Khidmat Malaysia

Khidmat Malaysia Sebuah NGO; Menyelaras bantuan kecemasan bencana dalam negara (Rescue, Relief & Rehabilitation). MISI:

1.

SUMBANGAN BOLEH KLIK LINK INI

https://toyyibpay.com/sumbangan-umum-bencana


VISI:
Menjadi organisasi pengurusan (Rescue), bantuan (Relief) & pemulihan (Rehabilation) bencana & kecemasan yg terkehadapan di peringkat nasional & antarabangsa. To be a leading national and international organisation of rescue, relief and rehabilition for disaster and emergency management. Menjadi organisasi pilihan y

ang dipercayai dan diyakini di dalam pengurusan bencana dan kecemasan

2. Mewujudkan pasukan profesional dalam mengendalikan bencana dan mengurus kecemasan yang sentiasa prihatin, bersiap siaga, terkehadapan dan efektif.

3. Mewujudkan gerak kerja yang cekap, mahir dan berkesan dalam pengurusan sumber manusia, aset, maklumat dan kewangan.

4.Membawa kesejahteraan kepada umat sejagat.

ZIARAH KASIH & BANTUAN BUAT KELUARGA ENCIK BUKHORISatu lawatan kebajikan telah diadakan ke kediaman Bukhori Mohd Ali bag...
04/06/2026

ZIARAH KASIH & BANTUAN BUAT KELUARGA ENCIK BUKHORI

Satu lawatan kebajikan telah diadakan ke kediaman Bukhori Mohd Ali bagi menyantuni keluarganya yang sedang menghadapi pelbagai ujian.

Antara anak-anak beliau, seorang sedang menjalani rawatan fisioterapi akibat patah tulang paha, manakala seorang lagi bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak di Kolej Teknologi Darulnaim.

Kediaman keluarga ini juga uzur, di mana kerja-kerja pembaikan bumbung terbengkalai akibat kekangan kewangan.

ADUN Gurun, Baddrol Bakhtiar turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan bagi meringankan beban mereka.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Gurun komited membantu meneruskan kerja-kerja baik pulih rumah agar mereka mendapat tempat tinggal yang selesa dan selamat.

Semoga anak beliau yang sakit segera sembuh, urusan pengajian dipermudahkan serta keluarga ini sentiasa dilimpahi rezeki dan kekuatan.

โ€œKedah Sejahtera Nikmat Untuk Semuaโ€

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

๐ƒ๐”๐€ ๐†๐„๐Œ๐๐€ ๐๐”๐Œ๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐€๐‡ ๐†๐„๐†๐€๐‘๐Š๐€๐ ๐‘๐€๐๐€๐”, ๐Œ๐€๐Œ๐๐Ž๐๐† ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐„๐Œ๐๐Ž๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐€๐Œ - ๐Œ๐„๐“๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€Dua kejadian gempa bumi lemah bermagnitute...
04/06/2026

๐ƒ๐”๐€ ๐†๐„๐Œ๐๐€ ๐๐”๐Œ๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐€๐‡ ๐†๐„๐†๐€๐‘๐Š๐€๐ ๐‘๐€๐๐€๐”, ๐Œ๐€๐Œ๐๐Ž๐๐† ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐„๐Œ๐๐Ž๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐€๐Œ - ๐Œ๐„๐“๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Dua kejadian gempa bumi lemah bermagnitute 9 menggegar Ranau, Sabah dan Mambong, Sarawak dalam tempoh 12 jam pada Selasa (2 Jun) lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata gempa di Ranau dikesan berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) pada 10.36 pagi.

Beliau berkata pusat gempa itu dikesan di latitud 6.07ยฐ utara dan longitud 116.58ยฐ timur.

04/06/2026

Tiga suspek terlibat kes samun di Ipoh, Pulau Pinang dikenal pasti

IPOH, PERAK - Polis telah mengenal pasti tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Taman Klebang Ria, Chemor, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada pemilik kedai runcit terbabit.

Beliau berkata, kesemua lelaki itu turut dipercayai terlibat dalam jenayah sama di sebuah kedai serbaneka di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

"Dalam kejadian tersebut (di kedai runcit), tiga lelaki tempatan telah memasuki premis berkenaan dengan membawa parang sebelum melarikan wang tunai serta beberapa barangan milik mangsa wanita yang berumur lingkungan 20 tahun,โ€ katanya dalam kenyataan.

Muhammad Najib berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kejadian itu turut tular menerusi media sosial.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar dilaporkan berkata, pihaknya sedang mengesan suspek yang menyerang seorang lelaki dengan parang dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Taman Bistari, Ahad lepas.

