Benua Hijau

Benua Hijau Benua Hijau is dedicated to environmental and social sustainability.

Aims to plant 100,000 Pokok Gelam trees over 200 acres within five years, focusing on restoring the ecosystem around Tasik Berombak.

Apa itu Selawat?Perkataan “Selawat” itu merupakan sebuah perkataan yang dibentuk dari perkataan “Solat” yang membawa mak...
05/09/2025

Apa itu Selawat?
Perkataan “Selawat” itu merupakan sebuah perkataan yang dibentuk dari perkataan “Solat” yang membawa maksud doa atau pujian. Selawat ini telah ditakrifkan sebagai “doa kesejahteraan ke atas Nabi”

Dalam Islam, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan satu ibadah dan tuntutan yang sangat penting. Ia bukan sahaja sebagai penghormatan dan penghargaan kepada junjungan besar tetapi juga sebagai satu amalan yang mendatangkan pelbagai kelebihan dan keberkatan kepada individu yang melakukannya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadis yang sahih, berselawat ke atas Nabi adalah satu bentuk doa dan penghormatan yang sangat dianjurkan oleh agama kita.

Tick-tock!🔔🔔Good news! We've extended the application date. Internship applications now close on 20 September 2025. Read...
25/08/2025

Tick-tock!🔔🔔Good news! We've extended the application date. Internship applications now close on 20 September 2025. Ready to level up your future with us?"

Tasik Berombak sememangnya memukau dengan keindahan hutan Gelamnya yang unik. 🌿Namun, tahukah anda? Di sinilah terletakn...
24/08/2025

Tasik Berombak sememangnya memukau dengan keindahan hutan Gelamnya yang unik. 🌿

Namun, tahukah anda? Di sinilah terletaknya tapak penanaman semula pokok Melaleuca berharga kami. Bukan itu sahaja, Tasik Berombak juga menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora lain yang tak kurang hebatnya.

Kami kongsikan sedikit info dan gambar yang berjaya dirakam untuk anda hayati keindahan spesies lain yang turut wujud di Tasik Berombak. Sama-sama kita hargai dan pelihara khazanah alam ini. 🌱✨

🌱 Replanting Kali ke-6: Bersama-Sama Menyemai Harapan Hijau 🌱Pada 17 Julai 2025, Benua Hijau dengan penuh komitmen telah...
18/08/2025

🌱 Replanting Kali ke-6: Bersama-Sama Menyemai Harapan Hijau 🌱

Pada 17 Julai 2025, Benua Hijau dengan penuh komitmen telah melaksanakan Program Penanaman Semula Pokok Gelam Kali ke-6 di kawasan Tasek Berombak, Setiu, Terengganu. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memulihara ekosistem hutan paya gelam.

Melalui inisiatif ini, sebanyak 3,000 anak pokok Gelam (Melaleuca cajuputi) telah berjaya ditanam dalam tempoh satu hari👏👏👏. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa kerjasama erat antara pelbagai pihak mampu menghasilkan impak positif yang besar terhadap kelestarian alam sekitar.

Penganjuran program ini mendapat sokongan penuh daripada Majlis Pengurusan Taman Negara (MPTN), serta turut dibantu oleh Ranger Komuniti yang memainkan peranan penting dalam penyelarasan kerja lapangan. Penglibatan 60 orang pelajar dari University College Bestari (UCB) p**a menambahkan lagi semangat kesukarelawan dan memperlihatkan keprihatinan generasi muda terhadap usaha pemuliharaan alam semula jadi🫱🏻‍🫲🏽.

Benua Hijau ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, rakan kolaborasi dan pihak yang terlibat atas dedikasi, kerjasama serta sokongan yang telah diberikan. Komitmen berterusan daripada semua pihak amatlah penting dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara, demi kesejahteraan masyarakat kini dan akan datang🙏.

