Jalinan Harapan by NP

Jalinan Harapan by NP Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jalinan Harapan by NP, Nonprofit Organization, Kampong Sungai Buloh.

Halaman ini adalah bagi membantu semua institusi Mahad Tahfiz, Masjid, Pondok Pengajian, Sekolah, Rumah Anak Yatim serta NGO yang memerlukan produk ilmiah bagi proses pengajian serta pembelajaran di Malaysia.

Assalamualaikum 💐 Indah Langit Kerana Awan, Indah Laut Kerana Kebiruan,Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan, Indah Aidiladha...
19/07/2021

Assalamualaikum 💐
Indah Langit Kerana Awan,
Indah Laut Kerana Kebiruan,
Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan,
Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan.
Mata Kadang Salah Melihat,
Mulut Kadang Salah Berucap,
Hati Kadang Salah Menduga,
Maafkan Segala Kekhilafan.
Mohon Maaf Zahir Dan Batin, Selamat Hari Raya Aidiladha 🥰
Semoga pewakaf2 semua diampunkan segala dosa dan sentiasa didalam pelukan kasih sayang Allah swt 🤲🏻🌷



16/07/2021

Assalamualaikum, 🌹
Sesungguhnya Allah Maha Baik 🥰
Semoga dengan perkongsian ustazah norhafizah musa ini, kita sama2 mendapat manfaatnya 🤗
Cr video: Meraih Redha

"Mengapa kita wujud Di dunia ?”Untuk apa?Apa tujuan  hidup manusia di dunia ini?Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhi...
14/07/2021

"Mengapa kita wujud Di dunia ?”
Untuk apa?
Apa tujuan hidup manusia di dunia ini?
Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini?
Ramai antara kita tak" ambik port " hal di atas," tak perlu pening pening" mereka kata.
Astaghfirullah...
Kita adalah makhluk ciptaan Allah SWT. Matlamat kita hadir ke dunia ini adalah mengabdikan diri kepada Yang Maha Pencipta, mentaati suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Al-Quran telah menyebut akan perkara ini melalui firman Allah SWT yang maksudnya: “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku.” (Surah al-Dzariyat, ayat 56)
Kehidupan di dunia ini hanya seketika. Selagi kita diberi peluang oleh Allah, gunakanlah sebaik mungkin. Jadikanlah dunia ini sebagai titian bagi mencapai ke syurga. Tanam sebanyak yang boleh di dunia ini dan tuailah hasilnya di akhirat kelak.
Semoga bermanfaat.


Ya Allah aku tidak meminta banyak hal kepadamu, hanya ku pinta kuatkanlah hati dan diri ini menempuh apa yang telah Engk...
13/07/2021

Ya Allah

aku tidak meminta banyak hal kepadamu, hanya ku pinta
kuatkanlah hati dan diri ini menempuh apa yang telah Engkau tetapkan.

Kuatkanlah aku menerima setiap ujian yang telah Engkau berikan kepadaku, dengan kesabaran yang tinggi dan hati yang ikhlas menerima segala sesuatu.

kita ini pendosa.
Teruskanlah berdoa pada Allah pada setiap masa tanpa jemu.

Kalau bukan diberikan di dunia ini, Allah pasti akan memberikan apa yang kita minta di akhirat nanti.

insyaAllah 🌹



"BERCAKAPLAH BILA IA MENDATANGKAN KEBAIKAN"Bercakaplah bila perlu, sekiranya perbicaraan itu membawa kepada kebaikan, ke...
12/07/2021

"BERCAKAPLAH BILA IA MENDATANGKAN KEBAIKAN"
Bercakaplah bila perlu, sekiranya perbicaraan itu membawa kepada kebaikan, keharmonian dan mengeratkan silaturrahim.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir, hendaklah ia berkata baik atau diam...”
(HR Bukhari dan Muslim)
"Diam bukan bermakna kalah"
Jadilah seperti padi yang semakin tunduk diam semakin berisi bukannya seperti tong kosong yang bising tetapi jarang sekali ada isinya.
Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Semoga bermanfaat.


