Persatuan Kebajikan Warga Islam - PKWI Hospital Selayang

Directions Contact the organization

Persatuan Kebajikan Warga Islam - PKWI Hospital Selayang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Kebajikan Warga Islam - PKWI Hospital Selayang, Nonprofit Organization, Kampong Selayang.

28/08/2026
Sekitar Wacana Minda Khas sempena AwalMuharram bertajuk :“Kisah Hijrah Seribu Ibrah”Disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zul...
27/06/2026

Sekitar Wacana Minda Khas sempena Awal
Muharram bertajuk :

“Kisah Hijrah Seribu Ibrah”

Disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli

Kehadiran para hadirin juga diserikan dengan edaran 300 pek bubur lambuk sempena Hari Asyura yang mulia.

Semoga semua mendapat manfaat.

BENGKEL TOT (TRAINING OF TRAINERS)PENGURUSAN IBADAH PESAKITSIRI 02/2026HOSPITAL SELAYANGSelayang Hospital Disampaikan Dr...
17/04/2026

BENGKEL TOT (TRAINING OF TRAINERS)
PENGURUSAN IBADAH PESAKIT
SIRI 02/2026
HOSPITAL SELAYANG
Selayang Hospital

Disampaikan Dr Mohd Hamdi Razali
Ketua Unit Spiritualiti & Hal Ehwal Islam

Selamat Menyambut Hari Lebaran, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.Taqabbalallahu Minna Waminkum Salihal A’mal. Mina...
21/03/2026

Selamat Menyambut Hari Lebaran,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Taqabbalallahu Minna Waminkum Salihal A’mal. Minal ‘Aidin Wal Faizin.

Daripada keluarga PKWI kepada semua.❤️

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Segala puja dan puji bagi Allah yang dengan nikmatNya telah menyempurnakan s...
18/03/2026

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Segala puja dan puji bagi Allah yang dengan nikmatNya telah menyempurnakan segala kebaikan.

Semalam telah berlangsungnya Aktiviti Kemuncak bagi Program Ihya’ Ramadan peringkat Hospital Selayang tahun 2026M/1447H iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan dan Iftor Perdana.

Majlis yang telah dihadiri hampir 200 orang itu telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kelab Sukan HSEL. Majlis bermula pada jam lebih kurang 5.45pm dengan kehadiran para tetamu terdiri daripada :

- Pengarah dan pihak pengurusan tertinggi Hospital Selayang
- Pengerusi dan wakil-wakil AJK daripada Persatuan-Persatuan yang merupakan penganjur bersama Ihya’ Ramadan HSEL : Puspanita cawangan kecil HSEL, Kelab Sukan & Rekreasi, PASCA, Jawatankuasa HMI, Persatuan PPP, Persatuan PT, dan lain-lain
- Penaja/Penyumbang daripada agensi luar seperti Bank Islam dan ARNN technologies sdn berhad.

Dan sudah tentu tetamu yang diraikan iaitu :
- Anak-anak yatim, ibu tunggal dan kakitangan OKU terpilih dalam kalangan warga kerja kakitangan HSEL
- Serta Anak-anak yatim daripada Rumah Kasih Harmoni bersama guru pengiring

Majlis bermula dengan ucapan aluan daripada Pengerusi PKWI, Dr Mohd Hamdi bin Razali seterusnya ucapan utama dan perasmian oleh Puan Pengarah, Dr Afidah binti Ali. Sesi kemudian diteruskan dengan Penyampaian sumbangan kepada para penerima, juga kepada para penyumbang Ihya’ Ramadan dan setelah itu hadirin disajikan dengan video montaj program sepanjang sebulan Ihya’ Ramadan dilaksanakan di Hospital Selayang. Pada tepat jam 7.26pm akhirnya hadirin semua bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa sehingga selesai.

PKWI HSEL mewakili penganjur bersama mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penyumbang yang telah memberikan sumbangan baik berupa wang ringgit, makanan minuman serta tenaga melalui gerak kerja program lantas menjayakan Ihya’ Ramadan 2026 begitu juga kepada semua yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengimarahkan program-program yang telah dirancang.

Antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan :
• Seminar Ambang Ramadan serta Majlis Perasmian Ihya Ramadan
• Tadarus Al-Quran Harian di Jabatan/Unit masing-masing
• Solat Tarawih Harian serta Moreh di Surau Utama setiap malam
• Edaran Bubur Lambuk
• Edaran Bubur Sumsum
• Program Singgah Sahur
• Majlis Khatam Al-Quran dan juga Wacana Minda Khas Al-Quran
• Majlis Penyampaian Sumbangan dan Iftar Perdana

Sesungguhnya gerak kerja dan segala perancangan yang dibuat tidak akan mampu dilaksanakan melainkan dgn izinNya jua serta dengan mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan membalas dengan sebaik-baiknya. Dan ayuh sama-sama kita melakukan pecutan terakhir dalam Ramadan yang berbaki.

