Surau Abang Taib, Kompleks Komuniti Bintangor

Call Directions

Surau Abang Taib, Kompleks Komuniti Bintangor Surau Abang Taib Lover

Alhamdulillah terimak kaseh Allah.Program Riแธฅlah Ukhuwwah: Ziarah & Khidmat anjuran Surau Abang Taib, Kompleks Komuniti ...
29/08/2026

Alhamdulillah terimak kaseh Allah.

Program Riแธฅlah Ukhuwwah: Ziarah & Khidmat anjuran Surau Abang Taib, Kompleks Komuniti Bintangor dengan kerjasama HIKMAH Ranting Bintangor telah berjaya dilaksanakan pada 29 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Surau Amal Zulqarnain dan Rh. Pom, Sg. Amut, Pakan, Sarikei.

Program ini menghimpunkan seramai 15 orang sukarelawan daripada Surau Abang Taib, HIKMAH Ranting Bintangor, HIKMAH Cawangan Sarikei serta masyarakat kampung.

Antara aktiviti utama program ialah:

โ€” Ziarah & Santuni Masyarakat

โ€” Penyampaian Sumbangan Barangan Asas

โ€” Gotong-Royong & Khidmat Komuniti

โ€” Jamua & Ukhuwwah

Perjalanan ke pedalaman tok mungkin ngambik maso dan tenago, namun senyuman masyarakat yang disantuni menjadi satu kepuasan yang s*kdapat digambarkan dengan kata-kata.

Sesungguhnya, khidmat kepada masyarakat bukan tentang sebesar mana sumbangan yang diberikan, tetapi tentang kesediaan untuk hadir, membantu dan mengambil peduli.

Pihak Surau Abang Taib merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh sukarelawan, penyumbang dan semua pihak yang telah memberikan masa, tenaga, kewangan serta sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga setiap langkah, peluh dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT serta menjadi asbab terjalinnya ukhuwah yang lebih erat antara kita dan masyarakat di pedalaman.

Terima kasih kerana bersama-sama menghidupkan makna ukhuwah melalui khidmat.

โ€œDan hendaklah kamu saling membantu dalam kebajikan dan ketakwaan.โ€
โ€” Surah al-Mฤโ€™idah, 2

Juh merami suro kito.

Alhamdulillah terimak kaseh Allah. Sempena Maulidur Rasul 1448H, Surau Abang Taib dengan kerjasama HIKMAH Ranting Bintan...
21/08/2026

Alhamdulillah terimak kaseh Allah.

Sempena Maulidur Rasul 1448H, Surau Abang Taib dengan kerjasama HIKMAH Ranting Bintangor dan KRH Kg. Bintangor Utara telah mengadakan Ceramah Khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Simon Kila @ Nuur Huzaifah bin Zainon (Nuur Sakilla) yang hadir dari Bintulu.

Ceramah beliau yang sarat dengan ilmu dan hikmah tentang Maulidur Rasul, ditambah dengan pesan-pesan yang penting berkaitan pembinaan generasi muda sangat memberi kesan kepada jemaah.

Semoga nasihat beliau memberi impak kepada jemaah dan kita semua dapat bergerak ke hadapan membawa semangat Ummah Maju Makmur dalam masyarakat kita.

Juh merami suro kito.

๐Ÿคฒ JOM BERINFAQ | Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H ๐Ÿ•Œโ€œSebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia...
04/08/2026

๐Ÿคฒ JOM BERINFAQ | Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H ๐Ÿ•Œ

โ€œSebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.โ€
โ€” Sabda Rasulullah SAW

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Surau Abang Taib, Kompleks Komuniti Bintangor mempelawa seluruh masyarakat untuk bersama-sama menyumbang bagi menjayakan Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H.

๐ŸŽฏ Sasaran Kutipan Dana: RM3,385.00

โœจ Antara pengisian program:
๐Ÿ‘ฆ Kem Anak Soleh Mini
๐Ÿƒ Sukaneka Komuniti (Semua Peringkat Umur)
๐Ÿคฒ Penyampaian Barangan Asas kepada 5 Keluarga Asnaf
๐Ÿ•Œ Ceramah Perdana Maulidur Rasul

Setiap sumbangan yang dihulurkan akan membantu menjayakan program dakwah, kebajikan dan pembangunan komuniti. Tidak kira besar atau kecil nilainya, semoga ia menjadi amal jariah yang berterusan serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

๐Ÿ’ณ Salurkan sumbangan melalui:
๐Ÿ“ฑ Imbas QR DuitNow pada poster
ATAU
๐Ÿฆ Bank Rakyat
No. Akaun: 1101707829
Atas Nama: Surau Abang Taib

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:
Haakim โ€“ 010-2146619

โ€œSesungguhnya orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, mereka akan memperoleh ganjaran di sisi Tuhan mereka.โ€
(Surah al-Baqarah: 274)

๐Ÿค Mohon jasa baik tuan/puan untuk turut berkongsi poster ini agar lebih ramai mendapat peluang berinfaq dan berkongsi pahala. Semoga Allah SWT menerima setiap sumbangan dan mengurniakan keberkatan kepada kita semua. Aamiin.

โธป๐Ÿ•๏ธ KHEMAH IBADAH: ISLAM AGAMAKU 2026 ๐Ÿ•Œ๐Ÿ“ข Ibu bapa, inilah peluang terbaik untuk anak-anak mengisi cuti hujung minggu den...
18/07/2026

โธป
๐Ÿ•๏ธ KHEMAH IBADAH: ISLAM AGAMAKU 2026 ๐Ÿ•Œ

๐Ÿ“ข Ibu bapa, inilah peluang terbaik untuk anak-anak mengisi cuti hujung minggu dengan aktiviti yang bermanfaat!

