Kursus Mata CCD CIDB

Kursus Mata CCD CIDB Kursus dan Seminar Mata CCD CIDB khas untuk kontraktor/subkontraktor/pemaju/kakitangan kerajaan dengan tenaga pengajar yang pakar dalam pelbagai bidang

29/10/2024
29/10/2024
29/10/2024

[ Penggantian Buku Fizikal ]

Perhatian!

Kepada Operator dan Jurutera Dandang Stim, penggantian buku fizikal kepada slip perakuan pendaftaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 31 Disember 2024.

Kegagalan membuat penggantian tersebut akan menyebabkan perakuan kekompetenan terbatal dan tidak boleh mengendali atau menjaga dandang stim.




๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ โ€“ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐—ค๐—”๐—ค๐—– ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด!Anda seorang kontraktor atau profesional dalam in...
28/09/2024

๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ โ€“ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐—ค๐—”๐—ค๐—– ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด!

Anda seorang kontraktor atau profesional dalam industri pembinaan?
Menghadapi kesukaran memenuhi standard kualiti yang ditetapkan client?
Bertindak segera!

Sertai kursus sehari kami, "QAQC dalam Pembinaan โ€“ Proses, Rekod, dan Strategi" dan pelajari bagaimana untuk mengurus kualiti projek pembinaan anda dengan cemerlang.
Anda akan pelajari:

โœ… Kuasai proses QAQC yang selari dengan Akta CIDB 1994 (Akta 520)
โœ… Melebihi jangkaan skor QAS QLASSIC (CIS 7:2021)
โœ… Patuhi piawaian terkini QMS ISO (MS 9001:2015)
โœ… Laksanakan strategi kawalan kualiti untuk memastikan "Melakukan perkara dengan betul dari kali pertama, setiap kali"
โœ… Tingkatkan daya saing anda dalam pasaran pembinaan tempatan dan global melalui amalan terbaik QAQC

Kenapa Anda Patut Sertai?
โ€ข Pastikan projek anda mencapai penunjuk prestasi utama (KPI)
โ€ข Serahkan projek tepat masa, dalam bajet, dan dengan kualiti yang melebihi jangkaan
โ€ข Tingkatkan reputasi profesional dan imej syarikat anda dalam industri
โ€ข Belajar daripada pakar industri dengan panduan langsung dan berpengalaman
โ€ข Perkongsian mengenai info terkini di industri pembinaan

Tempat Terhad!
Daftar sekarang untuk memastikan tempat anda dan jamin kejayaan anda dalam industri pembinaan yang semakin kompetitif.

Panggilan Tindakan:
๐Ÿ”— Daftar di sini : https://tusb.onpay.my/order/form/tutc2024_1
๐Ÿ“… Tarikh: 03 Oktober 2024
๐Ÿ•˜ Masa: 9 Pagi โ€“ 5 Petang
๐Ÿ“ Lokasi: Secara Online

04/04/2024

- [DARI KAMAR MAHKAMAH] -

Pada minggu lepas, sebuah syarikat telah didenda atas kecuaian sehingga menyebabkan kemalangan hilang upaya kekal (rujuk https://www.facebook.com/share/p/kvxUynW2uG4AWvwo/?mibextid=Nif5oz ).

Adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apabila kemalangan sebegini tidak seharusnya berlaku terutamanya hazad yang wujud amat jelas dan boleh dijangka. Sekiranya berlaku, ianya jelas berpunca dari kelemahan dari pengurusan risiko seperti penaksiran risiko yang tidak sempurna serta kegagalan melakukan langkah kawalan seperti penguatkuasaan serta pendidikan.

Lebih malang lagi ialah tiada langsung penaksiran risiko oleh majikan sebelum memulakan kerja. Ia mendedahkan pada risiko lebih teruk lagi iaitu maut. Dan majikan sebegini seharusnya dihukum dengan penalti yang lebih berat.