Moga bertemu lagi pada Ramadan akan datang! Amin Ya Rabb..

~ IHYA’ RAMADAN HSEL 2026M/1446H ~
~ RAMADAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA ~

Alhamdulillah.Dengan izinNya jua telah berjaya berlangsungnya pada malam semalam sebuah lagi aktiviti di bawah Program I...
14/03/2026

Alhamdulillah.
Dengan izinNya jua telah berjaya berlangsungnya pada malam semalam sebuah lagi aktiviti di bawah Program Ihya’ Ramadhan peringkat Hospital Selayang 2026 iaitu ‘SINGGAH SAHUR’.

Program Ihya Ramadan 2026 merupakan sebuah program anjuran bersama
PKWI, Jawatankuasa HMI, Puspanita cawangan kecil HSEL, Kelab Sukan dan Rekreasi, PASCA, Persatuan Kebajikan & Rekreasi PPP, dan Persatuan Pembantu Tadbir Hospital Selayang. Ia juga turut mendapat sokongan daripada agensi luar seperti Bank Islam dan lain-lain.

Sebanyak lebih kurang 400 bungkus makanan untuk bersahur telah diedarkan kepada kakitangan di wad-wad dan jabatan yang sedang bertugas. Program bermula lebih kurang pada pukul 11malam dengan makanan telah dimasak/disediakan di kawasan lobi bersalin sebelum di bungkus secara bergotong royong oleh ahli-ahli kelab dan persatuan yang turun bersama-sama berganding bahu.

Singgah Sahur semalam juga turut diserikan dan dijayakan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi Hospital Selayang yang diterajui oleh Puan Pengarah bersama Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Unit/Jabatan usai melaksanakan aktiviti Governance Round.

Ucapan terima kasih kepada Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang beserta kesemua pihak yang telah bersama memeriahkan Singgah Sahur semalam yang akhirnya selesai pada lebih kurang jam 2pagi.

Upacara pengagihan berlangsung dengan kehadiran wakil-wakil wad ke lobi bersalin untuk mengambil makanan. Terdapat juga beberapa wad/unit/jabatan yang disantuni dengan dihantar ke tempat masing-masing. Diantaranya adalah Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Jantung (CCU), High Dependency Ward (HDW), Unit Rawatan Kebakaran, Unit Rawatan Rapi Neonat (NICU), Dewan Bersalin, PAC, Dewan Bedah, Wad Obstetrik 5A, 5B, 5C, Wad Kardiologi 5D, Jabatan Patologi, Jabatan Kecemasan dan lain-lain.

Mewakili semua juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua ahli persatuan dan kelab yang telah terlibat. Termasuk kepada para penyumbang kepada Tabung Ihya’ Ramadhan HSEL 2026. Semoga setiap amalan diganjari Allah swt sebaik-baiknya.

Program-program sempena Ihya’ Ramadhan yang lain masih akan diteruskan. Antaranya adalah Tadarus berkumpulan, Tarawih Harian di Surau Utama, Kuliah agama mingguan, dan pada minggu hadapan program kemuncak iaitu pada 17.3.2026, di mana akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran, Wacana Minda sempena akhir Ramadan/Al-Quran serta Majlis Ifthar Perdana & Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim bersama golongan yang terpilih inshaAllah.

Tabung sumbangan juga masih dibuka buat semua yang bekelapangan untuk menyumbang. Hanya Allah yang mampu membalas sebaiknya.

Jazakumullah khairal jaza’

*Nombor akaun PKWI*
PERSATUAN KEBAJIKAN WARGA ISLAM HOSPITAL SELAYANG
14069010024200
BANK ISLAM

~ Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza ~

Alhamdulillah. Pada hari ini hari Jumaat yang mulia, telah berlangsungnya salah satu daripada aktiviti di bawah program ...
27/02/2026

Alhamdulillah.
Pada hari ini hari Jumaat yang mulia, telah berlangsungnya salah satu daripada aktiviti di bawah program Ihya’ Ramadan Hospital Selayang 2026 iaitu Edaran Bubur Lambuk.

Sebanyak lebih 1500 bekas bubur lambuk telah berjaya diedarkan kepada para kakitangan yang bekerja pada hari tersebut untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Termasuklah di kesemua jabatan/unit, wad-wad, ICU/CCU, Dewan Bedah, Farmasi, Forensik, Pentadbiran, Radiologi, Patologi dan yang lain-lainnya.

