Persatuan Kemanusiaan Tangga Batu

Persatuan Kemanusiaan Tangga Batu Persatuan Kemanusiaan Tangga Batu

Selesai tengahari ini menguruskan jenazah di FELCRA LEMBAH KESANG SERI MENDAPAT kami meneruskan tugasan utk projek menyi...
07/03/2026

Selesai tengahari ini menguruskan jenazah di FELCRA LEMBAH KESANG SERI MENDAPAT kami meneruskan tugasan utk projek menyiapkan pengusung@sanduk yg telah di imfakkan di kereta ke 3 kami bagi tujuan meluaskan lagi operasi kami di Melaka ini.

Terima kasih juga kepada otai kami Tn Razak and the geng bagi membantu menyiapkan tugasan tersebut. Terima kasih kepada semua Dermawan@penyumbang yang sentiasa follow dan bersama kami di FB (PERSATUAN KEMANUSIAAN TANGGA BATU@PeKeTB)

Alhamdulillah pagi ini 07/08/2026 sabtu terima panggilan dari waris diatas kematian keluarga tersayang, jenazah seorang ...
07/03/2026

Alhamdulillah pagi ini 07/08/2026 sabtu terima panggilan dari waris diatas kematian keluarga tersayang, jenazah seorang perempuan Almarhumah Katijah Binti Ahmat 84 th yang telah kembali kerahmatullah di Taman Rambai Utama dgn menggunakan Kenderaan Jenazah PERSATUAN KEMANUSIAAN TANGGA BATU@PeKeTB utk dibawa ke MADRASAH AL AMIN TMN RAMBAI UTAMA bagi tujuan mandi dan kafan.

Setelah solat jenazah arwah terus di bawa ke MASJID AL MUKMINUN Felcra Lembah Kesang Seri Mendapat utk di solatkan sekali lagi dan terus ke Tanah Perkuburan.Semoga roh arwah ditempat kan dikalangan orang-orang yang beriman juga tergolong dikalangan orang-orang yang membuat kebaikan disisi allah swt...aamiin

Alhamdulillah...allah swt permudahkan urusan kami pada semalam 05/03/2026 (khamis) telah membuat serah menyerah menerima...
06/03/2026

Alhamdulillah...allah swt permudahkan urusan kami pada semalam 05/03/2026 (khamis) telah membuat serah menyerah menerima pengusung@sanduk baru utk mengangkat jenazah yg telah di imfak kan oleh beberapa orang bagi tujuan tersebut di Tampin yg telah dipasangkan ke kenderaan jenazah ke 3,yang mana kenderaan ke 3 ini juga yg telah di infakkan oleh seseorang kepada kami.

Selepas selesai berurusan di Tampin kami terus konvoi 2 buah kenderaan jenazah ke Hospital Besar Melaka untuk mengambil seorang jenazah lelaki Almarhum Rosli Abdullah yang telah siap dimandi dan dikafan kan untuk di bawa ke Masjid Al Hilal Kg Pantai Rombang dan seterusnya ke tanah perkuburan Pantai Rombang dgn keadaan cuaca yg baik.

Terima kasih kepada semua yg terlibat untuk berkongsi saham peluang yang ada baik dari segi kenderaan,penaja cat,wang ringgit,pengusung jenazah,minyak injin,tenaga,idea dan lain-lain lagi.Semoga dgn izin allah swt diberikan kesihatan kepada semua dermawan juga digandakan rezeki yang ada...aamiin

Alhamdulillah...hari ini 22/02/2026 Ahad ,allah swt permudahkan segala urusan kami bagi membawa dan menguruskan seorang ...
22/02/2026

Alhamdulillah...hari ini 22/02/2026 Ahad ,allah swt permudahkan segala urusan kami bagi membawa dan menguruskan seorang jenazah perempuan Almarhumah Empah Binti Bidin (90 tahun) dgn mengguna kenderaan jenazah Percuma PERSATUAN KEMANUSIAAN TANGGA BATU@PeKeTB dari rumahnya Tmn Bukit Rambai Permai ke Masjid Al Faizin bagi tujuan mandi dan kafan dan seterusnya ketanah perkuburan Kg Setulang Daing.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org-org yg beriman juga tergolong dikalangan org-org yg membuat kebaikan disisi allah swt...aamiin

Alhamdulillah ... hari ini allah swt permudahkan urusan kami kenderaan jenazah dari PERSATUAN KEMANUSIAAN TANGGA BATU@Pe...
14/02/2026

Alhamdulillah ... hari ini allah swt permudahkan urusan kami kenderaan jenazah dari PERSATUAN KEMANUSIAAN TANGGA BATU@PeKeTB bagi membawa jenazah seorang Perempuan dari Hospital Besar Melaka ke Kg Bukit Darat. Dalam perjalanan kami juga diuji dan ada juga hikmahnya yg mana kenderaan kami terdapat kerosakan pada injin dan tiba-tiba terberhenti di tepi jalan dalam keadaan jenazah berada di dalam kenderaan tersebut.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat sekeliling seperjuangan yg membuat tugasan AMAL ....apabila di hubungi, dgn segera beberapa buah kenderaan lain sampai membantu utk membuat pemindahan jenazah ke kenderaan jenazah yg lain bagi menyambung menguruskan penghantaran ke destinasi yg hendak dituju.Terima kasih kepada sahabat kami Tn Rahmat pemilik kenderaan jenazah dari Ayer Molek dan sahabatnya yg telah meneruskan perjalanan sehingga selesai pengebumian.

