Wadah Pulau Pinang Rasmi

Wadah Pulau Pinang Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wadah Pulau Pinang Rasmi, Non-Governmental Organization (NGO), Kampong Sungai Gelugor.

18/07/2026

Rangkuman aktiviti sepanjang Program Seminar Kenegaraan Malaysia Madani : Inspirasi Keluarga Madani bertempat di Dewan Institut Pendidikan Guru (IPG) Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Inspirasi Keluarga Madani : Membina PeradabanDisampaikan oleh Dr Amir Nason , Pengerusi Wadah Negeri Kedah.
18/07/2026

Inspirasi Keluarga Madani : Membina Peradaban
Disampaikan oleh Dr Amir Nason , Pengerusi Wadah Negeri Kedah.

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

18/07/2026
Sedang berlangsung, Seminar Kenegaraan Malaysia Madani : Inspirasi Keluarga Madani Anjuran Salwa Negeri Pulau Pinang ber...
18/07/2026

Sedang berlangsung, Seminar Kenegaraan Malaysia Madani : Inspirasi Keluarga Madani Anjuran Salwa Negeri Pulau Pinang bertempat di IPG Kampus Tuanku Bainum, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

KENYATAAN MEDIA KETEPATAN ISTILAH PENTING DALAM MENYATAKAN PENDIRIAN TERHADAP PENCEROBOHAN MASJID AL-AQSA6 JUN 2026 BAND...
03/06/2026

KENYATAAN MEDIA

KETEPATAN ISTILAH PENTING DALAM MENYATAKAN PENDIRIAN TERHADAP PENCEROBOHAN MASJID AL-AQSA

6 JUN 2026 BANDAR BARU BANGI, MALAYSIA

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyambut baik pendirian tegas Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh kelompok Zionis Israel.

WADAH menghargai komitmen berterusan Malaysia dalam mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa, mendukung hak rakyat Palestin serta menolak sebarang bentuk pencabulan terhadap tempat suci umat Islam di Baitulmaqdis. Pendirian ini juga selari dengan ketegasan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini secara konsisten menyatakan bantahan keras Malaysia terhadap pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.

Namun demikian, WADAH ingin menegaskan bahawa ketepatan istilah dalam kenyataan rasmi kerajaan adalah amat penting, khususnya dalam isu yang melibatkan penjajahan, pencerobohan dan kezaliman berterusan ke atas rakyat Palestin.

Dalam konteks ini, istilah “peneroka” wajar dielakkan kerana ia boleh membawa maksud yang lebih neutral, lunak atau seolah-olah menggambarkan suatu bentuk penempatan yang sah. Realitinya, kelompok Zionis yang memasuki kawasan suci Masjid Al-Aqsa secara provokatif bukanlah peneroka, sebaliknya mereka ialah penceroboh haram Zionis.

Penggunaan istilah yang tepat bukan sekadar soal bahasa, tetapi mencerminkan pendirian moral, politik dan diplomatik sesebuah negara. Istilah yang longgar boleh mengaburkan hakikat bahawa Zionis Israel merupakan kuasa penjajah, manakala rakyat Palestin adalah mangsa penindasan yang berhak mempertahankan tanah air, maruah dan tempat suci mereka.

WADAH berpandangan bahawa setiap kenyataan rasmi kerajaan, khususnya yang dikeluarkan oleh kementerian, agensi dan jurucakap rasmi, perlu lebih cermat agar tidak secara tidak sengaja menormalisasikan naratif penjajah atau melembutkan tindakan pencerobohan yang jelas melanggar prinsip keadilan dan kemanusiaan.

Pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa, termasuk tindakan mengibarkan bendera Zionis Israel di kawasan suci tersebut, merupakan provokasi terang-terangan dan sebahagian daripada usaha sistematik untuk mengubah identiti sejarah, budaya dan agama Baitulmaqdis.

Sehubungan itu, WADAH menggesa Kerajaan Malaysia agar terus tampil dengan pendirian yang jelas, tegas dan berprinsip dalam isu Palestin, termasuk melalui penggunaan istilah yang benar-benar menggambarkan realiti penjajahan dan pencerobohan yang sedang berlaku.

WADAH turut menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Islam dan negara-negara umat Islam, agar segera mengambil tindakan konkrit bagi menghentikan pencabulan berulang terhadap Masjid Al-Aqsa serta memastikan rejim Zionis Israel dipertanggungjawabkan atas segala pelanggaran yang dilakukan.

WADAH kekal berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menuntut kemerdekaan, keadilan dan pembebasan tanah air daripada penjajahan Zionis Israel.