Ingat! Hilang upaya kekal seperti hilang anggota badan adalah amat perit. Ianya tidak boleh diganti sama sekali. Adakah tempat kerja anda berisiko seperti kejadian ini? Jika ya, jangan mulakan apa jua kerja selagi tiada penaksiran risiko dijalankan. Sampaikan mesej ini pada majikan anda.

Bersama kita cegah kemalangan dari berlaku. Anda mampu mengubahnya.

- Admin Kasim Selamat

30/03/2024

Sukacita dimaklumkan Facebook Rasmi JKR Malaysia kini telah kembali beroperasi. Terima kasih atas kerjasama dan teruskan bersama kami.

30/03/2024

NOTIS PEMAKLUMAN!

AKAUN FACEBOOK RASMI JKR MALAYSIA TELAH DIGODAM.

Semua pihak dinasihatkan untuk tidak memberi maklum balas terhadap sebarang hantaran melalui akaun tersebut.

Pengemaskinian akhir di akaun rasmi Facebook JKR Malaysia adalah pada 24 Mac 2024 jam 3.30 petang.

SUMBER RASMI : JKR MALAYSIA

30/03/2024

- [DARI KAMAR MAHKAMAH] -

Pada minggu lepas, sebuah syarikat pembuat pendingin udara telah didakwa atas kegagalan memastikan press machine nya dalam keadaan sempurna. Ini menyebabkan kemalangan tragis ke atas seorang pekerjanya yang mengalami kecederaan para pada kedua-dua tangan mangsa (Rujuk https://www.facebook.com/share/p/DrhRhawRsTgKZcuA/?mibextid=Nif5oz ).

Jabatan ingin mengingatkan pada semua majikan yang mengoperasikan mesin Stamping atau Press Machine ini berhati-hati dengan mengambil semua langkah perlu pencegahan kemalangan ketika mengendalikan jentera ini. Rating risiko ketika penaksiran lebih cenderung memberi keterukan paling maksima.

Selain mempunyai penaksiran risiko, pengendali jentera ini hanya boleh dilakukan oleh pekerja terlatih sahaja. Prosedur Kerja Selamat (SOP) seharusnya tersedia pada jentera serta jentera itu sendiri hendaklah sentiasa diperiksa dan diselenggara lebih kerap agar semua peranti keselamatan yang dipasang berfungsi.

Malahan tindakan tidak selamat oleh pekerja seharusnya dicegah dengan tegas. Kaedah kaedah Lock out, tag out or lockoutโ€“tagout (LOTO) juga adalah mandatori ketika tidak digunakan atau diselenggara.

Untuk membantu industri, jabatan telah mengeluarkan GUIDELINES ON SAFE USE OF PRESS MACHINES bagi membantu majikan yang komited memastikan jentera ini bebas dari menjadi punca kecelakaan. Dokumen ini boleh diakses di https://www.dosh.gov.my/index.php/factory-machinery/perundangan-1/garis-panduan/keselamatan-industri/2401-01-guidelines-on-safe-use-of-press-machines-2015-1/file

Untuk rekod, penyumbang koleksi-koleksi gambar kemalangan bagi tujuan pendidikan dan kesedaran KKP Jabatan majoritinya ialah dari kemalangan jentera ini selain kemalangan di tapak bina.

Ingat!, kemalangan jentera ini hanya 2, samada hilang upaya kekal atau maut. Bersama kita cegah kemalangan semasa menggunakan Stamping atau Press Machine. Anda mampu mengubahnya!