Ada juga diantara pengguna jalan raya kakak dan anaknya tak di sangka bersimpati singgah berhenti memberikan sumbangan ikhlas wang ringgit utk kami apabila berehat nanti membeli makan dan minum. Kami mendoakan dgn izin allah swt diberikan gandaan rezeki yg ada kepada penyumbang tersebut juga kepada Tuan Zul yg telah memberi kan khidmat Towing percuma utk membawa ANAK GAJAH kami ke bengkel kawasan kami. Buat masa ini ANAK GAJAH kami direhatkan sementara utk baik pulih.

Berkhidmat Bantu Selagi Mampu
Sedia Berkhidmat
Manafaat Untuk Orang Lain

Alhamdulillah...dgn kebesaran allah memberi petunjuk kepada saya sebelum bergerak ke Hospital mengambil jenazah seperti ...
28/12/2025

Alhamdulillah...dgn kebesaran allah memberi petunjuk kepada saya sebelum bergerak ke Hospital mengambil jenazah seperti yang dijanjikan kepada waris utk membawa Almarhum Mantan Imam Tn Hj Abdullah Bin Mohamad ... sebelum tu dgn izin allah swt. diberi petunjuk dgn gerak hati sebelum bergerak lebih jauh seolah ada perkara akan berlaku ...

Semasa start enjin Anak Gajah dirumah... tiba-tiba kelihatan asap di dalam bonet. Allah swt. menggerakkan hati dan bertindak pantas segera mematikan enjin dan membuka bonet berlaku kebakaran api pada kotak main fius,terpaksa bertindak ikhtiar diluar jangkaan.

Buat masa ni dan beberapa hari ... Anak Gajah yg banyak jasa ini terpaksa direhatkan sementara utk dibaik pulih. Terima kasih kepada YDP KELAB MPV NAZARIA RIA FAMILY (TUAN DB) yang perihatin terhadap ahli-ahli KELAB NAZARIA dan juga penyumbang dari pengusaha kedai spare part NazaRia batu pahat telah mengimfakkan kotak main fius ( telah OTW) bagi menggantikan yg terbakar.Semoga dgn izin allah swt kami mendoakan agar digandakan rezeki yg ada...

Terima kasih juga kepada sahabat RF TN RAHMAT dan krewnya pemilik kenderaan Jenazah MPV NAZARIA yg seperjuangan telah mengambil tanggung jawab yg diamanahkan utk meneruskan membawa jenazah Almarhum Mantan Imam Tn Hj Abdullah Mohamad dari HOSPITAL BESAR MELAKA ke kediaman warisnya dan seterusnya ke Masjid Ibadur Rahman utk pengurusan jenazah hingga ketanah perkuburan Tangga Batu.

Alhamdulillah...hari ini Sabtu 13/12/2025 dgn izin allah swt. dipermudahkan segala urusan kami PERSATUAN KEMANUSIAAN TAN...
13/12/2025

Alhamdulillah...hari ini Sabtu 13/12/2025 dgn izin allah swt. dipermudahkan segala urusan kami PERSATUAN KEMANUSIAAN TANGGA BATU@PeKeTB utk membawa Jenazah seorang perempuan Almarhumah Norsiah Binti Keling 59 th yg telah kembali kerahmatullah di Hospital Melaka utk dibawa ke rumah arwah Tmn Angkasa Nuri Durian Tunggal dan seterusnya ke SURAU AL BARAKAH bagi tujuan mandi, kafan dan disolatkan selepas solat zohor.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Sg Putat.Semoga roh almarhumah Norsiah ditempatkan dikalangan org-org yg beriman juga tergolong dikalangan org-org yg membuat kebaikan disisi allah swt... Al Fatihah

Alhamdulillah...08/12/2025 Isnin, selesai tugas yg diamanahkan bagi memudahkan urusan waris menguruskan jenazah seorang ...
09/12/2025

Alhamdulillah...08/12/2025 Isnin, selesai tugas yg diamanahkan bagi memudahkan urusan waris menguruskan jenazah seorang lelaki Almarhum Mohd Farid Bin Idris 28 tahun di Hospital Alor Gajah akibat kemalangan jalan raya awal pagi dan selesai bedah siasat jenazah dibawa dgn menggunakan kenderaan jenazah percuma dari PERSATUAN KEMANUSIAAN TANGGA BATU@PeKeTB ke kg isterinya Pantai Puteri.

