16/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ก (๐ฎ๐ฌ ๐๐จ๐ก) ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ (๐ฎ๐ญ ๐๐จ๐ก)
Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan mengikuti siri Jelajah Kancil di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak.
Sambutan yang diterima setakat ini sangat menggalakkan. Kehadiran di lokasi-lokasi jelajah adalah baik dengan siaran langsung yang ditonton daripada rakyat seluruh negara.
Apa yang paling menggembirakan ialah minat orang ramai untuk mendengar dan berbincang tentang idea-idea yang dibawa melalui Agenda ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐.
Minggu ini, Jelajah Kancil akan diteruskan ke Pantai Timur.
๐ Kelantan
๐
20 Jun 2026 (Sabtu), 8 malam
PCB Beach Resort, Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350, Kota Bharu
๐ Pahang
๐
21 Jun 2026 (Ahad), 8 malam
BCIC Lodge, Kompleks Dagangan Mahkota,Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan
Seperti biasa, kami akan berkongsi perkembangan terkini, menjelaskan Agenda ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dan mendengar pandangan serta maklum balas daripada rakyat.
Kami juga ingin memohon kerjasama semua yang bercadang untuk hadir supaya mendaftar lebih awal di https://bersama.org/ms/acara
Pendaftaran awal sangat membantu pihak penganjur membuat anggaran kehadiran dan menyediakan keperluan logistik. Dalam beberapa siri jelajah yang lalu, kehadiran sebenar melebihi jangkaan dan kami mahu memastikan pengalaman yang lebih selesa untuk semua yang hadir.
Kepada yang dapat hadir, kami nantikan kehadiran anda.
Kepada yang tidak dapat hadir, ikuti siaran langsung dan kongsikan kepada rakan-rakan serta keluarga di media sosial saya dan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐.
Kita jumpa di Kelantan dan Pahang.