11/12/2025
Bayangkan seorang pesakit, kita panggil saja Amir. Dari luar, orang cuma nampak โperangai pelikโ. Kalau tengok dekat, barulah nampak betapa teruknya gejala yang dia tanggung setiap hari.
Pada mulanya Amir cuma nampak lebih diam daripada biasa.
Balik kerja, dia terus masuk bilik. Tak lagi lepak dengan adik beradik depan TV. Telefon kawan pun dia jarang jawab. Mak ingat mungkin dia stres kerja. Tapi makin lama, dia berhenti pergi kerja, alasannya โorang ofis tak s**a akuโ walaupun majikan kata prestasi dia okey.
Lepas itu, mula muncul halusinasi.
Amir cerita dia dengar suara memaki dan mengarah. Kadang suara itu suruh dia jangan makan, kononnya makanan sudah diracun. Dia nampak bayang orang berdiri di pintu bilik, sedangkan keluarga lain tak nampak apa-apa.
Malam-malam dia bercakap seorang diri, marah pada โmerekaโ yang tak wujud pada mata orang lain.
Dalam masa yang sama, delusi Amir semakin kuat.
Dia yakin jiran pasang kamera dalam rumah dan sedang mengintip setiap pergerakan dia. Setiap bunyi motor lalu, dia rasa itu orang yang datang untuk tangkap dia.
Bila keluarga cuba yakinkan bahawa itu tak benar, Amir marah dan rasa mereka berpakat untuk jatuhkan dia. Kepercayaan ini nampak mustahil pada orang biasa, tetapi pada Amir, semuanya terasa sangat nyata dan menakutkan.
Perlahan, gejala lain ikut muncul.
Amir kurang mandi, pakai baju yang sama berhari hari, rambut kusut, bilik bersepah. Muka jadi kosong, jarang senyum, s**ar tunjuk riak gembira atau sedih.
Bila dia bercakap, ayatnya melompat dari satu topik ke topik lain, sampai mak sendiri tak faham apa yang cuba disampaikan.
Keluarga nampak hanya โanak yang berubahโ, tetapi di sebalik semua itu, sebenarnya otak Amir sedang sakit.
Dia bukan malas, bukan manja, bukan mencari perhatian. Dia sedang bergelut dengan gejala schizophrenia yang mengganggu cara dia berfikir, merasa dan melihat dunia sekeliling.
Gejala pesakit schizophrenia biasanya campuran daripada perkara seperti:
โข Dengar suara yang orang lain tak dengar
โข Nampak bayang atau figur yang orang lain tak nampak
โข Kepercayaan pelik yang tidak selari dengan realiti (delusi)
โข Menjauh daripada keluarga dan kawan
โข Kurang jaga kebersihan diri dan rumah
โข Muka kosong, emosi tumpul, bercakap tidak teratur
Inilah sebabnya penyakit ini sangat serius. Tanpa rawatan, pesakit boleh hilang kerja, hilang hubungan, malah hilang rasa percaya pada semua orang termasuk diri sendiri.
Dengan rawatan psikiatri, ubat yang sesuai, pemantauan dan sokongan keluarga, ramai pesakit seperti Amir boleh kembali lebih stabil dan bina semula hidup mereka โค๏ธ