20/10/2026
MENEGAKKAN INTEGRITI DAN HAK BERSUARA MAHASISWA: PEPIAS SOKONG KEBERANIAN UMMI UMAIRAH BAKHIT
Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) merakamkan sokongan penuh dan solidariti terhadap keberanian serta kelantangan mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit, dalam menzahirkan pandangan kritikal berhubung isu integriti, rasuah, dan tatakelola pentadbiran negara. Keberanian beliau menyuarakan kebimbangan mengenai isu RCI Tabung Haji serta persoalan kepimpinan berintegriti merupakan cerminan keprihatinan sebenar generasi muda terhadap masa depan tanah air.
PEPIAS berpandangan bahawa keprihatinan yang dilaungkan oleh Ummi Umairah mewakili hasrat majoriti mahasiswa dan belia yang turut mendahagakan ekosistem kepimpinan yang bersih, telus, berprinsip, serta bebas dari rasuah. Isu rasuah, penyelewengan, dan kelemahan amalan tatakelola kewangan awam tidak boleh dipandang enteng, kerana ia memberikan kesan langsung kepada keyakinan rakyat serta kestabilan sosioekonomi generasi mendatang.
[Kenyataan Penuh dalam Gambar]
Akhir sekali, PEPIAS berharap agar gelombang kesedaran ini menjadi detik pemutus dalam mengukuhkan iltizam membasmi rasuah dan mempertahankan integriti di semua peringkat. PEPIAS akan terus berdiri teguh bersama kepimpinan mahasiswa yang berani dan berprinsip demi memastikan suara anak muda sentiasa didengari dalam proses pembinaan negara yang adil, sejahtera, dan berakhlak tinggi.
“Generasi Penerus Harapan Ummah”
Amiir Husaini Bin Ahmad Faizal
Setiausaha Agung
Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)