"Dikelilingi orang orang yang baik adalah rezeki"Kalau di tanya soal rezeki benda selalu dan pertama yang akan terlintas...
08/07/2021

"Dikelilingi orang orang yang baik adalah rezeki"
Kalau di tanya soal rezeki benda selalu dan pertama yang akan terlintas di Fikiran adalah tentang duit dan makanan. Segala jenis bentuk material yang boleh dinilai. Tapi sebenarnya terlalu banyak bentuk rezeki yang kita tak perasan atau kita ambil remeh.
SAHABAT YANG BAIK JUGA ADALAH REZEKI
Tidak semua orang memiliki rezeki yang satu ini. Walaupun tidak memberikan nilai kewangan, namun kawan-kawan yang baik akan membuat hati kita bergembira dan minda selalu positif.
Jika kawan-kawan yang buruk satu persatu pergi daripada hidup anda, berganti dengan kawan-kawan baik yang satu persatu menghampiri, maka itu bermakna rezeki anda tengah bertambah.
Bersyukurlah kepada Allah atas anugerah yang tidak ternilai ini.
Doakan mereka.
Setelah solat, doakanlah sahabat kita.
Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH.
Mohonlah keampunan untuk dosa dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.
Semoga bermanfaat 😊


06/07/2021

Assalamualaikum, Selamat Pagi 🌹
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah bersifat sementara. Jangan terlalu mengejar dunia sehingga kita terlupa adanya kehidupan yang kekal abadi iaitu akhirat.
Semoga dengan perkongsian ustaz wadi anuar ini, kita sama2 mendapat manfaatnya 🤗
Cr video: Insaf Islamic Studio

01/07/2021
"Tetaplah BERSYUKUR sampai kita lupa apa itu MENGELUH"Jangan mengeluh dan bersedih dengan apa yang kita hadapi sekarang....
29/06/2021

"Tetaplah BERSYUKUR sampai kita lupa apa itu MENGELUH"
Jangan mengeluh dan bersedih dengan apa yang kita hadapi sekarang.
DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita miliki.
Sentiasa bersangka baik dan yakin dengan perancangan dari Allah SWT.
Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, Ingatlah takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kita titiskan dalam mengharungi ujian itulah yang membawa kita ke syurgaNya.
Tetaplah berdoa
"Ya Allah, jangan biarkan aku berpaling dari-Mu. Tak peduli seberapa banyak ujian dan kesusahan yang Engkau berikan, biarkanlah kesusahan ini membuatku menjadi seorang muslim yang lebih kuat dan lebih ikhlas kepada-Mu.
Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah swt. Semoga bermanfaat 😊🌹


28/06/2021

Assalamualaikum, Selamat Pagi 🌹
Jom kita merebut keberkatan solat sunat 4 rakaat selepas isyak 😊
Semoga dengan perkongsian ustaz wadi anuar ini, kita sama2 mendapat manfaatnya 🤗
Cr video: Youtube Kuliah Ilmu

Yang tak pernah putus adalah DOAAllah, ya Rahman, ya Rahim,Saat ini kami mengangkat tangan memohon ke hadrat-Mu, memohon...
25/06/2021

Yang tak pernah putus adalah DOA

Allah, ya Rahman, ya Rahim,

Saat ini kami mengangkat tangan memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Ya Rabbal Alamin,
Lindungilah kami, keluarga kami, anak-anak kami, jiran tetangga kami dan negara kami dan
seluruh dunia daripada wabak ini, ya Allah. sembuhkanlah mereka yang telah dijangkiti.
Sembuhkan mereka yang sedang dirawat, ya Allah. Berikan kekuatan dan kesabaran kepada
barisan hadapan kami yang sedang bertungkus-lumus berjuang merawat pesakit-pesakit dan
memerangi wabak ini, ya Allah.

Berilah kami kekuatan, ya Allah. Berilah keupayaan agar kamimenghadapi semua ini. Semoga kami dapat memperbaiki kekurangan, kelemahan kami, ya Allah. Semoga ada hikmah di sebalik ujian-Mu ini. Semoga semakin kuat keimanan dan
ketakwaan kami kepada-Mu, ya Allah.



