03/01/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Syukur alhamdulillah seleai sudah Program Khatan Perdana 2026 di Surau Lebai Tahir Sungai Duri yang dianjurkan oleh Kelab Belia Proaktif Nibong Tebal dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap, Jawatankuasa Surau Lebai Tahir ,Pertubuhan Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) serta Balai Bomba Nibong Tebal. Program tahunan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar, khususnya ibu bapa yang membawa anak-anak untuk menyertai program berkhatan sempena cuti persekolahan. Terima kasih kepada YB Abang Abidin Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap kerana sudi hadir merasmikan program.
Dalam ucapannya, YB Abang Abidin merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat kerana berjaya melaksanakan program yang bukan sahaja meringankan beban kewangan keluarga, malah mengeratkan ukhwah dalam kalangan penduduk kampung. Beliau turut menegaskan kepentingan amalan berkhatan sebagai tuntutan agama serta penjagaan kesihatan anak-anak.
Program bermula dengan acara mandi air pili bomba. Seterusnya proses berkhatan bermula mengikut giliran peserta yang mengikut giliran peserta yang ditetapkan. Program berjalan dengan lancar dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Kita berjumpa untuk program akan datang, insya-Allah.