26/09/2023
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM BANTUAN PUSAT KHIDMAT KEBAJIKAN ABGMANJOI SEPANJANG SEPTEMBER SEHINGGA DISEMBER 2023
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami daripada PERTUBUHAN KEBAJIKAN MINDA ABGMANJOI selepas ini dipanggil pertubuhan melalui PUSAT KHIDMAT KEBAJIKAN ABGMANJOI ingin menjemput tuan turut serta bersama pertubuhan untuk menjayakan Program Bantuan Pusat Khidmat Kebajikan Abgmanjoi Sepanjang September Sehingga Disember 2023. Bagi menjayakan program ini pertubuhan ingin menjemput mana-nama syarikat atau orang perseorangan untuk turut serta memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai atau barangan yang berkaitan dengan program yang dianjurkan oleh pertubuhan seperti berikut :-
PORGRAM BANTUAN:
1. MAKANAN ASAS:
Beras 10kg, Gula, Tepung, Bihun, Milo, Teh, kopi, Susu, Minyak Masak 5kg, Garam, Kicap, Sos Cili, Biskut, Bakul.
100 Bakul Makanan Setiap Bulan
RM300 X100 Penerima = RM30,000.00
2. KEPERLUAN ANAK YATIM. (BARU):
Pakaian sekolah dan sukan, peralatan bantuan pembelajaran, makanan tambahan, wang saku dan lain-lain.
100 Anak Yatim Setiap Bulan
RM100 X 100 Penerima = RM10,000.00
3. KEPERLUAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK ASNAF (BARU) :
Pakaian sekolah dan sukan, peralatan bantuan pembelajaran, makanan tambahan, wang saku dan lain-lain.
100 Anak Yatim / Bulan
RM100 X 100 Penerima = RM10,000.00
4. KEPRIHATINAN KESIHATAN:
Hospital 3 Fungsi, Tilam Pelampung, Tong Gas Oksigen, Kerusi Roda, Mesin Penyedut Kahak, Mesin Bacaan Tekanan Darah, Mesin Bacaan Gula, 10 unit katil hospital, kerusi roda, 10 tong gas oksigen dan lain-lain.
Anggaran Kos RM50,000.00
5. PENGURUSAN RUMAH KEBAJIKAN (BARU):
Sewaan Rumah, Keperluan Makanan Asas, Katil Hospital 3 Fungsi, Tilam Pelampung, Tong Gas Oksigen, Kerusi Roda, Mesin Bacaan Oksigen Dalam Badan, Mesin Penyedut Kahak, Mesin Bacaan Tekanan Darah, Mesin Bacaan Gula , Bag Asas Peralatan Bantuan Kecemasan dan lain-lain lagi.
Keperluan 6 orang penghuni awalan
Anggaran Kos RM20,000.00
6. PENGURUSAN JENAZAH:
Set lengkap kain kafan, upah mandi jenazah, tanah perkuburan dan Van Jenazah AMJ7799.
Keperluan 10 jenazah
RM700 X 10 Penerima = RM7,000.00
Kumpulan sasaran yang dipilih bagi program ini merupakan anak yatim, ibu tunggal, bapa tunggal, warga emas, asnaf, OKU dan orang yang memerlukan.
3. Oleh yang demikian, pertubuhan amat sukacita dan berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menyumbang sebahagian daripada jumlah kemenjadian program tersebut seperti di atas. Sumbangan dalam bentuk barangan boleh dihantar ke alamat:
PUSAT KHIDMAT KEBAJIKAN ABGMANJOI
Lot 317, Kampung Tua Batu 16,
32900 Lambor Kanan,
Perak Darul Ridzuan.
Manakala sumbangan wang tunai boleh dibuat dengan mudahnya atas nama:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MINDA ABGMANJOI
NAMA BANK : BANK KERJASAMA RAKYAT
AKAUN NO : 1-10099855-7
JENIS AKAUN : SEMASA
RUJUKAN BANK : 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 (PILIH)
4. Usaha ini diharapkan dapat menggalakkan masyarakat untuk terus memberi sokongan kepada aktiviti khidmat masyarakat di samping bersedekah, sumbangan, hadiah, infaq atau zakat.
5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Harifuddin Haris di talian 011-62696279.
Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MEMBINA MINDA GENERASI PRIHATIN”
Saya Yang Memegang Amanah
HARIFUDDIN BIN HARIS
Pengerusi
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MINDA ABGMANJOI