“MENGANGKAT MARTABAT UMAT”

HJ. AZIZUDDIN AHMAD
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
(WADAH)

WADAH MENGECAM KENYATAAN YANG MENGHINA SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW12 MEI 2026Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) denga...
12/05/2026

WADAH MENGECAM KENYATAAN YANG MENGHINA SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW

12 MEI 2026

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan tegas mengecam kenyataan seorang Ahli Parlimen YB Datuk Dr Zawawi Nik Nik Salleh dalam ceramahnya baru-baru seolah-olah menghina, merendah-rendahkan atau mempersendakan wibawa para Sahabat Nabi Muhammad SAW.

Bagi Wadah, para Sahabat RA adalah generasi terbaik umat Islam yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk mendampingi, membantu serta menyampaikan risalah Islam yang suci kepada seluruh umat manusia. Kedudukan mereka telah dimuliakan dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW, antaranya firman Allah SWT:

Maksudnya “Muhammad itu adalah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka…” (Surah al-Fath: 29)

Begitu juga melalui Sabda Nabi SAW p**a:

Maksudnya “Sebaik-baik manusia adalah generasiku (para Sahabat), kemudian yang mengikuti mereka (Tabi’in), kemudian yang mengikuti mereka (Tabi’ Tabi’in).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sehubungan itu, sebarang usaha untuk mencemarkan nama para Sahabat bukan sahaja bertentangan dengan adab Islam, malah boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, menggugat keharmonian masyarakat dan menimbulkan kekeliruan atas kewibawaan sahabat Nabi SAW yang telah berjasa dengan agama Islam.

Apalah maksud dan tujuan menimbulkan dan membangkitkan sejarah lama para sahabat Nabi sebelum Islam walaupun faktanya juga masih diragui. Bukankah Allah Taala lebih mengetahui akan suasana dan keadaan mereka sehinggakan mereka berjaya bersama-sama Rasulullah SAW membangunkan Islam sehingga dinikmati hingga hari ini.

Justeru, WADAH menyeru agar semua pihak harus berhati-hati menyatakan pandangan, khususnya umat Islam di Malaysia, agar:

1. Menghormati kedudukan para Sahabat Nabi SAW sebagai tokoh agung Islam.
2. Mengelakkan sebarang provokasi, fitnah atau kenyataan tidak berasas terhadap sejarah Islam.
3. Merujuk kepada autoriti ilmiah dan ulama muktabar dalam memahami isu-isu berkaitan sejarah Islam.
4. Memelihara perpaduan umat dan mengutamakan adab dalam perbezaan pandangan.

WADAH juga menggesa pihak berkuasa serta institusi berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan kebencian terhadap tokoh-tokoh Islam yang mulia ini.

Akhirnya, WADAH menyeru agar umat Islam kembali kepada nilai ilmu, hikmah dan akhlak mulia dalam menyampaikan pandangan, selaras dengan tuntutan Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam.

“Dan janganlah kamu mencaci orang-orang yang mereka sembah selain Allah, nanti mereka akan mencaci Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” (Surah al-An’am: 108)

Sekian, terima kasih

HASRI BIN HARUN
Timbalan Presiden

PCR 2026 | Alhamdulillah, program Pek Ceria Raya (PCR) bagi musim Aidilfitri tahun ini telah berlangsung dengan jayanya ...
19/04/2026

PCR 2026 | Alhamdulillah, program Pek Ceria Raya (PCR) bagi musim Aidilfitri tahun ini telah berlangsung dengan jayanya pada 18 April 2026. Program penyampaian bersifat 'door to door' ini memberi peluang kepada Pusat Tunas Nahdah Permatang Pauh menyantuni seterusnya menjiwai kepayahan yang ditanggung oleh setiap penerima.

30 penerima daripada kalangan asnaf telah mendapat manfaat; bermula dari lokaliti Kg. Kubang Ulu, Kg. Tanah Liat/Kubang Semang sehingga ke Kg. Tok Kandu. Penerima kali ini adalah dalam kategori sakit terlantar, OKU, ibu tunggal & warga emas.

PCR kali ini diserikan dengan kehadiran Tn. Hj. Azizuddin Ahmad, Setiausaha Agung WADAH. Turut hadir Ustaz Md. Aziz Abdullah & Dr. Joohari Ariffin selaku Pengerusi & Timbalan Pengerusi WADAH Pulau Pinang.

Ziarah yang bermula dari jam 9 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak MPKK & JPWK setempat. Semoga dapat diteruskan lagi pada tahun mendatang. Amin

17/04/2026

PERGINYA SANG MURABBI UMAT

Lagu ini merupakan adaptasi daripada sajak
“Murabbi Di Persada Syawal”
karya Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman,
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia,
didedikasikan buat Almarhum Al-Fadil
Ustaz Dr. Abdul Halim El Muhammady.

