tidak berdusta dan menjadi saksi palsu.

23hb Rejab 1446H
23hb Januari 2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISMenyembunyikan Ilmuعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ و...
20/01/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyembunyikan Ilmu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa ditanya mengenai suatu ilmu dan ia menyembunyikannya atau enggan menyampaikannya, maka ia akan dipukul dengan pukulan dari api neraka pada hari kiamat." (Abu Daud No: 3173) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Ilmu adalah anugerah Allah yang harus disampaikan kepada orang lain, bukan disimpan untuk kepentingan peribadi, sama ada ilmu agama mahupun ilmu keduniaan. Menyembunyikan ilmu bertentangan dengan amanah yang diberikan oleh Allah kepada para pemilik ilmu.

2. Ilmu bermanfaat yang diajar kepada orang lain akan membantu orang lain mencapai kebahagiaan serta menjadi bekalan pahala berterusan kepada orang yang mengajar walaupun ia telah meninggal dunia

3. Mereka yang enggan menyampaikan ilmu yang benar serta sengaja menyembunyikannya dengan tidak menyampaikan kepada orang lain akan diazab di akhirat nanti.

4. Bagi mereka yang berilmu, jauhilah dari sifat kedekut untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu bermanfaat lebih-lebih lagi yang diperlukan oleh orang lain.

5. Islam menekankan pentingnya menyebarkan ilmu dengan niat yang ikhlas untuk mendidik, membimbing, dan membawa kebaikan kepada orang lain. Dengan berkongsi ilmu, seseorang bukan sahaja mendapat ganjaran di sisi Allah tetapi juga menjadi sebab kebaikan dan kemajuan masyarakat. Berusahalah kita menyampaikan ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia.

Semoga ilmu yang disampai, akan menjadikan orang lain lebih baik dan menjadi saham pahala berterusan buat kita.

20hb Rejab 1446H
20hb Januari 2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISGolongan Yang Dilaknatأَبُو الطُّفَيْلِ عَامِرُ بْنُ وَاثِلَةَ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ عَلِيِّ بْن...
18/01/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Golongan Yang Dilaknat

أَبُو الطُّفَيْلِ عَامِرُ بْنُ وَاثِلَةَ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسِرُّ إِلَيْكَ قَالَ فَغَضِبَ وَقَالَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسِرُّ إِلَيَّ شَيْئًا يَكْتُمُهُ النَّاسَ غَيْرَ أَنَّهُ قَدْ حَدَّثَنِي بِكَلِمَاتٍ أَرْبَعٍ قَالَ فَقَالَ مَا هُنَّ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ قَالَ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَهُ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللَّهِ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ آوَى مُحْدِثًا وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ غَيَّرَ مَنَارَ الْأَرْضِ

Abu At Thufail 'Amir bin Wastilah berkata, "Saya berada di samping Ali bin Abu Thalib, tiba-tiba seorang laki-laki datang menemuinya seraya berkata, "Apakah Nabi SAW pernah menyampaikan suatu rahsia kepadamu (yang tidak diberitahukan kepada orang lain)?" Abu Thufail berkata, "Ali pun marah seraya berkata, "Tidak ada apa-apa rahsia yang disembunyikan oleh Nabi SAW daripada umatnya kecuali bahawa baginda pernah menyampaikan empat perkara penting kepadaku." Abu Thufail berkata, "Laki-laki tersebut bertanya, "Apakah empat perkara itu wahai Amirul Mukminin?" Abu Thufail melanjutkan, "Ali lalu menjawab, "Allah melaknat orang yang melaknat orang tuanya; Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah; Allah melaknat orang yang melindungi penjahat (orang yang melanggar hukum Allah) dan; Allah melaknat orang yang mengubah tanda sempadan tanah." (HR Muslim No: 3657) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Allah melaknat empat golongan pelaku maksiat berikut:

1. Allah melaknat orang yang mencela orang tuanya (termasuk tindakannya yang boleh menyebabkan ibu bapanya dicela oleh orang lain);

2. Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah;

3. Allah melaknat orang yang melindungi pelaku kejahatan (orang tersebut mendapat keringanan hukuman atau bebas dari hukuman yang telah ditetapkan syariat akibat bantuannya) dan;

4. Allah melaknat orang yang memindahkan tanda sempadan tanah (batu tanda mengukur sempadan tanah).

5. Hadis ini menegaskan keutamaan menjaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, dan masyarakat. Empat perkara yang disebutkan adalah dosa besar yang mesti dijauhi oleh setiap Muslim. Rasulullah SAW sentiasa menyampaikan ajaran yang jelas untuk membimbing umatnya agar hidup dengan keimanan, keadilan, dan akhlak mulia. Kita harus mengambil pengajaran ini sebagai panduan untuk mencapai keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Pastikan kita tidak tergolong orang yang dilaknat Allah.

