MPKK Sungai Chinchin

Directions Contact the organization

MPKK Sungai Chinchin Ikuti laman Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Chinchin untuk info & hebahan terkini.

21 OKTOBER 2026 | RABUMAJLIS JAMUAN TEH DIRAJA BERSAMA RAKYAT (SIRI II) SEMPENA JUBLI PERAK DYMM SULTAN SELANGORDYMM Sul...
01/11/2026

21 OKTOBER 2026 | RABU

MAJLIS JAMUAN TEH DIRAJA BERSAMA RAKYAT (SIRI II) SEMPENA JUBLI PERAK DYMM SULTAN SELANGOR

DYMM Sultan Selangor diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat (Siri II) sempena Sambutan Jubli Perak DYMM Sultan Selangor yang berlangsung di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Klang.

Majlis yang penuh bermakna ini turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) serta ketua-ketua jabatan Negeri Selangor.

Pegawai Daerah Gombak turut hadir bersama Ketua-ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis, Nazir dan AJK Masjid serta Pimpinan setempat masyarakat dari Daerah Gombak.

Keberangkatan Duli-Duli Tuanku mencerminkan keprihatinan dan kemesraan Institusi Diraja terhadap rakyat jelata. Majlis ini turut menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Institusi Diraja dengan rakyat berbilang kaum, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat di Negeri Selangor.

Semoga Sambutan Jubli Perak ini terus menjadi lambang kedaulatan, perpaduan dan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan.

Daulat Tuanku!


24-25 Oktober 2026Program Bina Insan - Foundation of Faith (Anak-anak 7-15 Tahun) di Dewan JPKK dan Masjid Sg.Chinchin. ...
01/11/2026

24-25 Oktober 2026
Program Bina Insan - Foundation of Faith (Anak-anak 7-15 Tahun) di Dewan JPKK dan Masjid Sg.Chinchin. Anjuran bersama Usul Al Din and Comparative Religion Society IIUM Gombak.

50 perserta bersama dalam program ini.

Terima kasih semua Pengarah Program dan AJK yang terlibat.

Semoga Libat Urus antara Kampung Sungai Chinchin dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berterusan untuk melahirkan Insan yang bertaqwa dan berintegriti dimasa hadapan. Anak-anak kita penyambung generasi yang akan menggantikan kita dimasa hadapan.

Kepada Allah jua kita harapkan bantuan..Aamiin.

27 September 2026 Ahad, Berlangsung pagi tadi Gotong Royong Kebersihan Saliran dan Alam Sekitar.Musim hujan hujung tahun...
27/09/2026

27 September 2026 Ahad, Berlangsung pagi tadi Gotong Royong Kebersihan Saliran dan Alam Sekitar.

Musim hujan hujung tahun akan bermula, persediaan kebersihan saliran menjadi keutamaan di Jalan Utama kampung serta kebersihan jalan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Gotong Royong, Program dirasmikan oleh Ahli Majlis JKP Zon 2 MPS, Tn.Megat Mohd Fadhli bin Zakaria.

Semoga usaha ini akan mengurangkan limpahan air yang menghalang pergerakan rutin harian penduduk ketika hujan lebat.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2026
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2026

31/08/2026
25 Ogos 2026 Selasa - Jam 7.00.pagi - 12 Tgahari Sambutan MaulidurRasul Peringkat Daerah Gombak di Masjid AsSyakirin Bat...
25/08/2026

25 Ogos 2026 Selasa - Jam 7.00.pagi - 12 Tgahari Sambutan MaulidurRasul Peringkat Daerah Gombak di Masjid AsSyakirin Batu 6 Gombak.

Pihak Warga Sg.Chinchin menghantar wakil Perarakan antara aktiviti yang diadakan. Terima kasih kepada AJK yang berusaha menyediakan pasukan perarakan. Warga Sungai Chinchin memperolehi tempat kedua (Naib Johan) Katogeri NGO/Jabatan. Tahniah !

Terima kasih semua pihak atas penganjuran, PAID Gombak, PDT Gombak, Masjid Asyakirin dan lain- lain

Semoga dengan amalan berselawat yang ditingkatkan sebagai tanda cinta kepada Baginda Rasul.

Terima kasih.

Program Sambutan Kemerdekaan berlangsung petang tadi dengan Edaran dan Pemasangan Bendera Malaysia sekitar laluan masuk ...
23/08/2026

Program Sambutan Kemerdekaan berlangsung petang tadi dengan Edaran dan Pemasangan Bendera Malaysia sekitar laluan masuk kampung.

Perasmian Majlis oleh Tuan Megat Mohd Fadhli Zakaria selaku Ahli Majlis JKP Zon 2 Majlis Perbandaran Selayang (MPS), turut hadir Nazir Masjid Sg.Chinchin, Ketua-ketua Zon Pinggiran serta penduduk.

Akhir program ziarah kasih penduduk yang diuji kesihatan, Didoakan semoga bersabar dan cepat sembuh.

Terima kasih semua atas usaha dalam kelancaran sepanjang majlis tersebut.

Semoga Kemerdekaan mengingatkan kita pengorbanan pejuang kemerdekaan datuk nenek kita di masa lalu dan sentiasa bersyukur atas nikmat keamanan yang Allah kurniakan.

19 Julai 2026 - Ramah mesra dan Edaran Bakul Makanan bagi penduduk yang memerlukan bagi meringankan perbelanjaan harian ...
27/07/2026

19 Julai 2026 - Ramah mesra dan Edaran Bakul Makanan bagi penduduk yang memerlukan bagi meringankan perbelanjaan harian mereka.

Terima kasih Dato'Menteri Besar Selangor melalui MBI menyalurkan bantuan kotak makanan untuk penduduk. Turut hadir Penghulu Mukim Setapak, Wakil Ahli Majlis Zon 2 JKP MPS dan Ketua- ketua Kampung Mukim Setapak.

Akhir program melawat Dewan Baru JPKK dalam proses akhir pembinaan.

Semoga segala usaha baik ini sentiasa berterusan dalam menjaga kebajikan komuniti serta mendapat ganjaran disisi Allah.

Address

Batu 7 3/4
Kampong Gombak Utara
53100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK Sungai Chinchin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MPKK Sungai Chinchin:

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations


Other Community Services in Kampong Gombak Utara

Show All