Muafakat MRSM Kota Putra

Muafakat MRSM Kota Putra Badan Pemuafakatan Ibubapa & Guru MRSM Kota Putra

PERKONGSIAN MESYUARAT JK MUAFAKAT MRSM KOTA PUTRA (KALI KE-4 | SESI 2025/2026)Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera ke...
17/04/2026

PERKONGSIAN MESYUARAT JK MUAFAKAT MRSM KOTA PUTRA (KALI KE-4 | SESI 2025/2026)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa MRSM Kota Putra yang dihormati.

Alhamdulillah, pada 16 April 2026 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat kali ke-4 bagi sesi 2025/2026 di Bilik Mesyuarat MRSM Kota Putra. Mesyuarat ini juga merupakan yang pertama bersama barisan pentadbiran baharu — satu permulaan yang cukup positif dan memberi keyakinan kepada hala tuju sekolah.

Dalam suasana perbincangan yang terbuka dan membina, pelbagai perkara telah disentuh demi memastikan kebajikan dan kecemerlangan anak-anak terus menjadi keutamaan kita bersama.

Antara yang dibincangkan termasuk penambahbaikan kemudahan pelajar seperti cadangan penambahan mesin air bagi menampung keperluan harian mereka, serta perancangan pemasangan CCTV menggunakan sistem solar dan SIM kad di kawasan strategik bagi meningkatkan aspek keselamatan.

Selain itu, dimaklumkan juga bahawa pengurusan perkhidmatan bas kini telah diletakkan sepenuhnya di bawah seliaan Koperasi MRSM Kota Putra, dan tidak lagi di bawah Muafakat.

Pihak Muafakat juga amat menghargai kesudian Yayasan Raja Shamri yang terus komited menaja bantuan kaca mata percuma kepada anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan, serta menambah insentif kepada pelajar yang berjaya mencapai sasaran hafazan. Ini adalah antara usaha yang sangat dekat dengan hati kita semua — memastikan tiada anak yang tercicir dalam peluang untuk berjaya.

Kami juga berasa sangat teruja dan kagum dengan pembentangan strategi serta perancangan akademik oleh TPKA, Cikgu Yana, serta pembentangan status hafazan oleh Ustazah Mash*tah. Alhamdulillah, pencapaian hafazan MRSM Kota Putra masih kekal cemerlang dan berada di hadapan berbanding MRSM Ulul Albab yang lain — satu pencapaian yang sangat membanggakan dan perlu terus diperkasakan.

Dalam mesyuarat yang sama, kita turut menyaksikan penyerahan surat pelantikan rasmi kepada En. Engku Hafiz sebagai Wakil JK Muafakat Tingkatan 1 oleh pihak Pengetua. Peranan wakil ini amat penting dalam memastikan suara dan kebajikan ibu bapa Tingkatan 1 terus terwakili dengan baik.

Pelantikan ini dibuat di bawah kuota lantikan YDP sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan Muafakat. Dengan pengalaman beliau sebagai mantan NYDP / Pemangku YDP Muafakat MRSM Pengkalan Chepa, serta penglibatan aktif dalam pelbagai program bantuan sebelum ini, insyaAllah kehadiran beliau akan terus menguatkan lagi gerak kerja Muafakat MRSM Kota Putra.

Firman Allah SWT:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa..." (Surah Al-Ma’idah: 2)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa kejayaan ini bukan milik individu, tetapi hasil kebersamaan. Justeru, marilah kita terus berganding bahu menyokong setiap usaha Muafakat — sama ada melalui sumbangan, idea, doa mahupun penglibatan secara langsung.

Kami juga ingin mengajak semua ibu bapa untuk terus berinfaq dalam usaha pendidikan anak-anak di MRSM Kota Putra. Sesungguhnya setiap sumbangan ini adalah amal jariah yang berpanjangan — yang insyaAllah akan terus mengalir pahalanya selagi mana ilmu itu dimanfaatkan.

Bantulah walau sedikit, sebagai tanda kebertanggungjawaban kita terhadap amanah Allah yang dititipkan melalui anak-anak ini.

Sekalung penghargaan kepada semua yang hadir dan memberi komitmen, serta kepada pihak pentadbiran atas keterbukaan dan kerjasama yang amat kami hargai.

Dan semalam juga, kami sempat meraikan hari lahir Bendahari Muafakat kita, Cikgu Izian — semoga terus diberi kesihatan dan kekuatan dalam mendidik anak-anak kita.

Terima kasih semua.
“Bersama kita membina, bersama kita menjaga.”

Tahniah untuk semua anak-anak dan ibubapa. Terima kasih semua ustaz dan ustazah serta guru-guru.
05/04/2026

Tahniah untuk semua anak-anak dan ibubapa. Terima kasih semua ustaz dan ustazah serta guru-guru.

02/04/2026
29/01/2026
29/01/2026

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Bahagian Pendidikan Menengah MARA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada MRSM Kota Putra atas prestasi cemerlang hafazan al-Quran 2025.

Semoga kejayaan ini akan menyuntik semangat semua guru, pelajar dan semua pihak agar terus komited untuk meningkatkan prestasi.

Ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Quranik, Gemilang Ulul Albab 2025 yang diketuai oleh Penyelaras Quranik, Ustaz Mohd Ridzwan bin Abdul Razak dan kepada Unit Quranik Gemilang Ulul Albab Tingkatan 5 2025 yang diketuai oleh Ustazah Norsyafikah binti Thoifur bersama barisan Murabbi Tasmik Tingkatan 5 Tahun 2025, barisan Pengurusan Maktab, Asatizah Jabatan Pendidikan Islam dan semua yang terlibat menjayakan serta meningkatkan prestasi hafazan para pelajar.
Siiru ala barakatillah.



Selamat datang diucapkan kepada pelajar baharu yang mendaftar ke MRSM Kota Putra hari ini.
13/01/2026

Selamat datang diucapkan kepada pelajar baharu yang mendaftar ke MRSM Kota Putra hari ini.

Selamat datang kami ucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 MRSM Kota Putra Ulul Albab.
Semoga kehadiran kalian menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu yang penuh keberkatan, kecemerlangan akademik dan sahsiah terpuji.

12/01/2026

Address

MRSM Kota Putra, Jalan Bukit Kluang
Kampung Besut
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muafakat MRSM Kota Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muafakat MRSM Kota Putra:

Share