Global Life Centre (GLC - dahulunya dikenali sebagai Global Learning Centre) [No. pendaftaran syarikat : IP0436718-X] adalah sebuah pusat dakwah dan kebajikan yang mendekati golongan mualaf (revert), bukan Muslim, golongan asnaf dan juga sesama Muslim. Ditubuhkan pada tahun 2014, GLC telah banyak menganjurkan dan menyertai aktiviti Islami disekitar Ipoh dan Perak secara khususnya. Aktiviti yang di
jalankan adalah seperti berikut :
1. Kelas-kelas agama seperti Syarah Hadith 40 Imam An-Nawawi, tafsir quran, sirah nabawi, asas agama Islam secara PERCUMA
2. Kelas-kelas bahasa (Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin asas) secara PERCUMA
3. Kelas seni bertemakan Islam bagi kanak-kanak secara PERCUMA
4. Kuliah dan kursus perbandingan agama, pengurusan mualaf, pendedahan kepada asas agama Islam dan dakwah kepada masyarakat non-Muslim
5. Kem motivasi dan didikan Islami bagi kanak-kanak dan remaja
6. Ziarah asnaf (mualaf, golongan bermasalah kesihatan, OKU, ibu tunggal, fakir miskin) dan juga non-Muslim
7. Dakwah jalanan @ Street Da'wah bertujuan untuk menyebarkan risalah Islam kepada masyarakat non-Muslim
8. Program kemasyarakatan seperti menyertai ibadah qurban di perkampungan Orang Asli, gotong-royong bermasyarakat serta aktiviti pemuliharaan alam sekitar seperti program penanaman semula pokok
9. Menjadi pemandu pelancong dan dai'e bagi pengunjung di Masjid Muhammaddiyah (Masjid Cina) di Tasek
10. Sambutan hari raya Aidilfitri dan hari kebesaran dalam Islam lain bersama anak-anak yatim di Pusat Anning, Ipoh
11. Program ruqyah syari’ah bagi memurnikan tauhid kepada Allah s.w.t disamping memulihkan masalah spiritual
12. Memberi sokongan dan khidmat nasihat kepada mualaf serta membantu mereka dalam proses integrasi ke dalam masyarakat yang majmuk
13. Kaunseling bagi masalah akidah tanpa penilaian mana-mana individu
14. Khidmat kaunseling bagi sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai agama Islam