12/03/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua barisan urusetia yang telah bertungkus-lumus merancang, mengurus dan melaksanakan *Majlis Tilawah dan Hafazan al- Quran Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi ASEAN* ini dengan penuh dedikasi dan komitmen. Segala usaha, masa, tenaga serta idea yang dicurahkan oleh setiap ahli jawatankuasa amatlah dihargai dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Semoga segala penat lelah, pengorbanan masa dan usaha yang dicurahkan dalam menjayakan program ini akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. Diharapkan pengalaman dan kerjasama yang terjalin sepanjang program ini akan terus menjadi kenangan yang bermakna serta menjadi inspirasi untuk menjayakan lebih banyak program yang bermanfaat pada masa akan datang.
✨Quranic Knowledge Unites ASEAN✨
📲 MAKLUMAT LANJUT:
FB & IG: MTHQ IPT ASEAN
TikTok: .official