Kospen Tangga Batu Kechil

  • Home
  • Kospen Tangga Batu Kechil

Kospen Tangga Batu Kechil Kawasan Kospen Tangga Batu Kechil: Tengah, Bukit Saleh, Paya Luboh, Solok

28/7/2024_KOSPEN Tangga Batu Kechil bersama Komuniti Madani Pantai Kundur, Zon A dalam Program Jiwa Komuniti Madani Merd...
30/07/2024

28/7/2024_KOSPEN Tangga Batu Kechil bersama Komuniti Madani Pantai Kundur, Zon A dalam Program Jiwa Komuniti Madani Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Melaka. Kospen hadir menyaring kesihatan penduduk Solok Tangga Batu, bertempat di Dewan Cempaka Sari Tangga Batu.









18/7/2024_Bengkel Refresher Modul Kesihatan Dan Panduan Awal Psikologi Bersama Sukarelawan Kospen. Bengkel refresher ial...
29/07/2024

18/7/2024_Bengkel Refresher Modul Kesihatan Dan Panduan Awal Psikologi Bersama Sukarelawan Kospen. Bengkel refresher ialah latihan untuk mengukuhkan perkara yang telah dipelajari, merapatkan jurang pengetahuan dan memperkenalkan maklumat tambahan yang berguna.

Modul ini adalah penting kerana ia meningkatkan produktiviti dalam komuniti, kepuasan dalam melakukan aktiviti, memupuk tatakerja yang lebih teratur dan memastikan ahli mematuhi peraturan yang ditetapkan







29/6/2024_Menjalankan saringan kesihatan di Sek Keb Tangga Batu Melaka
29/07/2024

29/6/2024_Menjalankan saringan kesihatan di Sek Keb Tangga Batu Melaka






1/6/2024_Bengkel Latihan Fit Cergas Komuniti Sihat Pembina Negara Tahun 2024 Peringat Negeri Melaka dihadiri oleh 10 lok...
29/07/2024

1/6/2024_Bengkel Latihan Fit Cergas Komuniti Sihat Pembina Negara Tahun 2024 Peringat Negeri Melaka dihadiri oleh 10 lokaliti. Antara latihan yang diberikan adalah teknik regangan, terminologi gerakan dalam Aerodance, teknik Muzik; para, tempo, block, ritma, bridge, beat dsb) dan teknik mengajar dan memberi arahan. Bukan itu sahaja, latihan asas variasi senaman Aerodance, Aero Stick, Ribbon Work Out, Toning, Kardio juga dapat kami pelajari dan ikuti yang amat mudah difahami.

Selepas tamat latihan, ahli kospen perlu menjalankan aktiviti di lokaliti masing-masing bagi membentuk Komuniti Sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat.

Ahli Kospen menerima Sijil Pentauliahan daripada SAIEF MALAYSIA FITNES dan Sijil Penyertaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KKM, JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA DAN TENAGA PENGAJAR BERTAULIAH DARIPADA SAIF MALASIA FITNESS dalam MEMBERIKAN ILMU KEPADA TEAM KOSPEN YANG AMAT BERMANFAAT INI.







29/07/2024

1/6/2024_Bengkel Latihan Fit Cergas Komuniti Sihat Pembina Negara Tahun 2024 Peringat Negeri Melaka dihadiri oleh 10 lokaliti. Antara latihan yang diberikan adalah aktiviti kecerdasan Aerodance, Latihan asas variasi senaman Aerodance, Aero Stick, Ribbon Work Out, Toning, Kardio. Selepas tamat latihan, ahli kospen perlu menjalankan aktiviti di lokaliti masing-masing bagi membentuk Komuniti Sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat






25/02/2024

17/2/2024_Program Berkhatan Berkelompok Dan Hari Kesihatan Untuk Semua oleh Masjid Ibadur Rahman Tangga Batu Kechil dengan anjuran bersama Kelab Sukan dan Rekreasi MIR dan KOSPEN Tangga Batu Kechil.

Disamping itu Kospen akan menjalankan Program Obesiti Cohort bagi Jan-Jun 2024, dengan mencari 25 peserta untuk menyertai program ini. Antara aktiviti lain yang di adakan adalah Saringan Kesihatan secara PERCUMA, Fun Walk/Chair Aerobic/Tabata Workout.





16/12/2023- KOSPEN Tangga Batu Kechil : Program Fikiran Yang Sihat Menandakan Tubuh Yang Sihat.Kesihatan adalah kekayaan...
04/02/2024

16/12/2023- KOSPEN Tangga Batu Kechil : Program Fikiran Yang Sihat Menandakan Tubuh Yang Sihat.

Kesihatan adalah kekayaan terbesar kita, dan pemakanan yang baik adalah bahagian penting dalam menjalani kehidupan yang sihat. Bagaimana anda boleh menjadikan kesihatan sebagai kekayaan terbesar anda?
Jadikan pemakanan sihat sebagai keutamaan anda.
Pemakanan yang baik adalah bahagian penting dalam menjalani gaya hidup sihat. Digabungkan dengan aktiviti fizikal, diet anda boleh mengurangkan risiko penyakit kronik anda (seperti penyakit jantung dan kanser), dan ia menggalakkan kesihatan anda secara keseluruhan. Bijak dan pilih makanan yang menyihatkan dan memberi manfaat kepada tubuh badan anda

Dengan kerjasama Masjid Ibadur Rahman, Tangga Batu Kechil dalam program obesiti cohort bagi Jan-Jun 2024, dengan mencari 25 peserta untuk menyertai program ini.

Antara aktiviti lain yang diadakan adalah Saringan Kesihatan secara PERCUMA, Fun Walk dan Tabata Dance

Penyertaan Program Obesiti:
Terbuka kepada : 25 peserta
(Keutamaan diberi kepada peserta dari lokaliti Tangga Batu Kechil)

Syarat-syarat penyertaan:
1. Berat badan (BMI>28)
2. Berumur 18 tahun keatas dan tiada penyakit
3. Lelaki dan perempuan
4. Wajib memberikan komitmen untuk datang temujanji physiotherapy 3 Kali secara fizikal dan 3 Kali dietician (virtual)

Segala pertanyaan, boleh hubungi:-
Kospen Tangga Batu Kechil






17/11/2023- KOSPEN Tangga Batu Kechil : Program Kesihatan Memperkasakan DiriDengan kerjasama Rumah Ngaji As-Saodah dalam...
04/02/2024

17/11/2023- KOSPEN Tangga Batu Kechil : Program Kesihatan Memperkasakan Diri

Dengan kerjasama Rumah Ngaji As-Saodah dalam program obesiti cohort bagi Jan-Jun 2024, dengan mencari 25 peserta untuk menyertai program ini. Antara aktiviti lain yang diadakan adalah Saringan Kesihatan secara PERCUMA dan Fun Walk.

Penyertaan Program Obesiti:
Terbuka kepada : 25 peserta
(Keutamaan diberi kepada peserta dari lokaliti Tangga Batu Kechil)

Syarat-syarat penyertaan:
1. Berat badan (BMI>28)
2. Berumur 18 tahun keatas dan tiada penyakit
3. Lelaki dan perempuan
4. Wajib memberikan komitmen untuk datang temujanji physiotherapy 3 Kali secara fizikal dan 3 Kali dietician (virtual)

Segala pertanyaan, boleh hubungi:-
Kospen Tangga Batu Kechil






Address

Tangga Batu
Kampong Tangga Batu
76400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kospen Tangga Batu Kechil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share