31/10/2024
30.10.2024 |
Sekalung Tahniah dan Penghargaan kepada Encik RICKY ANAK BAKIT, Ketua Seksyen Perpustakaan Majlis Daerah Maradong & Julau yang bertugas di Perpustakaan Awam Bintangor atas penganugerahan ANUGERAH INDIVIDU CEMERLANG sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak 2024 anjuran Pustaka Negeri Sarawak bertempat di The Hills Shopping Mall, Kuching pada 30 Oktober 2024.
Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada individu yang berdedikasi dalam menyumbang ke arah pembangunan komuniti melalui perkhidmatan perpustakaan. Encik Ricky membawa pulang hadiah berupa wang tunai, RM5,000.00 berserta Piala & Sijil. Hadiah tersebut disampaikan oleh YB Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian (Timbalan Premier dan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak).