30/06/2026
[AHLAN WASAHLAN & SELAMAT DATANG]
Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami mengalu-alukan kehadiran
Ustaz Muhammad Idham bin Zulkifli
Sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam S9 / Pengurus Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh
Kuatkuasa: 1 Julai 2026
Semoga kehadiran tuan membawa semangat baharu, keberkatan dan kecemerlangan kepada masjid ini serta menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan syiar Islam dan khidmat kepada ummah.
Selamat datang ke keluarga besar Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah SWT.