Pertubuhan Peduli Progresif Kuantan Pahang

Call Directions

Pertubuhan Peduli Progresif Kuantan Pahang Sebuah NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan dan khidmat sosial. NGO PPP bergerak di sekitar Kuantan terutama di Parlimen Paya Besar, Pahang

MISI 211.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...PPP SANTUNI PAK RAHMAN DI KG MARHUMPada 26 Ogos yang lalu, Pertubuhan Peduli P...
30/08/2026

MISI 211.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...

PPP SANTUNI PAK RAHMAN DI KG MARHUM

Pada 26 Ogos yang lalu, Pertubuhan Peduli Progresif (PPP) telah berkunjung ke Kampung Marhum, Pekan untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada seorang insan yang telah diuji oleh Allah dengan berbagai ujian, namun berkat doa, ilmu dan sokongan beliau mampu bangkit.

Pak Rahman Bond, nama glamournya sekarang menyara keluarga dengan berniaga secara kecil-kecilan. Menelusuri pahit getir kehidupannya sudah cukup untuk kita menarik nafas lega kerana tidak diuji sedemikian rupa.

Turut serta bersama rombingan PPP ialah krew RTM yang turut serta menemuramah beliau.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati. Kami hanya menyampaikan amanah dan kepercayaan yang diberikan.







MISI 210.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...PPP BEKOLABORASI APRESIASI PUISI ISLAMPada 7 Ogos yang lalu, Pertubuhan Peduli...
30/08/2026

MISI 210.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...

PPP BEKOLABORASI APRESIASI PUISI ISLAM

Pada 7 Ogos yang lalu, Pertubuhan Peduli Progresif (PPP) telah berkolaborasi dengan SMK Padang Saujana, Jerantut untuk mengadakan Malam Apresiasi Puisi Islam bersama beberapa agensi lain termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya telah dijemput oleh pihak sekolah sebagai Pengerusi Pertubuhan Peduli Progresif untuk hadir sebagai tetamu dalam program ini. Pihak PPP telah memberikan sumbangan kewangan untuk menjayakan program tersebut, yang julung kali diadakan.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati. Kami hanya menyampaikan amanah dan kepercayaan yang diberikan.







MISI 209.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...PPP MENYANTUNI WARGA EMAS PERMATANG BADAKPada hari Ahad, 28 Jun, PPP sekali la...
29/06/2026

MISI 209.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...

PPP MENYANTUNI WARGA EMAS PERMATANG BADAK

Pada hari Ahad, 28 Jun, PPP sekali lagi turun ke medan untuk menyantuni dan menziarahi warga emas Kampung Permatang Badak, Kuantan.

Dalam ziarah ini, PPP telah menyampaikan sumbangan pek makanan kepada 4 orang penerima yang terdiri daripada warga emas yang uzur.

Sumbangan itu telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi PPP, Ustaz Alwi Muda kepada penerima.

Semoga sumbangan ini akan meringankan beban yang ditanggung oleh golongan warga emas yang uzur.

Semoga program yang diadakan ini akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati. Kami hanya menyampaikan amanah dan kepercayaan yang diberikan..







29/06/2026
MISI 208.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...PPP MENYANTUNI WARGA EMAS PANDAN 1Pada hari Sabtu, 27 Jun, PPP telah melakukan...
29/06/2026

MISI 208.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...

PPP MENYANTUNI WARGA EMAS PANDAN 1

Pada hari Sabtu, 27 Jun, PPP telah melakukan ziarah kasih kepada warga emas Kampung Pandan 1, Kuantan.

Dalam ziarah ini, PPP telah menyampaikan sumbangan pek makanan kepada 9 orang penerima yang terdiri daripada warga emas yang uzur.

Sumbangan itu telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi PPP, Ustaz Alwi Muda kepada penerima.

Semoga sumbangan ini akan meringankan beban yang ditanggung oleh golongan warga emas yang uzur.

Semoga program yang diadakan ini akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati. Kami hanya menyampaikan amanah dan kepercayaan yang diberikan..







MISI 207.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...SEMARAK SYAWAL PPP BERSAMA MASYARAKATPada tarikh 26.4.2026 (Ahad), Pertubuhan ...
26/04/2026

MISI 207.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...

SEMARAK SYAWAL PPP BERSAMA MASYARAKAT

Pada tarikh 26.4.2026 (Ahad), Pertubuhan Peduli Progresif (PPP) telah bersama masyarakat dalam Program Semarak Syawal PPP Bersama Masyarakat.

Kali ini program bersama ahli kariah Surau Al Hidayah, Bukit Kuantan. Dalam program ini diadakan bacaan marhaban, nasyid kanak-kanak dan jamuan raya. Sambutan yang diberikan oleh masyarakat sekitar sangat meriah dengan sumbangan juadah secara potluck.

