PKPCB PKPCB telah didaftarkan di Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-011-10-20112013 .

pihak kami ingin menawarkan kepada semua sebarang bantuan dalam bentuk sumbangan derma, tajaan dan zakat

Address

Kampong Selayang
68100

Telephone

+601164066678

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKPCB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PKPCB:

Share

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN CAHAYA BISTARI

Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Bistari (PKPCB) telah memulakan operasi sebagai satu wadah untuk semua agar saling berkasih sayang, bantu membantu dan bela membela di antara sesama insan. Sebagai pengenalan, PKPCB adalah merupakan sebuah pertubuhan yang menjalankan aktiviti Pendidikan, kebajikan dan perkhidmatan yang menaungi anak-anak yatim, fakir miskin, remaja insaf dan golongan yang memerlukan yang mana kesemua mereka adalah golongan asnaf zakat. PKPCB mempunyai pusat perlindungan dan asrama untuk menaungi serta menguruskan keperluan hidup, pendidikan yg diterapkan mengutamakan Allah dan Rasul kepada Anak-anak dan juga membantu menyelesaikan masalah kesihatan bagi 15 orang anak-anak yang berumur dalam lingkungan 4-6 tahun. PKPCB telah didaftarkan di Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-011-10-20112013 pada tahun 2010.

PKPCB ini dibuka pada tahun 2010 dan sebagai pertubuhan yang belum dikenali ramai, maka pihak kami ingin menawarkan kepada semua sebarang bantuan dalam bentuk sumbangan derma, tajaan dan zakat bagi melaksanakan segala aktiviti dalam pertubuhan ini. PKPCB sangat memerlukan doa dan sokongan dari pihak Tuan/Puan dan besarlah harapan kami sekiranya ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan segera untuk menyelesaikan keperluan kami. PKPCB yang mempunyai 1 Asrama putera yang beralamat di alamat

a) Asrama Putera

No.18, Jalan 2/7C, Dataran Templer,Bandar Baru Selayang 68100, Batu Caves Selangor.