- Admin Sabariah

๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐—–๐—–๐—— ๐—–๐—œ๐——๐—• ๐— ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ต - ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ฐ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜ ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐˜†Menguruskan sesuatu projek pembinaan memerlukan kita melihat...
25/03/2024

๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐—–๐—–๐—— ๐—–๐—œ๐——๐—• ๐— ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ต - ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ฐ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜ ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐˜†
Menguruskan sesuatu projek pembinaan memerlukan kita melihat sesebuah projek dari segi micro dan macro. Kita perlu tahu hala tuju projek dan pada masa sama kita juga perlu tahu setiap kerja yang dilakukan oleh pekerja kita atau sub-contractor di bawah kita.
Jom sertai kami dalam kursus "Project Management Planning Strategy - Introduction, Ex*****on and Handover" dimana trainer kita Ts. Khairul Nizam akan berkongsi pengalaman beliau menguruskan projek didalam dan luar negara seperti di Thailand dan India.
Kursus kami juga mempunyai kelebihan yang berikut;
-Trainer mempunyai pengalaman bekerja di luar negara
-Trainer merupakan seorang Certified Construction Project Manager(CIDB) dan Technologis (MBOT)
-Slide dan nota akan diberikan.
-Sijil Penyertaan akan dapat pada hari yang sama.
-Sijil CCD CIDB dalam masa 5 hari bekerja selepas kursus
-Kursus Online menggunakan Google Meet.
-Terbuka untuk semua kontraktor dan bukan kontraktor.
-Setiap Peserta yang layak akan mendapat 10 MATA CCD CIDB dan 4 Mata CPD MBOT
- 4 Mata CPD BEM juga boleh diperolehi dengan memohon sendiri melalui Website BEM.
JOM DAFTAR SEGERA!
๐Ÿ”จ๐Ÿ“š Kursus Project Management Planning Strategy - Introduction, Ex*****on and Handover
๐Ÿ“… Tarikh : 04 April 2024
Trainer : Ts. Khairul Nizam Bin Wakiman
Yuran : RM 150* (N/P :RM 230)
*Masukkan kod "RMD2024" semasa mengisi borang untuk mendapatkan harga promosi.
Pendaftaran boleh dibuat di website kami;
https://tusb.onpay.my/order/form/tutc2024
Sekiranya memerlukan bantuan, boleh hubungi kami di talian 019-777 9661
Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran anda dalam pengurusan projek pembinaan. ๐Ÿ’ช
Sertai kami sekarang! ๐Ÿ‘ทโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ”ฅ

25/03/2024

โ˜€๏ธSejak kebelakangan ini, beberapa kawasan di negara ini mengalami cuaca panas yang menyebabkan peningkatan suhu persekitaran.

Berada di luar bangunan mendedahkan seseorang kepada cuaca panas secara langsung. Cuaca yang terlampau panas boleh menyebabkan kehilangan cecair tubuh dan mengakibatkan individu tersebut mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta berisiko mendapat dehidrasi dan strok haba.

๐Ÿ Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengoptimumkan proses nyah haba dari badan dengan berada di persekitaran yang lebih sejuk.

23/03/2024

-[INFO]-

TEGASAN HABA

โœด๏ธBekerja dalam persekitaran yang panas atau terdedah kepada suhu yang tinggi adalah punca kepada tegasan haba.

Tegasan haba boleh meningkatkan tekanan dan keletihan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi pekerja-pekerja yang bekerja dalam persekitaran panas dan boleh meningkatkan kemalangan di tempat kerja.

Semua majikan dan pekerja disarankan untuk mengikuti langkah-langkah kawalan bagi menguruskan tegasan haba di tempat kerja seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Pengurusan Tegasan Haba Di Tempat Kerja 2016 bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik ketika bekerja sepanjang musim gelombang haba ini.

Pautan Garis Panduan Pengurusan Tegasan Haba Di Tempat Kerja 2016:

(Versi Bahasa Malaysia): https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/garispanduan/higien-industri/2319-01-guidelines-on-heat-stress-management-at-workplace-2016/file

(English Version): https://www.dosh.gov.my/index.php/legislation/guidelines/industrial-hygiene-1/2017-guidelines-heat-stress-management-at-workplace/file




Address

Kampong Skudai

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00

Telephone

+60197779661

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kursus Mata CCD CIDB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kursus Mata CCD CIDB:

Share