Daripada menghabiskan masa dengan gajet, jom sertai program yang menggabungkan keseronokan, persahabatan dan penghayatan Islam dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

โœจ Apa yang menarik?
๐Ÿค Aktiviti membina keyakinan diri
๐ŸŽฎ Permainan dan aktiviti berkumpulan
โค๏ธ Pengisian kerohanian yang menyentuh hati
๐Ÿ•Œ Bimbingan untuk menjadi remaja Muslim yang berakhlak dan berjati diri

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 25 Julai 2026
๐Ÿ•ข Masa: 7.30 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Dayang Bai, Bintangor

๐Ÿ‘ฆ๐Ÿ‘ง Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan berumur 12โ€“17 tahun sahaja.

โš ๏ธ Penyertaan adalah TERHAD!

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang:
๐Ÿ“ž WhatsApp: https://www.wasap.my/60149961341/DAFTARKIBINTANGOR

๐ŸŽต TikTok:

Bukan sekadar berkhemah, tetapi membina iman, akhlak dan sahsiah untuk masa hadapan. Jumpa anda di sana, insya-Allah! ๐ŸŒฟ

๐ŸŒ™ JEMPUT HADIR KE KULIAH MAGHRIB ๐ŸŒ™Ingin mengukuhkan akidah dan menambah kefahaman tentang iman?๐Ÿ“– Kuliah Maghrib: Ngaji A...
16/07/2026

๐ŸŒ™ JEMPUT HADIR KE KULIAH MAGHRIB ๐ŸŒ™

Ingin mengukuhkan akidah dan menambah kefahaman tentang iman?

๐Ÿ“– Kuliah Maghrib: Ngaji Akidah & Iman
๐ŸŽ™๏ธ Bersama: Ustaz Muhd Faiz bin Kadir
(Pegawai Eksekutif Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sarawak)

๐Ÿ—“๏ธ Jumaat | 17 Julai 2026
๐Ÿ•ฐ๏ธ Selepas Solat Maghrib Berjemaah
๐Ÿ“ Surau Abang Taib, Kompleks Komuniti Bintangor, Lot 1184, Jalan Masjid

โœจ Mari luangkan sedikit masa untuk mengisi hati dengan ilmu yang menguatkan iman dan membimbing kehidupan. Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi asbab memperoleh rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.

๐Ÿ“ข TERBUKA UNTUK ORANG RAMAI
Jom hadir bersama keluarga dan sahabat.

โ€œBarangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.โ€
โ€” Riwayat Muslim

Alhamdulillah terimak kaseh Allah.Telah berlangsung Mesyuarat JKP Surau Abang Taib Bil. 3 2026 selepas solat fardhu Isya...
12/07/2026

Alhamdulillah terimak kaseh Allah.

Telah berlangsung Mesyuarat JKP Surau Abang Taib Bil. 3 2026 selepas solat fardhu Isyak tadik. Mesyuarat tuk adalah untuk melihat laporan program semasa, laporan perbelanjaan dan perancangan program akan datang.

Mesyuarat tuk juak menjadi tempat untuk teguran, nasihat ataupun penambahbaikan sesama ahli jawatankuasa dan jemaah. Bukan untuk merendahkan, tetapi untuk membina.

InsyaAllah hasil mesyuarat akan ada beberapa program yang telah dibincangkan untuk belia, wanita dan kemasyarakatan kariah Surau Abang Taib. Teruskan menyokong usaha tok untuk pembinaan masyarakat yang lebih baik!

Juh merami suro kito.

Alhamdulillah terimak kaseh Allah.Berhujung minggu bersama kariah Surau Abang Taib pagi tadik dengan aktiviti gotong-roy...
12/07/2026

Alhamdulillah terimak kaseh Allah.

Berhujung minggu bersama kariah Surau Abang Taib pagi tadik dengan aktiviti gotong-royong.

Kawasan yang difokuskan adalah ruang solat, perkarangan suro dan kawasan legar di belakang surau untuk memberikan keselesaan jemaah yang hadir untuk mengimarahkan suro kito.

Kerjo mersi suro tok bukan tando kito bagus, tapi kito berharap dengan niat bilo kito mersi tempat ibadah, Tuhan mersi hati kito dari segala penyakit nok s*k bagus.

Bilo hati bersih, ibadah bagus, ilmu bertambah, mudahan dapat masuk ke syurga Allah SWT.

Juh merami suro kito.

Alhamdulillah terimak kaseh Allah. Surau Abang Taib menerima kehadiran Ustaz Abdullah Saifurrahman Pegawai I Masjid al-A...
05/06/2026

Alhamdulillah terimak kaseh Allah.

Surau Abang Taib menerima kehadiran Ustaz Abdullah Saifurrahman Pegawai I Masjid al-Abyad di Bintangor dengan menjemput untuk berkongsi sedikit ilmu untuk kariah kito. Dengan tajuk yang dekat di jiwa, Syukur: Kunci Kekal Nikmat.

Perkongsian sepanjang satu jam di antara Maghrib-Isyak terasa sebentar dengan ilmu dan pesanan dari penceramah.

Semoga program pengimarahan majlis ilmu terus subur dalam masyarakat Bintangor insyaAllah.

Juh merami suro kito.

Address

Kampung Bintangor

Telephone

+60122232200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Abang Taib, Kompleks Komuniti Bintangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share