Jabatan Amal Jeli

Jabatan Amal Jeli 🚩 Pasukan sukarelawan berdisiplin yang komited menjaga keselamatan & membantu masyarakat dalam pelbagai misi kebajikan dan kecemasan di Jeli.

Beramal kerana Allah, berkhidmat tanpa henti✨

Jabatan Amal Malaysia terlibat dalam khidmat masyarakat seperti membantu mangsa kebakaran, banjir besar dan sebagainya. Jolokan “Semut Merah" telah diberikan kepada mereka ketika rakyat Johor ditimpa musibah banjir besar beberapa tahun lepas, Unit Amal turun membantu dan menjalankan tugas-tugas penyelamat.

TKP Ustaz Abdul Haiy berkesempatan menziarahi anggota Jabatan Amal di tapak Jambori Perkhemahan Tahunan Amal (JPTA) 2026...
19/06/2026

TKP Ustaz Abdul Haiy berkesempatan menziarahi anggota Jabatan Amal di tapak Jambori Perkhemahan Tahunan Amal (JPTA) 2026 pada hari ini.

Walaupun tidak dapat bersama dalam tempoh yang lama, kehadiran ini sekadar untuk memberikan sokongan, bertemu para petugas serta melihat sendiri komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh peserta sepanjang program berlangsung.

"Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh urusetia, petugas serta peserta yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi dan disiplin ✅💪.

Semoga JPTA 2026 mencapai segala objektif yang telah dirancang, menjadi medan tarbiah dan latihan yang bermanfaat, serta sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT."

— Ustaz Abdul Haiy
Timbalan Ketua Pemuda PAS Jeli

Beramal Kerana Allah

PERTANDINGAN KEMAHIRAN AMALPara peserta telah dibahagikan kepada tiga Kor penting iaitu Kor Medik, Kor Kejuruteraan, dan...
19/06/2026

PERTANDINGAN KEMAHIRAN AMAL

Para peserta telah dibahagikan kepada tiga Kor penting iaitu Kor Medik, Kor Kejuruteraan, dan Kor Semboyan. Setiap Kor diberikan tugasan serta cabaran tertentu yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Melalui aktiviti ini, para anggota bukan sahaja diuji dari sudut kemahiran dan ketangkasan, malah turut diasah semangat kerjasama, kepimpinan serta kemampuan menyelesaikan masalah di lapangan.

Inilah keistimewaan JPTA. Di sini, anggota Jabatan Amal Malaysia menimba ilmu, berlatih kemahiran baharu, berkongsi pengalaman dan memperkukuhkan kompetensi sebagai seorang sukarelawan yang bersedia berkhidmat kepada masyarakat.

Belajar. Berlatih. Berkhidmat. Jom orang muda bersama berkhidmat dengan JAM Kelantan 😎❤️

Beramal Kerana Allah

🌅 Sesi Kuliah Subuh telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Faruqi Zahari, Ketua Dewan Pemuda PAS Jeli  yang menekankan ten...
18/06/2026

🌅 Sesi Kuliah Subuh telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Faruqi Zahari, Ketua Dewan Pemuda PAS Jeli yang menekankan tentang ganjaran besar Allah SWT kepada pemuda yang berjuang dengan ikhlas serta menghayati slogan "Beramal Kerana Allah".

Anggota JAM mesti amalkan 3 langkah menjaga keikhlasan sepanjang kita bertugas :

✅ Sembunyikan amalan daripada pandangan manusia.
✅ Sentiasa periksa dan perbaharui niat.
✅ Apabila dipuji, kembalikan segala pujian kepada Allah SWT.

Semoga setiap khidmat dan pengorbanan kita menjadi amal soleh yang diterima di sisi Allah SWT.

Beramal Kerana Allah

18/06/2026

MAKLUMAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN JELI KALI KE-49 / 2026.

Agenda Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Jeli diteruskan lagi pada tahun ini. MAT PKJ 2026 akan berlangsung seperti mana berikut :

Sabtu | 20 Jun 2026 bersamaan 4 Muharam 1447H
Dewan Purnama Desa Rabbana, Jeli.
Perasmian oleh : YB Datuk Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad / Naib Presiden PAS

Ahlan Wasahlan kepada semua Perwakilan dari keseluruhan cawangan PAS dalam Parlimen Jeli ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jeli kali ini.