Program Ihya Ramadan 2026 merupakan sebuah program anjuran bersama persatuan-persatuan yang ada di HSEL.
PKWI, Jawatankuasa HMI, Puspanita cawangan kecil HSEL, Kelab Sukan dan Rekreasi, PASCA, Persatuan Kebajikan & Rekreasi PPP, dan Persatuan Pembantu Tadbir Hospital Selayang.

Program yang berjaya dilaksanakan ini juga tidak lain dan tidak bukan adalah melalui sumbangan-sumbangan yang telah diperolehi daripada pelbagai pihak lalu dimanfaatkan kembali bersama kepada semua kakitangan Hospital Selayang.

Jawatankuasa Ihya Ramadan 2026 mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan mengajak semua untuk terus bersama-sama mengimarahkan Ihya’ Ramadan peringkat Hospital Selayang tahun ini.

Antara yang sedang berlangsung :

• Tadarus Al-Quran ( harian di jabatan/tempat masing-masing)
• Solat Tarawih ( harian, Imam dan moreh disediakan setiap hari )
• Kuliah Zohor di Surau Utama HSEL ( mingguan, setiap rabu sebelum Zohor )

Antara yang akan berlangsung :
• Edaran Bubur Sumsum ( 6.3.2026 )
• Program Singgah Sahur ( 13.3.2026, di mana kita akan bergotong royong menyediakan juadah sahur di tengah malam lalu diedarkan kepada wad-wad, bagi kakitangan yang sedang ‘oncall’ )
• Wacana Minda Khas Nuzul Quran dan Majlis Khatam Al-Quran ( 17.3.2026, 2.30pm di Auditorium HSEL )
• Majlis Ifthar Perdana dan Penyampaian Sumbangan Anak Yatim dan Kakitangan Terpilih ( 17.3.2026, 5.00pm di Dewan Kelab Sukan )

Untuk sebarang sumbangan bagi Tabung Ihya’ Ramadan HSEL 2026 boleh melalui :
PERSATUAN KEBAJIKAN WARGA ISLAM HOSPITAL SELAYANG
14069010024200
BANK ISLAM

Semoga Ramadhan menjadikan kita menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya, amin.

~ Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza ~

AKTIVITI PROGRAM IHYA’ RAMADAN HOSPITAL SELAYANG 2026/1447H
24/02/2026

AKTIVITI PROGRAM IHYA’ RAMADAN HOSPITAL SELAYANG 2026/1447H

Assalamualaikum wbt. Salam Ramadan Al-Mubarak buat semua. Dalam sebuah hadith riwayat Saidina Anas RA menyebutkan:سُئِلَ...
19/02/2026

Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadan Al-Mubarak buat semua.

Dalam sebuah hadith riwayat Saidina Anas RA menyebutkan:

سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ: ‏‏ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ ‏.‏ قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: ‏ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ ‏

“ Maksudnya: Ditanyakan Nabi ﷺ puasa apakah yang terbaik selepas Ramadhan?. Jawab Nabi ﷺ: Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadhan.” - Riwayat Al-Tirmizi (663)

InshaAllah bersempena kehadiran Ramadan yang mulia ini, kita mengalu-alukan sumbangan daripada semua untuk mengimarahkan Program Ihya’ Ramadan peringkat Hospital Selayang.

Program ini adalah dianjurkan dengan kerjasama persatuan-persatuan yang ada di Hospital Selayang.

Setiap sumbangan dalam Tabung Ihya’ Ramadan daripada pihak Tuan/Puan akan dikembalikan untuk dimanfaati bersama oleh para kakitangan, juga insan-insan terpilih seperti anak yatim dan sebagainya inshaAllah.

Ayuh, jom sama-sama menyumbang di bulan mulia ini.
Moga Allah menerima segala amal ibadah kita, Amin Ya Rabb!
Ramadan Kareem❤️

~ Ramadan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza ~

Seminar Ambang Ramadan ( SAR ‘26 ) Hospital Selayang. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta sebagai salah satu persi...
04/02/2026

Seminar Ambang Ramadan ( SAR ‘26 ) Hospital Selayang. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta sebagai salah satu persiapan kita sebelum memasuki bulan penuh barakah tersebut.

Allahumma Ballighna Ramadhan!

Address

Kampong Selayang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Warga Islam - PKWI Hospital Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan Warga Islam - PKWI Hospital Selayang:

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations


Other Nonprofit Organizations in Kampong Selayang

Show All