23/08/2026
πΈ LAPORAN HARI KEDUA & PENUTUP | 20 OGOS 2026
KEM KEPIMPINAN KADET & JUNIOR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PERINGKAT DAERAH TUMPAT TAHUN 2026
20 Ogos 2026 | Sri Tujoh Beach Resort, Tumpat
Kem Kepimpinan Kadet & Junior Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2026 melabuhkan tirainya pada hari kedua setelah berlangsung selama 2 Hari 1 Malam.
Hari kedua dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan aktiviti senamrobik, sebelum para peserta meneruskan pengisian dengan penilaian kawad kaki, slot pertolongan cemas serta raptai majlis perasmian penutup
Melalui pengisian yang dijalankan, para peserta bukan sahaja didedahkan kepada aspek kepimpinan dan disiplin, malah turut diberikan peluang untuk mengaplikasikan kemahiran pertolongan cemas dan kerja berpasukan.
Kemuncak program diteruskan dengan Majlis Penutup Kem Kepimpinan Kadet & Junior BSMM Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2026, yang menjadi tanda berakhirnya sebuah program penuh pengisian, pengalaman dan kenangan buat seluruh peserta dan urusetia.
ποΈ Sepanjang dua hari program berlangsung, para peserta telah menunjukkan:
π΄ Semangat berpasukan
π΄ Disiplin dan kepimpinan
π΄ Keberanian mencuba perkara baharu
π΄ Kerjasama dalam setiap tugasan
π΄ Kesungguhan mempelajari kemahiran BSMM
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, guru pengiring, urusetia, jurulatih, fasilitator, rakan strategik serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama bagi memastikan kem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kem ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian serta melahirkan generasi kadet dan junior BSMM yang berdisiplin, berkemahiran, berjiwa sukarelawan dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Dua hari berlalu, tetapi semangat kemanusiaan terus kekal di hati.
Jumpa lagi dalam program BSMM Daerah Tumpat yang akan datang!
Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat Rasmi