Kehidupan di Dunia Hanya Persinggahan, Sangat Singkat Dibandingkan Akhirat NantiKetahuilah, Manusia tinggal di dunia han...
24/06/2021

Kehidupan di Dunia Hanya Persinggahan, Sangat Singkat Dibandingkan Akhirat Nanti
Ketahuilah, Manusia tinggal di dunia hanya untuk masa yang singkat.
Di sini, ia akan diuji, dilatih, kemudian meninggalkan dunia menuju kehidupan akhirat di mana ia dunia abadi yang kekal selama-lamanya.
Harta benda serta kesenangan di dunia, walaupun diciptakan serupa dengan yang ada di akhirat, sebenarnya memiliki banyak kekurangan dan kelemahan kerana harta benda dan kesenangan tersebut ditujukan hanya agar manusia mengingati hari akhirat.
Rasulullah ﷺ mengumpamakan kehidupan dunia dengan akhirat, seperti titisan air yang tersisa apabila jari dicelupkan dalam air laut.
(Sahih Muslim no. 2858)
Apalah titisan air jika dibandingkan dengan air laut keseluruhannya.
Begitu juga, apalah kehidupan dunia ini jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat.
Usahalah mencari bekalan akhirat, jangan hanyut dengan keindahan dunia yang penuh dengan tipu daya. Semoga bermanfaat 🌹

“Allah Beri Jodoh, rezeki, Yang Kita ‘Perlu’ Bukan Yang Kita ‘Mahu ”Selepas solat, kita mesti selalu berdoa kepada Allah...
23/06/2021

“Allah Beri Jodoh, rezeki, Yang Kita ‘Perlu’ Bukan Yang Kita ‘Mahu ”
Selepas solat, kita mesti selalu berdoa kepada Allah agar murah rezeki kan? Kadangkala, kita mesti sedih bila apa yang kita minta tidak dapat.
REZEKI ALLAH ITU LUAS
Jika tiada rezeki anak, mungkin Allah berikan mertua yang baik,
Jika tiada rezeki wang ringgit mungkin diberikan rezeki kesihatan,
Jika tiada rezeki jodoh yang panjang, mungkin Allah nak bagi kita rezeki berbakti pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik keesokan harinya
Jangan bersedih
Formula nya :
Bersyukur berdoa usaha tawakal.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Setiap yang kita terima adalah datang dari Allah. Dia berikan apa yang terbaik untuk kita dapat buat waktu itu.
Jangan mengeluh dan merungut. Sentiasa bersangka baik dan positif.
Sesungguh perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
Semoga bermanfaat.

"Dunia sudah di penghujung" Nabi dah ingatkan dulu, berhati hati lah kita. Mata kita sudah digelapkan dengan harta, keca...
22/06/2021

"Dunia sudah di penghujung"
Nabi dah ingatkan dulu, berhati hati lah kita. Mata kita sudah digelapkan dengan harta, kecantikan, pangkat dan jawatan.
Kebenaran kita jauhkan. Inilah yang sedang berlaku.
Di akhir zaman, ini lah yang kita takutkan. Ramai yg menzahirkan imej diri yg baik di sisi agama, tapi menjadi fitnah pada agama. Posting ini tiada niat untuk tuju kepada mana mana pihak
Lazimi hari kita dengan ibadat, supaya kita terhindar dari fitnah yang menyesatkan kita.
Antara doa elak fitnah akhir zaman yang boleh kita sama sama amalkan :
Allahumma inni audzubika min ‘adzabi jahannama wa min adzabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamati, wa min syarri fitnatil masihid dajjal.
"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari siksa jahannam, dari fitnah kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-masikh ad-Dajjal."
Moga Allah pelihara kita dari kepalsuan dan keburukan. Moga Allah pimpin kita atas jalan kebenaran. Semoga bermanfaat 🙂

