24/06/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ง๐ฅ๐๐ก๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐ข๐ก๐๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐จ๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐ฌ๐น๐ฒ๐ฌ๐ท ๐ฐ๐ท๐ซ ๐ป๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐
TANAH MERAH, 24 Jun 2026โ PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah menganjurkan Program Bengkel Transformasi Keterampilan dan Personaliti Diri Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Besar IPD Tanah Merah, Kelantan.
Program tersebut telah dirasmikan dan dihadiri oleh YBhg. Puan Tuan Nor Aini binti Tuan Hassan Pengerusi PERKEP IPD Tanah Merah, bersama pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, pegawai awam, Ahli Jawatankuasa PERKEP serta ahli-ahli PERKEP IPD Tanah Merah. Seramai 37 orang warga PDRM Tanah Merah telah menyertai program ini.
Turut hadir ialah wakil daripada beberapa agensi luar iaitu Pertubuhan Perkumpulan Wanita Tanah Merah, Hospital Tanah Merah, PUSPANITA, Pelitawanis dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tanah Merah, melibatkan seramai 33 orang peserta menjadikan jumlah keseluruhan peserta seramai 70 orang.
Bengkel ini dikendalikan oleh En. Mohd Noor Azmin bin Marzhuki, Pengurus Pesona Karisma Event Planner, yang berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman berkaitan pembangunan keterampilan serta personaliti diri.
Antara pengisian program ialah sesi perkongsian mengenai etika sosial, kemahiran insaniah (soft skills), pengucapan awam, komunikasi pelanggan, etika menjawab telefon, protokol perkenalan, etika berjalan dan duduk, etika di meja makan rasmi dan tidak rasmi serta panduan pemakaian mengikut pekeliling semasa. Program turut diteruskan dengan sesi demonstrasi dan praktikal tatarias penampilan wanita bekerja, cabutan bertuah serta sesi bergambar.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek keterampilan diri, etika sosial dan komunikasi berkesan di tempat kerja. Selain itu, ia turut memperkasa keyakinan diri peserta melalui pendedahan kepada kemahiran insaniah, pengurusan imej profesional serta pembentukan sahsiah yang positif dan berkarisma.
Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta kerjasama antara ahli PERKEP, warga PDRM dan agensi-agensi luar dalam usaha melahirkan individu yang lebih berdaya saing dan profesional dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.