🌿 Bersama-Sama kita hijaukan Malaysia, menyemai harapan untuk generasi masa depan. 💚

🌿 SERTAI MISI HIJAU BERSEJARAH BERSAMA KAMI!🌿Benua Hijau sedang mencari individu yang bersemangat dan komited untuk meny...
06/08/2025

🌿 SERTAI MISI HIJAU BERSEJARAH BERSAMA KAMI!🌿

Benua Hijau sedang mencari individu yang bersemangat dan komited untuk menyertai Pasukan Sekretariat Penanaman bagi Program Penanaman Terbesar Pokok Gelam (Melaleuca cajuputi) 🍃, yang akan berlangsung pada 18 September 2025 di Tasik Berombak, Setiu, Terengganu.

📚 Program akan diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records – peluang keemasan untuk anda sertai acara berimpak tinggi sambil menimba pengalaman secara langsung, terutama kepada para pelajar👩🏻‍🎓👨🏻‍🎓

✅ Elaun & penginapan disediakan
✅ Pengalaman berharga dan kerja berpasukan yang menyeronokkan

🗓️ Tempoh Sekretariat: 9 – 19 Sept 2025
📌 Tarikh tutup pendaftaran: 16 Ogos 2025 atau apabila slot penuh
📲 Imbas kod QR untuk mendaftar atau hubungi En. Syamil di 018-2966945

Mari kita membina masa depan yang hijau, bersama! 💚

A little glimpse into our preparation day before the replanting event. Firstly, we had to carefully choose the right plo...
03/08/2025

A little glimpse into our preparation day before the replanting event. Firstly, we had to carefully choose the right plot to replant. Only then could we start plotting the area. It was a crucial step, especially with the challenging weather and type of landscape, but we managed to get it done. Big claps to our amazing team for making it happen! 👏🌱

🌿 Grow with PurposeWe're now accepting applications for our September 2025 Internship Intake — open to students from all...
23/07/2025

🌿 Grow with Purpose
We're now accepting applications for our September 2025 Internship Intake — open to students from all universities in Agriculture, Biodiversity, Forestry & related fields.
📍Location: Setiu, Terengganu
💸 RM600 allowance + free accommodation
🌱 Hands-on experience in conservation & drone use!

🗓️ Apply by 20 August 2025
📧 Send your resume to:
[email protected] & cc to [email protected]

Let’s together make the future green 🌳
🔗 https://benua-hijau.org

ROMBONGAN LAWATAN DARI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) NEGERI PULAU PINANG🗓 Tarikh: 10 Julai 2025Pada 10 Julai yang ...
20/07/2025

ROMBONGAN LAWATAN DARI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) NEGERI PULAU PINANG
🗓 Tarikh: 10 Julai 2025

Pada 10 Julai yang lalu, kami berbesar hati menerima kunjungan rombongan lawatan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang ke pusat penyelidikan dan pembenihan pokok gelam kami.

Sepanjang lawatan, para tetamu berpeluang merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti transplantasi pokok gelam, serta didedahkan dengan maklumat berkaitan konservasi yang dijalankan dan proses pembenihan yang diusahakan oleh pasukan kami. Para pelawat juga diberi peluang mencuba serta melihat sendiri aroma minyak gelam yang diproses oleh pelajar praktikal kami sebagai sebahagian daripada projek latihan industri mereka.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak JPS Pulau Pinang melawat dan berkongsi pengalaman bersama kami.

11/07/2025

📍 Jom kenali lokasi Pusat Penyelidikan & Pembenihan Anak Pokok Gelam!
Nak tahu kat mana tempat menarik ni dan macam mana nak ke sana?🤷‍♀️Jom tengok video ni sampai habis!🎥

At Benua Hijau, we are committed to promoting sustainable practices through our green initiatives. Our nursery integrate...
11/07/2025

At Benua Hijau, we are committed to promoting sustainable practices through our green initiatives. Our nursery integrates the use of solar energy for lighting, fan ventilation, and even wireless charging stations. In addition, rainwater harvesting systems have been set up to support plant watering needs reducing reliance on treated water and conserving precious resources.

These efforts align with the UN Sustainable Development Goals, particularly:
🔹 SDG 6 – Clean Water and Sanitation
🔹 SDG 7 – Affordable and Clean Energy

Together, we strive towards a greener and more sustainable future. 💧🔆🌱

Address

Kampung Pangkalan Gelap
Kampong Kuala Setiu

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Benua Hijau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Benua Hijau:

Share