Beliau berkata, suspek melarikan wang tunai, beberapa kotak rokok dan satu beg silang dengan kerugian dianggarkan RM500, manakala mangsa lelaki berusia 27 tahun yang cedera di kepala dan kedua-dua tangan dirawat di Hospital Sungai Bakap sebelum dirujuk ke Hospital Sunway Pulau Pinang serta dilaporkan stabil.

Sinar Harian

04/06/2026

LEBIH 100 RUMAH DISANTUNI DI KOTA SIPUTEH

Agihan daging korban sempena Aidiladha telah dilaksanakan di DUN Kota Siputeh dengan penyediaan sebanyak 170 kotak daging hasil daripada dua ekor lembu korban sumbangan Kerajaan Negeri Kedah.

Penyampaian dilakukan secara terus dari rumah ke rumah, di mana lebih 100 buah rumah warga asnaf dan golongan memerlukan berjaya disantuni dalam masa sehari.

Pendekatan turun padang ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, malah menjadi ruang mengeratkan silaturahim, bertanya khabar dan mendengar sendiri luahan hati rakyat.

Semoga ibadah ini menjadi keberkatan, dan semangat keprihatinan Aidiladha terus mengukuhkan rasa saling bantu-membantu dalam masyarakat.

โ€œKedah Sejahtera Nikmat Untuk Semuaโ€



ADUN BUKIT PINANG TURUN SANTUNI MANGSA RIBUTSatu lawatan kebajikan telah diadakan oleh ADUN Bukit Pinang, Datoโ€™ Romani W...
03/06/2026

ADUN BUKIT PINANG TURUN SANTUNI MANGSA RIBUT

Satu lawatan kebajikan telah diadakan oleh ADUN Bukit Pinang, Datoโ€™ Romani Wan Salin bagi menyantuni seorang anak muda yang terjejas akibat ribut kencang baru-baru ini.

Kediaman beliau sebenarnya belum siap sepenuhnya, malah terjejas lagi apabila dilanda ribut kencang baru-baru ini.

Datoโ€™ Romani hadir menyampaikan sumbangan dan mengharapkan bantuan itu sedikit sebanyak meringankan beban mangsa.

Kita percaya pasti ada hikmah terbaik di sebalik setiap kejadian buat beliau sekeluarga.

โ€œKedah Sejahtera Nikmat Untuk Semuaโ€

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

03/06/2026

ZIARAH KEBAJIKAN BERSAMA MKK KAMPUNG MERBOK

Satu sesi ziarah kebajikan telah diadakan bersama pihak MKK Kampung Merbok bagi menyantuni penduduk yang memerlukan.

ADUN Tanjung Dawai, Ustaz Hanif Ghazali berkata, ziarah itu bagi mengeratkan hubungan silaturahim, di samping menyampaikan bantuan dan semangat buat mereka yang sedang diuji.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan segala urusan dipermudahkan.

Mari kita mendoakan agar semua yang terlibat dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan mengharungi dugaan.

โ€œKedah Sejahtera Nikmat Untuk Semuaโ€

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

ZIARAH DUA WARGA EMAS DIUJI DENGAN KESIHATAN Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat Perpaduan, ...
03/06/2026

ZIARAH DUA WARGA EMAS DIUJI DENGAN KESIHATAN

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat Perpaduan, Datoโ€™ Halimaton Shaadiah Saad berkesempatan menziarahi mak saudara sebelah suami iaitu Mak Ndak Mihah dan Mak Njang Sirah.

Mereka merupakan warga emas yang diuji dengan kesihatan yang kurang memuaskan akibat faktor umur dan ada pelbagai jenis penyakit yang dialami mereka.

Halimaton turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai sebagai tanda sokongan serta keprihatinan kepada mereka dan keluarga.

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung serta memberi sedikit keceriaan dan semangat buat mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฒ๐—ณ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—”๐˜€๐—ป๐—ฎ๐—ณ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜, ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐˜‚KOTA KINABALU โ€” Sabah Relief terus memperluaskan m...
03/06/2026

๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฒ๐—ณ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—”๐˜€๐—ป๐—ฎ๐—ณ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜, ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐˜‚

KOTA KINABALU โ€” Sabah Relief terus memperluaskan manfaat Kempen Daging4Asnaf dengan melaksanakan agihan sumbangan daging kepada 20 keluarga asnaf di Taman Keramat, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Baca berita lanjut di:

Melalui Kempen Daging4Asnaf, orang ramai diberi peluang untuk menyumbang bagi membolehkan sumbangan daging diagihkan kepada keluarga asnaf

Senarai pendaki-pendaki yang bernasib baik atau sebaliknya
02/06/2026

Senarai pendaki-pendaki yang bernasib baik atau sebaliknya

Address

318A Jalan RAJA LAUT, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Kampong Gombak
50350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khidmat Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share