Kampung Behor Gandil Perlis

Kampung Behor Gandil Perlis Tujuan page ini ditubuhkan untuk menghimpunkan semua penduduk Kampung Behor Gandil dengan maklumat dan info terkini

06/08/2025

Bayangkan anak anda seorang pahlawan kecil.
Dulu dia dah diberi perisai. Tapi sekarang, serangan makin kuat.

Musuh datang dari pelbagai arah.
Jadi perlu beri satu perisai tambahan.
Agar dia lebih bersedia. Agar dia tak rebah bila virus datang tanpa amaran.

Ya, virus campak (measles) sedang merebak.
Ada kanak-kanak masuk ICU, ada yang sawan, ada yang tak sempat diselamatkan.

Dan kali ini, satu dos tambahan diberikan..
Bukan sebab vaksin sebelum ini tak cukup.
Tapi sebab sekarang, ancaman sedang meningkat

“Tiba-tiba dapat panggilan dari klinik…”
“Jururawat minta datang ke klinik”

Mereka akan beritahu kes campak naik hampir dua kali ganda. Tahun lepas, ada 3 kematian kanak-kanak. Mereka tak sempat dilindungi.
Mereka tak pernah divaksin.

📌 Itulah vaksin MR melindungi dari Measles (Campak) dan Rubella.

“Tapi saya risau kesan vaksin…”

Jangan risau.
Vaksin ini sama seperti yang anak pernah terima sebelum ini.Kalau sebelum ini tiada apa-apa yang buruk berlaku,
InshaAllah kali ini pun begitu.

Hanya sedikit demam ringan, mungkin lesu sebentar. Tapi perlindungannya cukup besar.

📌 Sasaran:
Anak-anak 6 hingga 59 bulan, lahir 1 Ogos 2020 – 31 Januari 2025

Kita cuma nak satu benda
“Anak aku selamat. Aku dah buat apa yang aku mampu.”

📍Vaksin ini percuma,

📲 Buat janji temu di MySejahtera atau terus walk-in ke klinik kesihatan.

Kerana kali ini, kita tak tunggu virus datang lagi, Kita lindungi tambahan.

02/08/2025

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin Ahmad, mempersoalkan jaminan kerajaan negeri dalam menangani isu perkhidmatan air susulan kenaikan tarif air di negeri itu sebanyak RM1.60 bagi setiap meter padu.

Perlis, Kelantan & Terengganu catat kadar tarif air tertinggi bermula 1 Ogos ini
01/08/2025

Perlis, Kelantan & Terengganu catat kadar tarif air tertinggi bermula 1 Ogos ini

Address

Batu 1 1/2
Kampung Behor Gandin
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Behor Gandil Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share