PadangChangkat.Com

PadangChangkat.Com Halaman ini khas untuk maklumat dan info terkini tentang Kampung Padang Changkat. Sila LIKE bagi memeriahkan halaman ini.

CARA DAFTAR APLIKASI MAE MAYBANK DAN TERIMA PERCUMA RM10Download apps MAE by Maybank2U (Apple atau GooglePlay/Android)Bu...
28/10/2021

CARA DAFTAR APLIKASI MAE MAYBANK DAN TERIMA PERCUMA RM10
Download apps MAE by Maybank2U
(Apple atau GooglePlay/Android)
Buka apps MAE. Jawap semua persoalan awal. Tekan NEXT, NEXT dan NEXT.
Anda perlu AGREE dengan terma dan syarat.
Anda akan dibawa ke paparan utama apps MAE. Tekan LOGIN di bahagian atas kanan.
Sekiranya anda pengguna baru MAE (masih tiada akaun MAE), pilih option di sebelah kanan – No Account? Apply for MAE account now
Baca arahan seterusnya dan pilih NEXT
Masukkan nama penuh dan Mobile Number anda
Pilih jenis ID – MyKad .
Continue dan Success.
Verify Number Mobile anda- Proceed
Masukkan OTP Number yang dihantar ke telefon anda
Activate MAE Account Now
Masukkan email untuk pengesahan
Tick YES untuk PDPA & terma syarat
Anda akan menerima notis pengesahan permohonan buka akaun MAE
Tekan Refer a freind, Jangan lupa gunakan Promo Code: NHB122224 untuk nikmati tambahan RM10

 Maybank MAE – Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Dompet Digital Baru Daripada Maybank?Maybank telah pun memperkenalkan kemask...
28/10/2021



Maybank MAE – Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Dompet Digital Baru Daripada Maybank?

Maybank telah pun memperkenalkan kemaskinin untuk aplikasi Maybank di Android dan iPhone sejak awal minggu ini, sekaligus menyertakan sebuah ciri baru dinamakan MAE. Pada artikel kali ini, kami akan berkongsi secara ringkas mengenai ciri terbaru yang ditawarkan oleh Maybank ini.

Apakah Itu MAE?

MAE adalah singkatan kepada Maybank Anytime, Everyone. Melaluinya, ia menawarkan sokongan dompet digital untuk memudahkan transaksi nirtunai oleh anda. Menggunakan MAE, ia mengasingkan penggunaan wang anda berbanding akaun bank Maybank biasa – sekaligus mengelak anda daripada terlebih berbelanja.
Pengguna boleh menggunakan MAE untuk melakukan pembayaran di lebih 200,000 peruncit seluruh negara yang menerima pembayaran menggunakan Maybank QRPay. Angka peruncit ini akan terus ditambah dari hari ke hari.
Selain daripada membuat pembayaran di peruncit, pengguna turut boleh menggunakan MAE untuk menerima wang daripada rakan-rakan, atau membuat pembayaran seperti menghantar wang kepada rakan, membayar bil, membeli tiket wayang, membuat tambah-nilai prabayar dan sebagainya.

MAE Boleh Didaftar Walau Tiada Akaun Maybank

Menariknya mengenai MAE ini adalah ia boleh digunakan oleh semua pengguna – walaupun seseorang itu tidak mempunyai akaun Maybank. Ini sekaligus membolehkan semua pengguna seluruh negara menggunakan dompet digital MAE dan menggunakannya dalam membuat transaksi nirtunai di pelbagai lokasi yang menerimanya.
Untuk mendaftar MAE, pengguna akan diminta untuk mengimbas kad pengenalan ketika proses pendaftaran, dan akaun akan diaktifkan serta-merta.

Menariknya adalah dimana pengguna turut boleh membuat tambah-nilai ke akaun MAE seperti akaun perbankan lain – termasuk melalui pemindahan interbank, melalui M2U, melalui mesin deposit dan sebagainya. Dengan integrasi ini juga, pengguna boleh membawa keluar wang daripada MAE ke akaun bank lain dengan mudah dan pantas.
Bagi pengguna Maybank sedia ada p**a, anda hanya perlu ke aplikasi Android atau iPhone, dan mengaktifkannya. Anda akan diminta untuk membuat tambah-nilai ketika ingin mengaktifkan sokongan MAE ini.

Penawaran Kad Debit Digital Daripada Visa

Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun Maybank dan mendaftar akaun MAE, anda juga akan diberikan penawaran kad debit digital daripada Visa untuk digunakan bagi pelbagai transaksi atas-talian yang lain.
Ia berfungsi seperti kad debit Visa yang lain, dimana pengguna boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran pada terminal melalui sokongan Maybank Pay atau Samsung Pay. Kad debit digital ini juga turut boleh digunakan untuk melakukan transaksi atas-talian melalui pelbagai web-web jual-beli di internet.

Ciri Pembahagian Wang Untuk Pembayaran

Salah satu ciri menarik yang turut disertakan pada MAE ini adalah sokongan pembahagian wang untuk pembayaran atau dipanggil “Split Bill”.
Ia ditujukan untuk memudahkan pengguna berkongsi pembayaran selepas keluar makan atau berbelanja di sesuatu lokasi. Sebagai contoh, sekiranya anda ke kedai makan, dan jumlah pembayaran adalah RM30 untuk 5 orang, maka anda boleh menggunakan ciri “Split Bill” dan menghantar notifikasi bayaran kepada rakan-rakan dengan mudah melaluinya. MAE juga menyertakan sokongan menghantar notifikasi untuk pembayaran, sekaligus boleh “memaksa” rakan anda membuat pembayaran “hutang” secepat mungkin.

Pengenalan ciri ini juga sekaligus membuatkan Maybank sebagai bank pertama yang menawarkan sokongan dompet digital terbuka kepada semua pengguna seluruh negara – sekaligus akan membolehkan mereka bersaing dengan lebih aktif dalam arena nirtunai ini. Dengan penyertaan pihak Maybank juga, ia akan menarik untuk melihat bagaimana pesaing lain akan memberikan reaksi – sekaligus membawa kepada sesuatu yang lebih menguntungkan para pengguna.

Address

Kg Padang Changkat
Kampung Bota Kanan
32600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PadangChangkat.Com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PadangChangkat.Com:

Share