Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang

Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang, Non-Governmental Organization (NGO), sungai dua, Kampong Sungai Gelugor.

Tarikh: 13 Mei 2026Alhamdulillah selesai sesi kunjungan hormat dan perbincangan bersama Tuan Yang Terutama Tun Ramli Nga...
13/05/2026

Tarikh: 13 Mei 2026

Alhamdulillah selesai sesi kunjungan hormat dan perbincangan bersama Tuan Yang Terutama Tun Ramli Ngah Talib hari ini.

Perbincangan ini menyentuh mengenai pembangunan pelancongan negeri serta perancangan program Famtrip Penang serta Kota Warisan Perai dalam usaha memperkukuhkan promosi Pulau Pinang di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Semoga jalinan hubungan dan perjumpaan ini akan terus diperkukuhkan demi kemajuan industri pelancongan serta manfaat kepada masyarakat dan negeri Pulau Pinang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada TYT atas kesudian menerima kunjungan kami.







Tarikh: 12 Mei 2026Alhamdulillah, perjumpaan bersama YB Wong Hon Wai (EXCO Pelancongan )di pejabat beliau hari ini berla...
12/05/2026

Tarikh: 12 Mei 2026

Alhamdulillah, perjumpaan bersama YB Wong Hon Wai (EXCO Pelancongan )di pejabat beliau hari ini berlangsung dengan amat baik dan penuh semangat kerjasama.

Perjumpaan ini memberi fokus kepada perbincangan berkaitan program Famtrip Penang yang akan datang. Semoga jalinan hubungan dan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan serta membawa sinar dan manfaat besar kepada persatuan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB kerana sudi menjemput dan meluangkan masa bersama kami hari ini.



Tarikh: 8 Mei 2026Lawatan ke tapak program Pesta Sungai & Padi di Kg Terus, Pulau Pinang bagi meninjau persiapan serta p...
08/05/2026

Tarikh: 8 Mei 2026

Lawatan ke tapak program Pesta Sungai & Padi di Kg Terus, Pulau Pinang bagi meninjau persiapan serta potensi aktiviti pelancongan komuniti dan warisan setempat.

Semoga kolaborasi strategik bersama ThinkCity⁠�, NCIA⁠� dan PENBUMI⁠� dapat berjalan dengan lancar serta memberi manfaat kepada komuniti setempat dan sektor pelancongan negeri.”





Tarikh: 6 Mei 2026Uganda Tourism Promotion DayPihak Penbumi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Dan ucapan terima kas...
06/05/2026

Tarikh: 6 Mei 2026

Uganda Tourism Promotion Day

Pihak Penbumi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Dan ucapan terima kasih atas jemputan ke Uganda Tourism Promotion Day.

Kami amat berbesar hati menyertai program ini, khususnya dalam sesi B2B networking yang membuka peluang untuk menjalinkan kerjasama strategik serta memperkukuh hubungan dalam industri pelancongan antarabangsa.





Tarikh: 5 Mei 2026Terima kasih atas jemputan untuk menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian antara Bertam dan Marriot...
06/05/2026

Tarikh: 5 Mei 2026

Terima kasih atas jemputan untuk menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian antara Bertam dan Marriott International bagi pembangunan sebuah hotel di bawah jenama Tribute Portfolio.

Kami amat menghargai peluang ini dan berbesar hati dapat turut serta dalam meraikan detik penting ini.

Semoga majlis ini berjalan lancar serta membawa kejayaan dan manfaat kepada semua pihak terlibat.



Tarikh: 5 Mei 2026Sesi Libat Urus Penggiat Industri Pelancongan Negeri Pulau Pinang.Terima kasih atas jemputan ke Sesi L...
06/05/2026

Tarikh: 5 Mei 2026

Sesi Libat Urus Penggiat Industri Pelancongan Negeri Pulau Pinang.

Terima kasih atas jemputan ke Sesi Libat Urus Penggiat Industri Pelancongan Pulau Pinang.

Penyertaan dalam sesi ini amat bermakna dalam memperkukuh jaringan kerjasama serta membuka ruang perkongsian idea antara pemain industri.

Semoga perbincangan yang diadakan dapat memberi impak positif dalam merancakkan lagi sektor pelancongan negeri dan negara.

Terima kasih sekali lagi atas peluang yang diberikan.




