Pertubuhan ASK Malaysia-HQ

Pertubuhan ASK Malaysia-HQ Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan ASK Malaysia-HQ, Non-Governmental Organization (NGO), Lot 1593A, Off Jalan Gombak Batu 6 1/4, Kampung Gombak.

ASK Malaysia adalah NGO berdaftar yang aktif melakukan kerja amal dan program-program kemasyarakatan.Kami mempunyai ahli-ahli dari pelbagai latar belakang di seluruh Malaysia.ASK bermaksud Amal, Silatulrahim dan Kebajikan.Dan itulah keutamaan kami.

Alhamdulillah
04/12/2024

Alhamdulillah

ASK Perak turun padang untuk membantu mangsa banjir di Fair Park Ipoh membersihkan rumah mereka
03/12/2024

ASK Perak turun padang untuk membantu mangsa banjir di Fair Park Ipoh membersihkan rumah mereka

TAK DIKENAL OLEH PENDUDUK BUMI, TAPI DIKENAL OLEH PENDUDUK LANGITDi Yaman, tinggalah seorang pemuda bernama Uwais Al Qar...
24/06/2024

TAK DIKENAL OLEH PENDUDUK BUMI, TAPI DIKENAL OLEH PENDUDUK LANGIT

Di Yaman, tinggalah seorang pemuda bernama Uwais Al Qarni yang berpenyakit sopak, tubuhnya berbelang-belang putih. Walaupun cacat, ia adalah pemuda yang soleh dan sangat berbakti kepadanya ibunya. Ibunya adalah seorang wanita tua yang lumpuh. Uwais senantiasa merawat dan memenuhi semua permintaan ibunya. Hanya satu permintaan ibunya yang sulit ia kabulkan.

“Anakku, mungkin ibu sudah tidak lama akan bersama dengan kamu, ikhtiarkan agar ibu dapat mengerjakan haji,” pinta ibunya. Uwais termenung, perjalanan ke Mekkah sangatlah jauh melewati padang pasir tandus yang panas. Orang-orang biasanya menggunakan unta dan membawa banyak bekalan. Namun Uwais sangat miskin dan tak mempunyai kenderaan.

Uwais terus berfikir mencari jalan keluar utk memenuhi impian ibunya itu. Kemudian, dibelilah seeokar anak lembu. Kira-kira untuk apa anak lembu itu? Tidak mungkinkan pergi haji naik lembu. Selepas membeli lembu, Uwais membuatkan kandang di puncak bukit. Setiap pagi beliau bolak balik menggendong anak lembu itu naik turun bukit. “Uwais gila.. Uwais gila…” kata penduduk sekitar. Ya, kelakuan Uwais memang sungguh aneh.

Tak pernah ada hari yang ia tertinggal menggendong lembu naik turun bukit. Makin hari anak lembu itu makin besar, dan makin besar tenaga yang diperlukan Uwais. Tetapi kerana latihan setiap hari, anak lembu yang membesar itu tak terasa lagi bebannya.

Setelah 8 bulan berlalu, sampailah musim Haji. Lembu Uwais telah mencapai 100 kg, begitu juga dengan otot Uwais yang makin membesar. Uwais menjadi kuat mengangkat barang. Tahulah sekarang penduduk sekitar apa maksud Uwais menggendong lembu setiap hari. Ternyata ia latihan untuk menggendong ibunya.

Uwais menggendong ibunya berjalan kaki dari Yaman ke Makkah! Masya Allah, alangkah besar cinta Uwais pada ibunya. Ia rela menempuh perjalanan jauh dan sulit, demi memenuhi keinginan ibunya.

Uwais berjalan tegap menggendong ibunya tawaf di Ka'bah. Ibunya terharu dan bercucuran air mata setelah melihat Baitullah. Di hadapan Ka'bah, ibu dan anak itu berdoa. "Ya Allah, ampuni semua dosa ibu," kata Uwais. "Bagaimana dengan dosamu?" Tanya ibunya hairan. Uwais menjawab, "Dengan terampunnya dosa ibu, maka ibu akan masuk syurga. Cukuplah redha dari ibu yang akan membawa aku ke syurga"

Masya Allah, itulah keinginan Uwais yang tulus dan penuh cinta kpd ibunya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala pun mengurniakan rahmatNya kpd Uwais, seketika itu Uwais disembuhkan dari penyakit sopak yg dihidapinya. Hanya tertinggal bulatan putih di tengkuknya.

Tahukah kalian apa hikmah dari bulatan yg dikekalkan di tengkuk Uwais? Itulah tanda untuk Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Thalib, dua sahabat utama Rasullullah Shallallohu 'Alaihi Wasallam untuk mengenali Uwais.
Beliau berdua sengaja mencari Uwais disekitar Ka'bah kerana Rasullullah Shallallohu 'Alaihi Wasallam berpesan "Di zaman kamu nanti akan lahir seorang manusia yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia.

Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintalah pertolongan untuk kamu berdua.

"Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kamu, durhaka pada ibu dan menolak kewajiban, dan meminta yang bukan haknya, dan membunuh anak hidup-hidup, dan Allah, membenci padamu banyak bicara, dan banyak bertanya demikian p**a memboroskan harta (menghamburkan kekayaan)." (HR. Bukhari dan Muslim)

Pertubuhan ASK Malaysia adalah NGO yang berdaftar dengan ROS. Kami mempunyai ahli2 di seluruh Malaysia. Kami akan mula m...
22/08/2023

Pertubuhan ASK Malaysia adalah NGO yang berdaftar dengan ROS. Kami mempunyai ahli2 di seluruh Malaysia. Kami akan mula mengorak langkah untuk mengembangkan lagi aktiviti kebajikan kami di setiap negeri. Oleh itu, kami mencari business partner berkaitan printing.Segala yang berkaitan seperti kad ahli, baju, sijil, cenderamata dan sebagainya akan kami serahkan kepada partner ini,dengan syarat beliau juga mestilah berdaftar sebagai ahli ASK Malaysia.
Boleh whatsapp admin di nombor 016-7477736.Terima kasih.

Shy Kucing
Presiden ASK Malaysia.

Menghadiri majlis makan malam Gemilang Kaseh anjuran Rumah Adat N9
21/08/2023

Menghadiri majlis makan malam Gemilang Kaseh anjuran Rumah Adat N9

16/04/2023
28/12/2022

Address

Lot 1593A, Off Jalan Gombak Batu 6 1/4
Kampung Gombak
53100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan ASK Malaysia-HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share