18hb Rejab 1446H
18hb Januari 2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISDosa Besar Menderhaka Ibu Bapaعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى...
15/01/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dosa Besar Menderhaka Ibu Bapa

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْكَبَائِرِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ

Daripada Anas radliallahu 'anhu berkata; Nabi SAW ditanya tentang dosa-dosa besar. Maka baginda bersabda: "Menyekutukan Allah (syirik), derhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh orang tanpa hak dan memberikan kesaksian palsu". (HR Bukhari No: 2459) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Dosa besar ialah kesalahan yang dijanjikan azab yang pedih jika pelakunya tidak melakukan taubat nasuhah hingga diampunkan dosanya oleh Allah.

2. Antara dosa besar tersebut:

a. Syirik kepada Allah
b. Derhaka kepada kedua ibu bapa
c. Membunuh jiwa tanpa hak
d. Memberi kesaksian palsu

3. Umat Islam perlu sentiasa menjaga akidah mereka daripada sebarang bentuk syirik, sama ada kecil atau besar.

4. Setiap anak tidak boleh menyakiti kedua ibu bapaknya, baik dengan perkataan, tindakan mahupun perbuatan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibubapa adalah dituntut. Firman Allah SWT:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” al-Isra’:24

5. Islam menghormati nyawa manusia dan melarang sebarang bentuk kezaliman terhadapnya termasuk pembunuhan.

6. Memberi kesaksian palsu boleh merosakkan keadilan dalam kehidupan bermasyarakat.

Umat Islam diseru untuk menjaga akidah agar tidak berlaku syirik, berbakti kepada ibu bapa, menghormati nyawa manusia, dan mengamalkan kejujuran. Dengan menjauhi dosa-dosa ini, seseorang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membina kehidupan yang penuh keberkatan di dunia serta akhirat.

15hb Rejab 1446H
15hb Januari 2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISMemberi Kemudahan Kepada Orang Berhutangعَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الص...
14/01/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Memberi Kemudahan Kepada Orang Berhutang

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ …رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ
Daripada Ubadah bin Walid bin Ubadah bin Samit… Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang memberi tempoh penangguhan kepada orang yang sedang dalam kesulitan (untuk membayar hutang) atau memaafkan hutangnya (menggugurkan hutangnya), Allah akan menaunginya di bawah naunganNya." (HR Muslim No: 5328) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan seperti memberi pinjaman adalah amalan yang mulia.

2. Orang yang memberi kemudahan kepada orang yang berhutang dengan memberi tempoh tambahan pembayaran hutang kepada mereka yang masih kesulitan untuk menjelaskannya, menunjukkan sifat sabar, pemurah dan penyayang terhadap orang lain, akan mendapat naungan di sisi Allah pada hari Kiamat nanti.

3. Orang yang menghalalkan atau menggugurkan hutang orang lain padanya dengan apa juga sebab seperti kesulitan yang dialaminya, menunjukkan ketinggian akhlak dan keutamaan dalam membantu orang lain, nescaya Allah akan menaunginya dalam naunganNya.

4. Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang memudahkan bantuan kepada orang yang berhutang. Firman Allah:

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٖ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٖۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٢٨٠

Maksudnya: Dan jika (orang berhutang itu) dalam kes**aran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan dan sebaliknya bahawa kamu menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui (pahala yang besar yang kamu akan perolehi kelak). Al-Baqarah: 280.

5. Hadis ini mengajar kepentingan belas ihsan dan sikap pemurah terhadap mereka yang mengalami kesulitan. Dengan memberi tempoh atau menggugurkan hutang, seseorang bukan sahaja membantu orang lain tetapi juga mendapat perlindungan dan rahmat Allah SWT di akhirat kelak. Ia menjadi peringatan kepada umat Islam untuk sentiasa menjaga hubungan sesama manusia dan mencontohi sifat-sifat mulia yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Namun bagi orang yang berhutang menjadi kewajipan menjelaskan hutang dengan segera jika berkemampuan.

