13/07/2024
Assalamualaikum w.b.t
JEMPUTAN KE SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1446H ANJURAN RIPM
Tarikh : 20 JUL 2024 (Bersamaan Dengan 14 Muharram 1446H)
Masa : 8.00 a.m – 6.00 p.m
Tempat : KG. BARU, JLN MALAYSIA, 17600 JELI, KELANTAN
Secara asasnya, sambutan Maal Hijrah disambut sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang membuahkan hikmah cukup besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, dan berkembangnya umat Islam dan tersebar ke seluruh pelosok dunia.
Susulan peristiwa hijrah, menyaksikan takwim Islam mula diperkenalkan, sekali gus ketetapan itu penanda aras kepada kehidupan Islam sebenar, iaitu pemisahan antara hak dengan batil. Keistimewaan Muharam perlu diketahui kerana ia diangkat sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah dan dikenali sebagai bulan Allah atau ‘syahrullah.’
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia, berhijrahlah dan berpegang teguhlah dengan Islam. Ini adalah kerana selama jihad kekal, selama itulah hijrah (keluar di jalan Allah SWT) akan berkekalan.” (HR Tabrani)