14/02/2026
*PROGRAM PETRONAS MEMACU KEHIDUPAN TAHUN BARU CINA 2026*
Tarikh : 13/02/2026 (Jumaat)
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Dewan Orang Ramai Mengkarak Stesen
'Program Petronas Memacu Kehidupan Tahun Baru Cina Tahun 2026' ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hajah Sabariah Binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.
Program ini turut dihadiri oleh :
Puan Norsuriani Binti Khamarludin, Penolong Pengarah Bahagian Komuniti selaku Wakil Rasmi Pengarah Kebajikan Kebajikan Masyarakat Pahang
Encik Ahmad Shazly Bin Ramli, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur
Encik Khairul Azmee Bin Bukhari, Penghulu Mukim Triang 1, Wakil Rasmi kepada Pegawai Daerah Bera
SM Abdul Samat Bin Muda , Wakil Rasmi Ketua Polis Daerah Bera
Puan Nor Zarina Yusof, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Bera
Puan Nur Aimirah Binti Zainun, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bera.
Program ini merupakan inisiatif dan tanggungjawab sosial korporat PETRONAS dengan kerjasama JKM Negeri Pahang bertujuan untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah (B40) di Daerah Bera dalam membuat persiapan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.
Dalam majlis tersebut, seramai 100 orang penerima manfaat telah dipilih untuk menerima sumbangan.