*JADUAL KURSUS TTEC  (TRAVEL & TOURS ENHANCEMENT COURSE) JANUARI - JUN TAHUN 2026*Tuan/Puan, Dilampirkan adalah *JADUAL ...
04/05/2026

*JADUAL KURSUS TTEC (TRAVEL & TOURS ENHANCEMENT COURSE) JANUARI - JUN TAHUN 2026*

Tuan/Puan,

Dilampirkan adalah *JADUAL KURSUS TTEC JANUARI - JUN TAHUN 2026* untuk rujukan anda

Tuan/Puan boleh *SCAN QR WHATSAPP/WEBSITE INSTITUT* di page 2 jadual jika mempunyai sebarang soalan atau ingin buat pendaftaran

*LINK WHATSAPP INSTITUTE*

📲 *TRAVEX:* https://wa.me/60123962898?text=hi

📲 *PROTAM:* https://wa.me/60193313089?text=hi

https://wa.me/60122401899?text=hi

📲 *KPMAIWP:* https://wa.me/60133334481?text=hi

📲 *BINTANG TVET:* https://wa.me/60169006078?text=hi

📲 *SENTRAL PENANG:* https://wa.me/601110937968?text=hi

📲 *SKYMARK:* https://wa.me/60196211763?text=hi

https://wa.me/601113143436?text=hi

📲 *GLOBAL TOURISM & HOSPITALITY:* https://wa.me/60197511909?text=hi

📲 *SATT:* https://wa.me/60162046149?text=hi

https://wa.me/60192696357?text=hi

📲 *BORNEO TOURISM INSTITUTE:* https://wa.me/60128252428?text=hi

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi amaran tegas kepada pihak tidak berlesen supaya tidak menyediak...
04/05/2026

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi amaran tegas kepada pihak tidak berlesen supaya tidak menyediakan perkhidmatan pelancongan, termasuk pengangkutan, penginapan dan penganjuran aktiviti sama ada secara dalam talian, media sosial atau fizikal.

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran tersebut susulan operasi penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna baru-baru ini.


Baca lanjut di :

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi amaran tegas kepada pihak tidak berlesen supaya tidak menyediakan perkhidmatan pelancongan, termasuk pengangkutan, penginapan dan penganjuran aktiviti sama ada secara dalam talian, media sosial atau fizikal.

Selamat Hari Pekerja 🌟Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang pemba...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 🌟

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

Terima kasih atas segala usaha, komitmen dan pengorbanan anda dalam memajukan ekonomi serta membina masa depan yang lebih gemilang.

Semoga setiap keringat yang dicurahkan dibalas dengan kejayaan, kesejahteraan dan keberkatan.

“Bersatu dalam usaha, dihargai dalam kerja.”
Ikhlas daripada,

Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang



Tarikh: 29 April 2026Sesi Perkongsian Khas IPO @ BursaAlhamdulillah, program sesi perkongsian khas berkaitan IPO@Bursa y...
29/04/2026

Tarikh: 29 April 2026

Sesi Perkongsian Khas IPO @ Bursa

Alhamdulillah, program sesi perkongsian khas berkaitan IPO@Bursa yang dianjurkan oleh ICU JPM pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya.

Program ini memberi impak yang sangat positif kepada para peserta, khususnya ahli Persatuan Penbumi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas jemputan serta penganjuran program yang penuh manfaat ini.

Semoga pendedahan dan perkongsian ilmu seperti ini dapat terus memperkukuh silaturrahim dalam kalangan peserta, di samping membuka ruang kepada lebih banyak peluang kerjasama strategik pada masa akan datang.



Tarikh: 26 April 2026Tandatangan MOU antara PENBUMI & ASITA IndonesiaDengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) ...
27/04/2026

Tarikh: 26 April 2026

Tandatangan MOU antara PENBUMI & ASITA Indonesia

Dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) ini, diharapkan kerjasama antara dua negara akan menjadi lebih erat serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi strategik dalam industri pelancongan.

Semoga hubungan ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkukuh jaringan, pertukaran pelancong, serta pembangunan pakej pelancongan yang lebih menarik dan kompetitif.

Terima kasih diucapkan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.



Address

Sungai Dua
Kampong Sungai Gelugor
11700

Telephone

+60166068769

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share