Komposisi Lagu : Afzan Mehmet

Syawal berakhir, duka pun berlabuh

Di hujung Syawal yang sunyi mendakap
Tanggal dua puluh lapan, hati terhenyak
Bergetar jiwa bumi Malaysia
Saat khabar itu menyapa duka

Al-Fadil guru yang kami muliakan
Pulang menghadap Tuhan yang abadi

Bukan sekadar nama dalam gerakan
Bukan sekadar jawatan dan gelaran
Kau murabbi, membina jiwa ummah
Dalam diam, kau suluh arah dakwah

Hidupmu diwakafkan tanpa lelah
Menjahit harapan di tengah fitnah

Pergimu bukan sekadar kehilangan
Tapi luka dalam jiwa perjuangan
Kami berdiri meneruskan jalan
Walau terasa longgar pegangan

Api yang kau nyalakan dahulu
Kan kami jaga hingga ke hujung waktu
Namamu hidup dalam setiap langkah
Wahai murabbi ummah

Langit siang seakan meredup
Bukan hujan, tapi hati yang sayup
Jejakmu di medan tarbiah
Terlalu tinggi untuk digapai lemah

Kau tinggalkan kami di persimpangan
Saat umat mendambakan pimpinan

Siapa kini membetulkan saf
Dengan hikmah dan lembut lafaz
Kau pergi namun bukan sirna
Warisanmu terus menyala

Pergimu bukan sekadar kehilangan
Tapi luka dalam jiwa perjuangan
Kami berjanji meneruskan jalan
Dengan iman sebagai pegangan

Api yang kau nyalakan dahulu
Kan kami jaga hingga ke hujung waktu
Namamu hidup dalam setiap langkah
Wahai murabbi ummah

Ya Allah, lapangkanlah pusaranya
Tinggikan darjatnya bersama anbiya
Selamat jalan wahai guru kami
Doa dan rindu takkan terhenti

Dalam nafas perjuangan ini
Namamu kekal abadi

===========

Sajak asal Dato' Ahmad Azam Ab Rahman buat Murabbi Madani , Almarhum Al-Fadhil Ustaz Abd Halim El-Muhammady.

Sajak Buat Murabbi Di Persada Syawal

Di hujung Syawal yang sepi tiba-tiba,
Tanggal dua puluh lapan, syahdu tak bersuara,
Bergetar bumi Malaysia tercinta,
Saat berita itu menusuk jiwa.
Al-Fadil Ustaz Dr. Abdul Halim El Muhammady,
Kembali ke hadrat Ilahi.

Bukan sekadar nama pada lembaran ABIM,
Bukan sekadar kerusi Pengerusi yang dingin,
Kau tiang seri WADAH, akar budi Murabbi Madani,
Pejuang yang diam namun binar matanya abadi.
Sepanjang hayat diwakafkan untuk dakwah,
Menganyam harapan di tengah resah fitnah.

Tengahari itu langit menjadi redup,
Bukan hujan, tapi tangisan yang tertutup.
Kehilangan ini suatu kehilangan besar,
Bagi wadah yang dulu sering kau tatang lebar.
Jejak kakimu di gelanggang tarbiah,
Sukar dituruti dek kaki yang lemah.

Kau tinggalkan kami di persimpangan zaman,
Di kala umat dahagakan pimpinan.
Siapa lagi yang akan membetulkan saf,
Dengan suara lembut tapi penuh azam yang tekap?
Kau pergi, dan kami terasa pincang,
Seumpama sirah tanpa Sultanul Ulama di gelanggang.

Namun tak mungkin kami ratapi selamanya,
Kerana perginya murabbi bukan untuk diduka.
Jejak dakwahmu sukar diikuti,
Tapi ia kan menjadi api,
Membakar semangat generasi pendakwah baru,
Menyuluh jalan Gerakan Islam mendatang yang syahdu.

Ya Allah, lapangkanlah alam kuburnya,
Tinggikanlah maqamnya bersama para anbiya.
Selamat jalan wahai Murabbi Ummah,
Kami iringkan doa dan Al-Fatihah.
Rindumu bukan sekadar pada bait dan baris,
Tapi pada setiap nafas perjuangan yang kau waris.

Al-Fatihah.

Ahmad Azam Ab Rahman

*SYIAR NAHDAH vol.44*MENGGAPAI KASIH SAYANG ALLAHالرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ، ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَ...
03/04/2026

*SYIAR NAHDAH vol.44*

MENGGAPAI KASIH SAYANG ALLAH

الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ،
ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاء

“Para penyayang akan disayangi oleh ar-Rahman (Allah). Sayangilah yang ada di bumi, niscaya yang ada di langit akan menyayangi kalian.”

HADIS RIWAYAT AT-TIRMIDZI




Address

Kampong Sungai Gelugor
11700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60134222210

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wadah Pulau Pinang Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wadah Pulau Pinang Rasmi:

Shortcuts

Share