Pertubuhan Kepimpinan Melayu Malaysia

Pertubuhan Kepimpinan Melayu Malaysia Pertubuhan Kepimpinan Melayu Malaysia adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Ja

KENYATAAN MEDIAMd Firdaus MashorPertubuhan Persatuan Kepimpinan Melayu MalaysiaAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...
11/02/2026

KENYATAAN MEDIA
Md Firdaus Mashor
Pertubuhan Persatuan Kepimpinan Melayu Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Saya mewakili seluruh barisan Persatuan Kepimpinan Melayu Malaysia ingin merakamkan ucapan takziah yang setulus-tulusnya kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan tragis di Padang Jambu. Kehilangan insan tersayang secara mengejut adalah satu ujian yang amat berat. Semoga keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keadilan yang sewajarnya.

Kami memandang serius kejadian ini, lebih-lebih lagi apabila tular dakwaan bahawa pemandu yang terlibat dilihat dalam keadaan tidak menunjukkan rasa kesal sejurus selepas insiden yang meragut nyawa berlaku. Dalam situasi di mana satu nyawa telah melayang dan beberapa individu lain cedera, sebarang sikap yang memperlihatkan ketidakprihatinan adalah amat tidak wajar dan mencalar sensitiviti masyarakat.

Undang-undang mesti ditegakkan tanpa kompromi. Jika didapati wujud unsur kecuaian yang menyebabkan kematian, tindakan dan hukuman yang tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada semua pengguna jalan raya. Nyawa manusia bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan. Penguatkuasaan yang konsisten dan hukuman setimpal adalah langkah penting bagi memastikan tragedi seumpama ini tidak berulang.

Isu “microsleep” juga tidak boleh dianggap remeh. Tertidur walaupun beberapa saat ketika memandu sudah cukup untuk mengundang malapetaka. Ia bukan alasan kecil, tetapi risiko besar yang mampu meragut nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah. Kesedaran tentang bahaya memandu dalam keadaan letih perlu diperkasa melalui pendidikan, kempen keselamatan dan tanggungjawab peribadi setiap pemandu.

Kami menyeru semua pihak agar menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan dan pada masa yang sama mengambil pengajaran daripada insiden ini. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

Sekian, terima kasih.

Md Firdaus Mashor
Pengerusi
Pertubuhan Kepimpinan Melayu Malaysia

Kami dengan jelas dan tegas menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam sistem pend...
10/12/2025

Kami dengan jelas dan tegas menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam sistem pendidikan negara ini.

Malaysia sudah mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan, dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama ilmu dan penyatuan bangsa. Mengiktiraf UEC yang berasaskan sistem berasingan adalah bertentangan dengan semangat tersebut dan hanya akan melemahkan usaha membina satu identiti nasional dalam pendidikan.

Kerajaan tidak seharusnya tunduk kepada tekanan politik mana-mana pihak yang mahu mengubah dasar pendidikan negara demi kepentingan kelompok tertentu. Pendidikan tidak boleh dijadikan bahan tawar-menawar politik.

Keutamaan negara hari ini sepatutnya adalah:
• Memperkukuh sekolah kebangsaan,
• Meningkatkan kualiti SPM,
• Dan memastikan sistem pendidikan yang satu, adil dan menyatukan rakyat bukan mewujudkan lebih banyak laluan berasingan.

Saya menegaskan bahawa pengiktirafan UEC hanya akan menimbulkan lebih banyak perpecahan, bukannya perpaduan. Justeru, pendirian saya adalah kekal menolak pengiktirafan UEC demi mempertahankan asas negara dan masa depan pendidikan nasional.

Pertubuhan Kepimpinan Melayu Malaysia

Berhubung Perjanjian ART 2025 Malaysia–Amerika SyarikatSaya mengambil perhatian terhadap laporan yang menyatakan kewujud...
28/11/2025

Berhubung Perjanjian ART 2025 Malaysia–Amerika Syarikat

Saya mengambil perhatian terhadap laporan yang menyatakan kewujudan Reciprocal Trade Agreement Malaysia–Amerika Syarikat (ART 2025) serta kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak berhubung implikasi perjanjian tersebut. Melalui penelitian awal terhadap dokumen dan maklumat yang dikemukakan, terdapat beberapa perkara yang sewajarnya dinilai dengan lebih teliti sebelum perjanjian ini diteruskan.

Berdasarkan laporan yang dibaca, ART 2025 didakwa mengandungi ketetapan berkait akses Amerika Syarikat terhadap nadir bumi dan mineral kritikal Malaysia tanpa kuota atau sekatan, serta ketiadaan jaminan timbal balik yang jelas kepada Malaysia. Terdapat juga kebimbangan bahawa Malaysia mungkin perlu merujuk atau mendapatkan persetujuan Amerika sebelum menjalinkan perjanjian seumpama ini dengan negara lain .

Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk melindungi sumber asli yang menjadi aset strategik negara, termasuk yang berkaitan teknologi masa hadapan seperti tenaga hijau, bateri kenderaan elektrik dan sektor pertahanan. Sebarang perjanjian antarabangsa yang melibatkan komoditi bernilai tinggi ini perlu memastikan keuntungan jangka panjang berpihak kepada rakyat Malaysia, bukan hanya memenuhi keperluan ekonomi kuasa luar.

Saya berpendirian bahawa perjanjian ini tidak wajar diteruskan selagi aspek berikut belum diberikan jaminan jelas:
1. Keuntungan dan faedah ekonomi yang setara dan terukur kepada Malaysia.
2. Kawalan penuh terhadap nadir bumi dan mineral strategik kekal di tangan kerajaan Malaysia.
3. Tiada klausa yang menjejaskan kebebasan diplomatik dan dasar perdagangan negara.
4. Semakan menyeluruh oleh Parlimen serta proses semak imbang yang telus.

Pendapat ini bukanlah tuduhan atau serangan kepada mana-mana pihak, sebaliknya satu pendirian berasaskan prinsip bahawa kepentingan negara dan masa depan ekonomi generasi akan datang perlu diutamakan. Malaysia mesti memastikan setiap perjanjian antarabangsa diputuskan secara berhati-hati, telus dan memberi manfaat yang setimpal kepada rakyat.

Saya menegaskan bahawa saya tidak bersetuju ART 2025 diteruskan dalam bentuk yang ada sekarang, sehingga semua persoalan kedaulatan, keselamatan ekonomi dan nilai pulangan sebenar kepada negara dapat dipastikan dengan jelas melalui penilaian menyeluruh oleh institusi berautoriti.

Md Firdaus Mashor
Pengerusi Pertubuhan Kepimpinan Melayu Malaysia

Address

Pejabat Pertubuhan Kepimpinan Melayu
Kampong Peringgit
75350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kepimpinan Melayu Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kepimpinan Melayu Malaysia:

Share