30/09/2025
🇲🇾✨ KONVOI MOTOR MERDEKA & HARI MALAYSIA 2025 & SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN ✨🇲🇾
Alhamdulillah, Konvoi Motor Merdeka KRT Kg Segambut Dalam ke KRT Pantai Indah Fasa 2 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 27 September 2025 (Sabtu), jam 8.30 malam.
Seramai 30 orang AJK RT Jiran Muda Kg Segambut Dalam menyertai konvoi ini yang bertujuan untuk:
✅ Merapatkan hubungan antara komuniti KRT
✅ Menyemai semangat cinta negara dalam kalangan belia
✅ Meningkatkan kesedaran tentang erti sebenar Hari Kemerdekaan
Konvoi turut diserikan dengan lawatan ke tapak pembuatan sabun RT Progresif di KRT Pantai Indah Fasa 2.
Program ini dirasmikan oleh YDH Tuan ASP Mohd Yusri bin Mohd Yusof, Ketua Polis Balai Sri Hartamas, dan diiringi oleh YBhg. Datuk Bakhtiar bin Adnan, Penasihat KRT Segambut Dalam & Penasihat Lembaga Klinik Kesihatan Daerah Kepong.
Turut hadir, Encik Ahmad Shahrin bin Ab Samad, Penyelaras KRT Parlimen Segambut & Kepong JPNIN WPKL.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Balai Polis Sri Hartamas dan Balai Polis Pantai atas kerjasama dalam kawalan lalu lintas dan keselamatan sepanjang konvoi.
Semoga program seperti ini terus mengukuhkan silaturahim dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam komuniti kita.