“Pengorbanan Seorang Ayah Tiada Galang Ganti”Pengorbanan seorang ayah ini jarang untuk kita perkatakan kerana ia sering ...
21/06/2021

“Pengorbanan Seorang Ayah Tiada Galang Ganti”
Pengorbanan seorang ayah ini jarang untuk kita perkatakan kerana ia sering dibayangi dengan pengorbanan seorang ibu. Jika dinilai pengorbanan seorang ayah untuk anak-anaknya sudah pasti kita tidak mampu untuk membayarnya walaupun emas permata yang dipertaruhkan.
Perasaan kasih sayang daripada seorang ayah itu jarang dizahirkan tapi percayalah dia sentiasa berusaha semampu mungkin untuk kebahagiaan anak-anaknya. Terlalu banyak yang ayah telah korbankan bagi memastikan isteri dan anak-anaknya mempunyai kehidupan yang selesa dan cukup walaupun terpaksa ketepikan kehendak mereka.
Terimalah ayah seadanya, peluklah mereka selalu kerana kelembutan dan kasih sayang daripada kita dapat mengisi kekuatan dirinya. Kita tidak akan sesekali dapat menggantikan seseorang ayah yang dimiliki walaupun kita mencarinya hingga ke hujung dunia.
Buat yang masih mempunyai ayah disisi hargailah selagi mereka masih ada, ucaplah terima kasih di atas segala-galanya. Buat yang sudah kehilangan ayah tercinta, jangan lupa untuk titipkan doa dan semoga diberi ganjaran syurga buat mereka. Tanpa ayah siapalah kita..
Semoga bermanfaat.

REZEKI ITU UJIANlebih bukan tanda  DIMULIAKAN Sedikit bukan TANDA KEHINAANUjian kepada setiap makhluk berbeza-beza mengi...
18/06/2021

REZEKI ITU UJIAN
lebih bukan tanda DIMULIAKAN
Sedikit bukan TANDA KEHINAAN

Ujian kepada setiap makhluk berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing. Ada yang diuji dari segi kewangan, kesihatan, emosi fizikal dan mental dan sebagainya.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 155 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Sebenarnya rezeki kita itu sentiasa ada. Cuma kita sahaja yang tidak nampak.
Sebabnya dimata kita rezeki itu adalah wang ringgit semata-mata.

Tak ada anak pun bukannya sebabnya kita tiada rezeki
Tapi sebab Allah beri rezeki dalam bentuk yang lain.

Tak ada jodoh pun bukannya sebab rezeki nak kawin tu tak ada.
Tapi sebab Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik.

Semuanya akan tiba indah dan tepat pada waktunya.
Kalau kita sentiasa yakin pada janji Allah,Kita syukuri setiap nikmat Allah,In shaa Allah hidup kita akan tenang
Bagi yang sedang diuji dengan kesempitan hidup, yakinlah bahawa nikmat Allah swt akan datang dalam pelbagai bentuk kerana Allah tidak akan sesekali menzalimi hambaNya yang beriman.

Ujian tidak datang begitu saja tanpa makna. Selalunya akan ada hikmah disebalik setiap kejadian yang Allah turunkan kepada hambaNya. BERSYUKURLAH



15/06/2021

“Al Quran Mukjizat Teragung”
Al quran diturunkan pada malam lailatulqadar secara berperingkat selama 23 tahun kepada Nabi Muhammad saw, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Surah pertama yang diturunkan kepada baginda Rasulullah saw adalah surah al- alaq oleh malaikat jibrail sebagai perantaraan Allah swt.
Mukjizat teragung ini mempunyai 30 juzuk, 114 surah. Terdapat banyak ganjaran apabila kita membaca dan cintakan al quran yang dijanjikan oleh Allah swt dengan ganjarannya 10 pahala pada setiap huruf yang dibaca.
Marilah kita merebut ganjaran yang diberikan kepada kita. Sesungguhnya Allah itu maha penyayang yang menginginkan seluruh umat islam menetap di syurgaNya diakhirat kelak.

Address

Kampong Sungai Buloh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jalinan Harapan by NP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jalinan Harapan by NP:

Share