KEMAHANGcare - Pertubuhan Bantuan Bencana Dan Kebajikan Kemahangcare

KEMAHANGcare - Pertubuhan Bantuan Bencana Dan Kebajikan Kemahangcare KEMAHANGcare ditubuhkan untuk memacu usaha-usaha kebajikan dan misi kemanusian semasa.

KEMAHANGcare (Pertubuhan Bantuan Bencana Dan Kebajikan Kemahangcare) merupakan Pertubuhan Berdaftar melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) dibawah Akta Pertubuhan 1966.

03/04/2024

XPDC BERAKIT SG KELATE 2024.. Buah tangan sulung KEMAHANGcare OUTDOORteam
insyaALLAH JULAI ini..

:: 22 JANUARI 2024 - KEMAHANGcare PINJAMKAN KATIL HOSPITAL WAKAF BUAT PUAN HAMIDAH (KG PADANG SIAM, TANAH MERAH) ::PENER...
25/01/2024

:: 22 JANUARI 2024 - KEMAHANGcare PINJAMKAN KATIL HOSPITAL WAKAF BUAT PUAN HAMIDAH (KG PADANG SIAM, TANAH MERAH) ::

PENERIMA kemudahan Katil Hospital Wakaf KEMAHANGcare pada kali ini adalah Puan Hamidah binti Husain dari Kg Pondok Padang Siam.

Pada 12 Januari 2024 beliau dimasukkan ke wad Hospital Tanah Merah - RASMI akibat penyakit jantung dan paru-paru berair dan dibenarkan keluar wad beberapa hari selepas itu. Pada 18 Januari 2024 sekali lagi beliau dirujuk ke wad Hospital Tanah Merah akibat diserang stroke dan dibenarkan keluar wad pada 22 Januari 2024.

Semasa di dalam wad, anak beliau telah menelefon KEMAHANGcare untuk meminjam katil wakaf yang kebetulan telah ditempah oleh pihak lain 3 minggu lebih awal tetapi jadi ambil katil tersebut memandangkan telah dapat bantuan dari pihak lain.

OLEH itu, pada petang 22 JANUARI itu juga team KEMAHANGcare santuni Puan Hamidah untuk menyerahkan katil yang dipohon oleh anaknya itu.

Semoga dengan kemudahan katil ini dapat melancarkan lagi pengurusan diri Puan Hamidah. Dan semoga pahala jariah terus mengalir kepada para penderma yang menjayakan PROJEK KATIL HOSPITAL WAKAF KEMAHANGcare yang dilancarkan sebelum ini.


09/01/2024

KEMAHANGcare dijemput sertai MISI BANTUAN BANJIR KE SELATAN THAI 12 Jan 2024 & 19 - 20 Jan 2024.
Kami berkira2 utk PENUHI JEMPUTAN

15/12/2023

KEMAHANGcare DISASTER COMMAND CENTER (KDCC)
DIAKTIFKAN KEMBALI
MULAI 15 DIS 2023

:: TERIMA KASIH KKM ATAS PERLANTIKAN ::13 Disember 2023TERIMA KASIH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA atas perlantikan sala...
13/12/2023

:: TERIMA KASIH KKM ATAS PERLANTIKAN ::

13 Disember 2023
TERIMA KASIH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA atas perlantikan salah seorang wakil KEMAHANGcare sebagai AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL PSIKIATRI (Hospital Tanah Merah - RASMI) berkuatkuasa 4 Ogos 2023 sehingga 3 Ogos 2026.

Semoga wakil kami mampu memberi khidmat seperti yang diharapkan.

:: SKUAD PEMANTAU BANJIR KEMAHANGcare KE KG PADANG KIJANG, TANAH MERAH ::1 DIS 2023SEUSAI Majlis Pelancaran KEMAHANGcare...
01/12/2023

:: SKUAD PEMANTAU BANJIR KEMAHANGcare KE KG PADANG KIJANG, TANAH MERAH ::

1 DIS 2023
SEUSAI Majlis Pelancaran KEMAHANGcare TRUCKER, KEMAHANGcare gerakkan SKUAD PEMANTAU BANJIR KEMAHANGcare ke Kg Padang Kijang (Alor Pasir, Tanah Merah) selepas menerima panggilan dari penduduk untuk memindahkan seorang perempuan Melayu yang sarat mengandung dan perlu masuk wad bersalin esok. Rumahnya mula digenangi air sejak maghrib tadi.

Kami selaraskan kerja2 memindahkan mangsa banjir tersebut bersama APM Tanah Merah 'Official' dan PKOB Tanah Merah. Terima Kasih atas respon segera dari kedua2 pihak.