Pada majlis ini disampaikan sumbangan duit raya kepada 25 orang pelajar kelas Al Quran di surau tersebut. Mereka sangat teruja menerima sumbangan tersebut. Sumbangan telah disampaikan oleh Haji Ahmad Azam Mohd Salleh, Penyelaras program PPP. Manakala Pengerusi PPP, Ustaz Alwi Muda telah menyampaikan kata aluan dalam program ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini.







MISI 206.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...PPP  MENGANJURKAN PROGRAM SUMBANGAN RAMADAN DI MASJID SULTAN AHMAD SHAH FELDA ...
18/03/2026

MISI 206.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...

PPP MENGANJURKAN PROGRAM SUMBANGAN RAMADAN DI MASJID SULTAN AHMAD SHAH FELDA BUKIT GOH.

15.3.2026 (Ahad) , Pertubuhan Peduli Progresif (PPP) telah mengadakan Program Sumbangan Ramadan Di Masjid Sultan Ahmad Shah Felda Bukit Goh dengan kerjasama Ajk Masjid, YADIM Pahang, Klinik An Nur Dan SMK Bukit Goh.

Sumbangan Ramadan disampaikan kepada seramai 37 pelajar asnaf dari SMK Bukit Goh. Sumbangan ni disampaikan oleh Tn Hj Ahmad Azam wakil PPP Dan Klinik An Nur. Seusai program serahan , diadakan Majlis iftar bersama komuniti masyarakat setempat

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini.







MISI 205.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...PPP  MENGANJURKAN PROGRAM IHYA RAMADAN DI MASJID JAMEK , KAMPUNG MELAYU SG LEM...
02/02/2026

MISI 205.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...

PPP MENGANJURKAN PROGRAM IHYA RAMADAN DI MASJID JAMEK , KAMPUNG MELAYU SG LEMBING

1.2.2026 Ahad , Pertubuhan Peduli Progresif (PPP) telah mengadakan Program Ihya Ramadan di Masjid Jamek, Kg Melayu, Sg Lembing dengan kerjasama Ajk Masjid, JPKK dan YADIM Pahang.

Program dimulakan dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ust Badrul Huzaini , kemudian selepas isyak diadakan Sumbangan Bakul Ramadan kepada seramai 10 pelajar asnaf dari SMK Sg Lembing dan 10 keluarga Asnaf Kg Melayu Sg Lembing. Sumbangan ni disampaikan oleh Ust Alwi Muda ( Pengarah YADIM ), Pengerusi Masjid Dan Ketua Kampung.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini.







MISI 204.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...PPP BEKERJASAMA MENGANJURKAN PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH  DI TANAN SERI MAHKOTA...
13/01/2026

MISI 204.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...

PPP BEKERJASAMA MENGANJURKAN PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH DI TANAN SERI MAHKOTA JAYA 1

13.1.2026 Selasa , Pertubuhan Peduli Progresif (PPP) telah bekerjasama dengan Ahli Majlis MBK Dan KRT Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11 mengadakan Program Kembali Ke Sekolah 2026 di Bilik KRT Kuantan.

Seramai 20 pelajar asnaf menerima Sumbangan baucer tunai Kembali ke Sekolah bernilai RM100. Sumbangan ini ditaja oleh Ahli Majlis Zon S iaitu Sdr Mohammad Ibrohim Mazalan. Program dimulakan dengan perasmian oleh Sdr Muhammad Ibrohim Mazalan seterusnya Penyampaian baucer.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini.







MISI 203.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...PPP BEKERJASAMA MENGANJURKAN PROGRAM KHATAN PERDANA 2025 DI MASJID KG SRI FAJA...
03/01/2026

MISI 203.. ANDA SUMBANG... KAMI AGIHKAN...

PPP BEKERJASAMA MENGANJURKAN PROGRAM KHATAN PERDANA 2025 DI MASJID KG SRI FAJAR, BATU 16

29.12.2025 Isnin , Pertubuhan Peduli Progresif (PPP) telah bekerjsama dengan Ahli Majlis MBK, Masjid & JPKK Kg Sri Fajar , Batu 16 serta Klinik Annur mengadakan Program Khatan Perdana 2025 di Masjid Kg Sri Fajar Kuantan.

Seramai 9 orang anak -anak Kg Sri Fajar telah menyertai prog ni dan ditaja oleh Ahli Majlis Zon S iaitu Sdr Mohammad Ibrohim Mazalan. Program dimulakan dengan perasmian oleh Sdr Mustaqim seterusnya anak -anak di mandikan dengan air pancutan Bomba Taman Tas .

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini.







Address

Perumahan Bukit Rangin
Kampong Kuantan
25150

Telephone

+60199349961

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Peduli Progresif Kuantan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share