"Kembali Kepada Penyelesaian Islam"

📚 SELAMAT HARI GURU 📚Guru bukan sekadar mengajar, tetapi insan mulia yang mendidik jiwa, membentuk akhlak dan mencorak m...
16/05/2026

📚 SELAMAT HARI GURU 📚

Guru bukan sekadar mengajar, tetapi insan mulia yang mendidik jiwa, membentuk akhlak dan mencorak masa depan generasi.
Terima kasih buat semua warga pendidik atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa jemu.
Jasa kalian amat besar dan sentiasa dikenang.

“Guru Pemacu Generasi Berilmu & Berakhlak”

Ikhlas daripada
Jabatan Amal Malaysia Kawasan Jeli ❤️

22/03/2026

Majlis Hari Raya Aidilfitri Perikatan Nasional Peringkat Kawasan Jeli 2026.

Jemputan kepada semua penyokong, pendokong dan warga Jeli untuk sama-sama hadir ke Majlis Raya PN Kawasan Jeli yang akan berlangsung pada 3 Syawal 1447 bersamaan 23 Mac 2026 (Ahad) di Dataran Ilmu, Majlis Daerah Jeli.

Pelbagai aktiviti disediakan khususnya jamuan makan aneka kueh raya, ketupat lemang, nasi gulai kawah dan lain-lain.

Pergi ke dusun memetik mangga,
Singgah sebentar membeli lemang,
Aidilfitri penuh mulia suasana,
Majlis Raya PN Jeli kami jemput datang.

Burung merpati terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di pohon seri,
Jangan malu jangan segan selalu,
Mari bersama meriahkan Raya PN Jeli.

Kuih raya tersusun di atas para,
Air sirap sejuk penghilang dahaga,
Bersama pimpinan dan rakyat mesra,
Jalin ukhuwah erat penuh bermakna.

Pergi ke pekan membeli ketupat,
Singgah sebentar membeli rendang,
Kami hulur jemputan penuh hormat,
Datang beramai memeriahkan gelanggang.

Dari Jeli hingga ke sempadan negeri,
Semangat muafakat terus disemai,
Salam Aidilfitri ikhlas diberi,
Majlis PN Jeli meriah menanti ramai.

Jemput datang beramai-ramai. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

🌙✨ Salam Aidilfitri ✨🌙Jabatan Amal Kawasan Jeli mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semu...
20/03/2026

🌙✨ Salam Aidilfitri ✨🌙

Jabatan Amal Kawasan Jeli mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua.

Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Hati-hati di jalan raya, pandu cermat, ingat orang tersayang.

Ikhlas daripada,
Jabatan Amal Kawasan Jeli 🤍

Kepada semua perantau yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, khususnya yang menghala ke daerah Jeli.JAM...
19/03/2026

Kepada semua perantau yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, khususnya yang menghala ke daerah Jeli.

JAM Jeli ingin menitipkan pesanan ringkas buat anda semua:

🚗 Pandu Cermat
☕ Rehat Jika Perlu
🛠️ Periksa Kenderaan
🤲 Iringi dengan Doa

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan perjalanan dan melindungi keselamatan anda sekeluarga hingga tiba ke pangkuan insan tersayang.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hati-hati di jalan raya!

Beramal Kerana Allah

OPERASI TRAFIK 🚦Ceramah Penghayatan Nuzul Al-Quran & Badar Kubra6 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Jeli telah...
06/03/2026

OPERASI TRAFIK 🚦Ceramah Penghayatan Nuzul Al-Quran & Badar Kubra

6 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Jeli telah diatur gerak hari ini bagi menjayakan tugasan kawalan lalu lintas.

Ceramah kali ini berlangsung di Qaryah Ramadan, Padang Majlis Daerah Tanah Merah berjalan lancar dengan komitmen dan khidmat bakti yang dicurahkan oleh para anggota JAM seluruh kawasan.

Syabas diucapkan kepada KOM Kawasan dan anggota yang bertugas! Hebat!

Beramal Kerana Allah

Address

Kampung Jeli
17600

Telephone

+60136691565

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Jeli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Amal Jeli:

Shortcuts

Share