KES EN SALLEH KG LAWANG: SEMUA PIHAK SUDAH BUAT KERJA & LAKSANAKAN TUGAS MASING2, KEMAHANGcare HADIR SEBAGAI PELENGKAP S...
28/11/2023

KES EN SALLEH KG LAWANG: SEMUA PIHAK SUDAH BUAT KERJA & LAKSANAKAN TUGAS MASING2, KEMAHANGcare HADIR SEBAGAI PELENGKAP SAHAJA.

28 NOV 2023
ALHAMDULILLAH.. Pagi ini team KEMAHANGcare bawa En Salleh (Asnaf Kg Lawang) ke Masjid Besar Sultan Ismail Petra Tanah Merah untuk memohon bantuan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan bagi menyiapkan rumah En Salleh yang terbengkalai akibat kehabisan dana, serta bantuan am yang layak buat keluarga malang ini.

Dalam kes En Salleh ini, KEMAHANGcare sekadar hadir sebagai Pelengkap. Makna kata, semua pihak telah memainkan peranan dan tanggungjawab masing2 baik Imam Mukim, Penghulu Setempat, ADUN dan Ahli Parlimen, malah orang perseorangan yang lain. Dan KEMAHANGcare hadir membantu untuk kes-kes atau perkara yang orang lain belum bantu.

Kami percaya banyak pihak yang perihatin dan sejujur hati membantu En Salleh ini secara berkala sebelum kehadiran kami lagi. Kami amat berterima kasih atas bantuan dan keprihatinan semua pihak. Pakat2 bantu insyaALLAH.


 #184:: RAYUAN SUMBANGAN / INFAQ UNTUK MEMBELI KATIL HOSPITAL 2ND HAND ::8 NOV 2023KEMAHANGcare dihubungi oleh Pengusaha...
08/11/2023

#184
:: RAYUAN SUMBANGAN / INFAQ UNTUK MEMBELI KATIL HOSPITAL 2ND HAND ::

8 NOV 2023
KEMAHANGcare dihubungi oleh Pengusaha Jualan Perabut Terpakai dari Kuala Krai yang menawarkan 2 UNIT KATIL HOSPITAL TERPAKAI pada harga RM900 Sahaja.

KAMI amat memerlukan 2 unit katil tersebut untuk menambah bilangan katil sediada ( 5 Unit ) memandangkan PROJEK KATIL WAKAF HOSPITAL OLEH KEMAHANGcare ini telah memberi manfaat kepada hampir 18 pengguna sejak dilancarkan pada MEI 2021, dan permintaan semasa terhadap katil hospital wakaf yang diberi PINJAM kepada pengguna secara PECUMA ini semakin menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.

TUAN PUAN Penderma budiman yang berhasrat untuk menyumbang bagi mencukupkan jumlah yang kami sasarkan iaitu RM900 ( Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Sahaja) boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke AKAUN RASMI KEMAHANGcare - Pertubuhan Bantuan Bencana Dan Kebajikan Kemahangcare seperti yang tertera pada iklan.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN SOKONGAN YANG SENTIASA DIBERIKAN KEPADA KEMAHANGcare.


 #183:: LAPORAN SEMASA "KEMPEN DERMA MINYAK MASAK TERPAKAI UNTUK DANA ::Tarikh: 29 Oktober 2023Masa: 9.30 PagiTARGET: 50...
29/10/2023

#183
:: LAPORAN SEMASA "KEMPEN DERMA MINYAK MASAK TERPAKAI UNTUK DANA ::

Tarikh: 29 Oktober 2023
Masa: 9.30 Pagi
TARGET: 500 KG
Kutipan Semasa: 40 KG
MASIH PERLUKAN: 460 KG

SILA SCAN QR CODE UNTUK MAKLUMAT LANJUT KEMPEN INI.

KEMAHANGcare

16/10/2023

#182
[PENAFIAN]
KEMAHANGcare TIDAK PERNAH MEMBUAT APA-APA KUTIPAN SUMBANGAN UNTUK PALESTIN SETAKAT INI.
~ Harap Maklum ~

Address

Kampong Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 12:30 - 14:30
Tuesday 12:30 - 14:30
Wednesday 12:30 - 14:30
Thursday 12:30 - 14:30
Friday 15:00 - 18:00
Saturday 15:00 - 18:00
Sunday 12:30 - 14:30

Telephone

+601167994988

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAHANGcare - Pertubuhan Bantuan Bencana Dan Kebajikan Kemahangcare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KEMAHANGcare - Pertubuhan Bantuan Bencana Dan Kebajikan Kemahangcare:

Share