14hb Rejab 1446H
14hb Januari 2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISZikir dan Doa Yang Afdhalحَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ كَثِيرٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ...
11/01/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir dan Doa Yang Afdhal

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ كَثِيرٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ: سَمِعْتُ طَلْحَةَ بْنَ خِرَاشٍ قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir al-Ansari berkata, Aku mendengar Talhah bin Hirasyh berkata: Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Zikir yang paling afdhal (utama) ialah, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” dan doa paling afdhal ialah, “Segala puji bagi Allah.” (HR Tirmizi No: 3383) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Zikrullah dan berdoa adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada setiap Muslim

2. Zikir yang terbaik adalah kalimah tauhid yang mengandungi inti pati ajaran Islam, menegaskan keesaan Allah SWT dan menghapuskan syirik:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Tidak ada Tuhan selain Allah

3. Kalimah Alhamdulillah mengandungi pujian dan Syukur kepada Allah atas segala nikmat-Nya, ia adalah pengiktirafan terhadap kebesaran dan kemurahan Allah. Kalimah ini adalah Doa yang paling baik:
الحَمْدُ لِلَّهِ
Segala pujian hanyalah untuk Allah

4. Kalimah Alhamdulillah lebih baik dari harta yang dimiliki oleh seseorang walaupun sepenuh langit dan bumi.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ أَنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا بِحَذَافِيرِهَا بِيَدِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي " ثُمَّ قَالَ : " الْحَمْدُ لِلَّهِ لَكَانَتِ الْحَمْدُ لِلَّهِ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ

Anas ra juga meriwayatkan , bahawa Nabi saw. Bersabda: seandainya dunia dan semua isinya berada ditangan seseorang dari ummatku kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, nescaya kalimat (Alhamdulillah) yang ucapkan itu lebih baik dari dunia dan isinya (Dailami 3/359 No: 5083)

Hadis ini menekankan kepentingan mengamalkan zikir "La ilaha illallah" dan doa "Alhamdulillah" sebagai amalan utama yang mendekatkan seorang hamba kepada Allah SWT. Dengan memperbanyakkan zikir dan syukur, seseorang akan memperoleh ketenangan hati, keberkatan dalam hidup, dan ganjaran besar di akhirat. Hadis ini mengajar bahawa amalan yang sederhana tetapi konsisten lebih bernilai di sisi Allah SWT. Marilah kita memperbanyakkan lafaz zikir dan doa terafdhal.

11hb Rejab 1446H
11hb Januari 2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISZikir dan Doa Selepas Salamكَتَبَ الْمُغِيرَةُ بْنُ شُعْبَةَ إِلَى مُعَاوِيَةَ أَنَّ رَسُولَ ا...
09/01/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir dan Doa Selepas Salam

كَتَبَ الْمُغِيرَةُ بْنُ شُعْبَةَ إِلَى مُعَاوِيَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنْ الصَّلَاةِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Mughirah bin Syu'bah pernah berkirim surat kepada Muawiyah, bahwa apabila Rasulullah SAW selesai solat dan mengucapkan salam, baginda memanjatkan doa: "LAA ILAAHA ILLALLAAH WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR, ALLAAHUMMA LAA MAANI'A LIMAA A'THAITA WALAA MU'THIYA LIMAA MANA'TA WALAA YANFA'U DZAL JADDI MINKAL JADD (Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan dan milik-Nyalah segala pujian, dan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberi apa yang Engkau halang, dan tidak akan memberi manfaat seseorang yang memiliki kekayaan atau kedudukan, daripada kekayaan atau kedudukan itu di sisi Mu)." (HR Muslim No: 933) Status Sahih

Pengajaran:

1. Antara perkara yang digalakkan selepas solat waktu ialah berzikir dan berdoa.

2. Antara zikir dan doa yang sunat dibaca selepas solat fardhu:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

3. Hadis ini mengajarkan amalan zikir yang mengukuhkan hubungan seorang hamba dengan Tuhannya. Dengan melafazkan zikir dan doa ini, seorang Muslim menguatkan keimanan kepada tauhid, qadha’, dan qadar Allah SWT. Selain itu, ia mendidik jiwa untuk menjadi lebih tawaduk, bersyukur, dan bergantung kepada Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan.

4. Berdoalah agar menjadi orang mulia disisi Allah

لَيسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ
Maksudnya: Tidak ada yang paling mulia di sisi Allah daripada doa (HR Ahmad : 362)

5. Hadis ini menunjukkan keutamaan zikir selepas solat sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia mengajar kita untuk sentiasa bersyukur, bertawakal, dan mengukuhkan keimanan kepada Allah. Dengan mengamalkan zikir ini, seseorang akan memperolehi ketenangan jiwa, keberkatan hidup, dan perlindungan daripada kes**aran dunia serta akhirat.