Jenazah di solatkan di Masjid At Taqwa dan seterusnya ketanah perkuburan Kg Bukit Darat dgn cuaca yg sangat baik.Semoga arwah ditempatkan dikalangan para syahadah disisi allah swt ...aamiin

Alhamdulillah...hari ini Ahad 07/12/2025  segalanya dipermudahkan allah swt bagi menguruskan jenazah seorang lelaki Alma...
07/12/2025

Alhamdulillah...hari ini Ahad 07/12/2025 segalanya dipermudahkan allah swt bagi menguruskan jenazah seorang lelaki Almarhum HAZRUL NIZAM BIN MUHAMMAD SHAH 41 tahun anak kepada salah seorang ahli PVATM @ SERIKANDI CAW. TANGGA BATU ...dari Hospital Besar Melaka di bawa ke Surau Taman Rambai Jaya bagi urusan solat jenazah dan terus ke Tanah Perkuburan Kg Setulang Daing Bukit Rambai.

Kepada yg mengenali nya sama-sama kita mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan para syahadah...

Sempat lagi jam 6:30 petang menghulurkan bantuan penghantaran katil laras dgn kerjasama yg turut hadir Tn.Yusri Rojan (KC PVATM CAW TANGGA BATU) Tn. Rahiman Abu Hassan (PENGARAH ARiF MELAKA) dan lain-lain lagi utk kegunaan segera ahli PVATM Caw Tangga Batu Tn Hj Dahalal di Kg Bukit Darat yg baru keluar dari Hospital Melaka. Semoga Tn Hj Dahalal diberikan kesihatan yg beransur lebih baik...aamiin

Alhamdulillah pagi ini Ahad 16/11/2025 ...selesai tanggung jawab bagi menguruskan seorang jenazah perempuan ALMARHUMAH J...
16/11/2025

Alhamdulillah pagi ini Ahad 16/11/2025 ...selesai tanggung jawab bagi menguruskan seorang jenazah perempuan ALMARHUMAH JARIAH BINTI CHE MAT 75 TAHUN dari (KG BUKIT DARAT) iaitu isteri kepada ahli PVATM CAW TANGGA BATU ... SJN (B) LATIF ABD RAHMAN dgn menggunakan kenderaan jenazah percuma (PERSATUAN KEMANUSIAAN TANGGA BATU@PeKeTB) dgn cuaca yg baik.

Turut hadir bersama (PENGARAH ARiF MELAKA), PENGERUSI PeKeTB,TN. YUSRI ROJAN (KC PVATM CAW. TANGGA BATU) bersama barisan AJK dan juga turut hadir TN. HAIRUDIN (PENGERUSI PERSATUAN VETEREN REJEMEN SEMBOYAN DIRAJA CAW. MELAKA)

Sama-sama kita mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan para solihin dan di golongan org-org yg membuat kebaikan disisi allah swt... aamiin

Alhamdulillah...selesai tugasan Progam santuni masyarakat bersama YB TN. HJ.ADLY ZAHARI (TIMB MENTERI PERTAHANAN) di Mas...
02/11/2025

Alhamdulillah...selesai tugasan Progam santuni masyarakat bersama YB TN. HJ.ADLY ZAHARI (TIMB MENTERI PERTAHANAN) di Masjid Raudhatul Jannah Bukit Katil kami terus ke HOSPIAL BESAR MELAKA dgn menggunakan Perkhidmatan kenderaan jenazah PERSATUAN KEMANUSIAAN TANGGA BATU@PeKeTB trip kedua...utk menguruskan jenazah seorang lagi lelaki ALMARHUMAH MOHD TAHIR BIN BUJAL 65 TAHUN utk di bawa ke MASJID AL HILAL Kg Pantai Rombang dan dikebumikan selepas solat Asar.

Salam takziah buat Tuan Izuan,Tuan Ahmad Bujal dan lain-lain lagi serta ahli keluarga....segalanya berjalan lancar dan agar dgn izin allah swt almarhum ditempatkan dikalangan org-org yg membuat kebaikan disisi allah swt....aamiin

Al fatihah..... alhamdulillah hari ini 30/10/2025 Khamis,dgn izin allah swt cuaca yg baik selesai tugasan sukarelawan PE...
30/10/2025

Al fatihah..... alhamdulillah hari ini 30/10/2025 Khamis,dgn izin allah swt cuaca yg baik selesai tugasan sukarelawan PERSATUAN KEMANUSIAAN TANGGA BATU@PeKeTB Tn Hj Din dan sdr Hazwan membawa jenazah almarhum adik FARABI AZAHAR BIN DAHLAN (Umur lingkungan 36 tahun) yg telah kembali kerahmatullah di Hospital Besar Melaka pada hari ini.

Jenazah telah di solatkan di Masjid Hilal Pantai Rombang selepas solat asar dan selamat dikebumikan dgn keadaan cuaca yg baik. Semoga roh almarhum ditempatkan dikalangan org-org yg membuat kebaikan disisi allah swt...aamiin

Address

Tangga Batu
Kampong Pantai Kundor

Telephone

+60166979110

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kemanusiaan Tangga Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kemanusiaan Tangga Batu:

Share