09hb Rejab 1446H
09hb Januari 2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISJaminan Masuk Syurga عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ...
08/01/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jaminan Masuk Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bertanya: "Siapakah di antara kalian yang pagi ini sedang berpuasa?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menghantar jenazah?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah memberi makan kepada orang miskin?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menziarahi orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah semua amalan itu ada pada seseorang kecuali dia pasti akan masuk syurga." (HR Muslim No: 1707) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Syurga disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal yang soleh.

2. Abu Bakar adalah contoh sahabat Rasulullah SAW dalam mengamalkan ajaran Islam.

3. Melaksanakan ibadat puasa adalah sebahagian daripada ibadat peribadi setiap Muslim sebagai bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang kepada Allah.

4. Menghantar jenazah, memberi makan kepada orang miskin dan menziarahi orang sakit merupakan kewajipan Muslim kepada masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada penunaian tanggungjawab terhadap hak orang lain apabila kita hidup bermasyarakat.

5. Mukmin yang melaksanakan kewajipan ibadat individu seperti solat, puasa, zakat serta kewajipan untuk cakna kepada masyarakat seperti menghantar jenazah, ziarah orang sakit, menolong orang susah, pasti akan diberi ganjaran syurga.

Marilah kita menyantuni orang yang lemah seperti golongan fakir dan miskin, orang yang sakit juga anak yatim. Hidupkan budaya menziarahi atau bertanya khabar kerabat, sahabat, teman, jiran, rakan kita yang kurang sihat.

08hb Rejab 1446H
08hb Januari 2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISDoa Mohon Keampunan dan Keselamatanعن ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ: لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّه...
07/01/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Mohon Keampunan dan Keselamatan

عن ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ: لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يدع هؤلاء الكلمات إذا أصبح وَإذا أَمْسَى: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Daripada Ibn Umar RA berkata: Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini pada waktu petang dan pagi: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah! Tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di dalam hatiku. Ya Allah! Peliharalah aku dari hadapan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu daripada ancaman yang datang (dalam keadaan tidak sedar) dari bawahku.” (HR Abu Daud No: 5074) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa memohon kepada Allah kerana ia adalah sebahagian daripada ibadah.

2. Keselamatan di dunia dan akhirat adalah nikmat terbesar yang sering dilupakan manusia. Doa ini mengingatkan agar kita sentiasa mensyukuri nikmat tersebut.

3. Antara doa seorang Muslim adalah memohon keampunan iaitu pelepasan daripada melakukan dosa dan memohon afiyah iaitu keselamatan di dunia dan akhirat.

3. Syarah Sunan Ibn Majah menjelaskan: memohon ‘afiyah adalah memohon keselamatan daripada sebarang kerosakan dan juga kesusahan. Menutup aib bermaksud menutup apa-apa yang memalukannya dan tidak dis**ai apabila ia dilihat oleh orang lain. Adapun, berilah ketenteraman di dalam hatiku bermaksud ketenangan hati daripada perasan takut, berbangga dan sebagainya. [Lihat: Syarah Sunan Ibn Majah, 1/276]

4. Menurut Imam al-Nawawi: makna ‘afiyah di dalam doa di atas, adalah satu lafaz umum yang mana terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin serta agama sama ada di dunia dan juga di akhirat. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 46/12]

5. Syeikh al-Munawi menjelaskan: ‘afiyah bermaksud keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan. [Lihat: Faidh al-Qadir, 107/4]

6. Doa ini memohon keselamatan dan kesejahteraan pada agama daripada segala bentuk fitnah, pada tubuh badan daripada segala penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah. Hal ini termasuklah perlindungan daripada pelbagai wabak penyakit.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Doa ini mengandungi permohonan keampunan juga keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesejahteraan yang berpanjangan serta melindungi kita daripada segala perkara yang tidak baik yang mungkin datang dari segala penjuru dan arah. Semoga kita selamat di dunia mahupun di hari akhirat.

07hb Rejab 1446H
07hb Januari 2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISPenuntut Ilmu Sentiasa Dirahmatiعَنْ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ الْمُرَادِيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ ال...
06/01/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penuntut Ilmu Sentiasa Dirahmati

عَنْ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ الْمُرَادِيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ خَارِجٍ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ إِلَّا وَضَعَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا بِمَا يَصْنَعُ

Daripada Shafwan bin Assal Al Muradi, ia berkata, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tidaklah seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu kecuali para malaikat akan mengembangkan sayap-sayapnya untuk orang tersebut kerana redha dengan apa yang ia kerjakan." (Sunan Ibnu Majah No: 222) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Menuntut ilmu adalah suatu ibadah dan menjadi tuntutan ke atas setiap Muslim

2. Setiap Muslim yang keluar dari rumah untuk menuntut ilmu akan sentiasa dinaungi para Malaikat.

3. Menuntut ilmu tidak hanya terhad kepada golongan pelajar di peringkat sekolah mahupun Institut Pengajian Tinggi, malah setiap masa, tempat dan usia seperti di masjid, surau, termasuklah secara online dan lain-lain.

4. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu lebih tinggi dari yang lain:

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

5. Malaikat sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka yang ikhlas menuntut ilmu. Doa dan keberkatan ini menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat.

6. Rasulullah mengajar kita berdoa agar mendapat ilmu bermanfaat

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Daripada Ummu Salamah berkata, "Selepas salam dalam solat subuh Nabi SAW mengucapkan: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima (Ibn Majah No 915) Status: Hadis Sahih

Marilah kita memulakan azam tahun baru 2025 ini untuk sentiasa menambah ilmu. Dengan ilmu, seorang Muslim dapat memahami agama dengan lebih baik, mengamalkan ajaran Islam, dan menyebarkan kebaikan kepada orang lain. Semoga dengan ilmu yang bermanfaat membawa kita menjadi orang yang bertaqwa, menjadikan kita warganegara yang “celik” “bijak” dan “cerdik” bukan hanya untuk dunia malah juga untuk akhirat kelak.

06hb Rejab 1446H
06hb Januari 2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISKaya dan Miskin Sebenar عن أبي ذر رضي الله عنه قَالَ لِي رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ ...
22/12/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kaya dan Miskin Sebenar

عن أبي ذر رضي الله عنه قَالَ لِي رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا أَبَا ذَرّ أَتَرَى كَثْرَة الْمَال هُوَ الْغِنَى قُلْت : نَعَمْ . قَالَ : وَتَرَى قِلَّة الْمَال هُوَ الْفَقْر قُلْت : نَعَمْ يَا رَسُول اللَّه . قَالَ : إِنَّمَا الْغِنَى غِنَى الْقَلْب وَالْفَقْر فَقْر الْقَلْب

Daripada Abi Dzar RA: “Rasulullah SAW berkata padaku, “Wahai Abu Dzar, apakah engkau memandang bahawa banyaknya harta itulah yang disebut kaya?” “ya,” jawab Abu Dzar. Baginda bertanya lagi, “Apakah engkau memandang bahawa sedikitnya harta itu bererti fakir?” “ya,” Abu Dzar menjawab dengan jawapan serupa. Lantas baginda pun bersabda, “Sesungguhnya kaya yang sebenar adalah kaya hati (hati yang selalu merasa cukup). Sedangkan fakir yang sebenar adalah fakirnya hati (hati yang selalu merasa tidak puas).” (HR. Ibnu Hibban. Syaikh Syu’aib Al Arnauth berkata bahawa sanad hadis ini sahih sesuai syarat Muslim)

Pengajaran:

1. Banyaknya harta dan kemewahan dunia bukanlah jalan untuk meraih kebahagiaan sejati.

2. Kekayaan sejati adalah hatinya sentiasa tenang merasa cukup dengan apa yang Allah anugerahkan dan bersyukur. Inilah sifat qona’ah.

3. Ibnu Baththol menyatakan: “Hakikat kekayaan sebenarnya bukanlah dengan banyaknya harta. Kerana ramai orang yang diluaskan rezeki oleh Allah, namun ia tidak pernah merasa puas dengan apa yang diberi. Orang seperti ini selalu berusaha keras untuk menambah dan terus menambah harta, tanpa mengira dari manakah harta tersebut diperolehi. Orang inilah yang disebut fakir kerana usaha kerasnya untuk terus menerus memuaskan hatinya dengan harta.

4. Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan: “Orang yang kaya adalah orang yang selalu qona’ah (merasa puas) dengan rezeki yang Allah beri. Ia tidak tamak untuk menambahnya tanpa ada keperluan. Ia selalu reda dengan rezeki Allah. Orang inilah yang akan kaya selamanya.

5. Orang yang fakir hatinya sentiasa gelisah, tidak puas, tidak pernah merasa cukup, tamak dan tidak bersyukur walaupun memiliki harta yang banyak.

Berusahalah kita memiliki hati yang kaya dengan memiliki sifat qonaah dan sentiasa bersyukur dengan apa sahaja nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kita.

20hb Jamadil Akhir 1446H
22hb Disember 2024

Address

Kampung Langkap
36700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEBAL Family posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share