Kebun Komuniti Kita Batu 9

Kebun Komuniti Kita Batu 9 kebun komuniti,teknologi hijau,melestarikan alam sekitar,agroteknologi

08/03/2026

Tahukah anda bunga kantan bukan sahaja menjadi bahan penting dalam masakan seperti laksa dan nasi ulam, malah pokoknya juga mudah ditanam di kawasan rumah jika mengetahui teknik yang betul?
Tanaman herba ini, yang dikenali secara saintifik sebagai Phaeomeria speciosa, merupakan tumbuhan tropika yang dipercayai berasal dari Malaysia dan boleh mencapai ketinggian sekitar 4 hingga 5 meter apabila matang.
Pokok kantan tumbuh subur di kawasan tanah lembap dan kaya dengan bahan organik.
Ia lebih sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai sedikit teduhan serta kelembapan yang baik.
Secara semula jadi, pokok ini sering ditemui tumbuh di kawasan tepi sungai atau kawasan yang lembap, menjadikannya tanaman yang sesuai untuk kebun rumah atau kawasan pertanian kecil.
Dari segi pembiakan, pokok kantan biasanya ditanam menggunakan rizom (ubi) atau biji benih.
Bagi memastikan pertumbuhan yang baik, jarak tanaman sekitar 1 hingga 2 meter antara pokok disarankan supaya pokok dapat berkembang secara optimum.
Pokok ini akan tumbuh secara berumpun dengan batang bulat serta daun panjang berwarna hijau.
Pokok kantan biasanya mula mengeluarkan bunga selepas kira-kira setahun tempoh penanaman.
Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti, bunga kantan perlu dipetik ketika masih belum berkembang sepenuhnya dengan memotong pada bahagian pangkal batang.
Selain digunakan dalam masakan, pokok kantan juga mempunyai pelbagai kegunaan tradisional.
Batangnya dipercayai digunakan sebagai ubat tradisional untuk masalah bengkak, manakala buahnya dikatakan boleh membantu merangsang selera makan.
Ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang keperluan penanaman, kegunaan serta cara memetik bunga kantan dengan betul?
👉 Rujuk infografik yang disediakan untuk panduan lengkap menanam kantan.

Syukur alhamdulillah, hujan membasahi bumi. Pokok-pokok dan rumput mula menghijau kembali. Yellow penda kegemaran kelulu...
19/02/2026

Syukur alhamdulillah, hujan membasahi bumi. Pokok-pokok dan rumput mula menghijau kembali.
Yellow penda kegemaran kelulut, meriah berbunga. Rebung turut memunculkan diri. Kantan merah pekat ditunggu2, semoga berjaya nanti.

Ceramah Ihya Ramadan14 Februari 2026Salam Ramadan untuk semua. Ramadan Kareem, semoga setiap amalan diterima, setiap doa...
19/02/2026

Ceramah Ihya Ramadan
14 Februari 2026

Salam Ramadan untuk semua.
Ramadan Kareem, semoga setiap amalan diterima, setiap doa dikabulkan serta semoga kita semua dipertemukan dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Kelab Kebun Komuniti Gombak Utara bersama-sama JPKK Gombak Utara, IKRAM Gombak, Ekowi dan Persatuan Alam Lestari menganjurkan program Ihya Ramadan seminggu lebih awal sebagai persediaan untuk menempuh Ramadan kali ini.


14 Februari 2026Program Ihya Ramadan Kg Gombak UtaraAnjuran bersama Kelab Kebun Komuniti Gombak Utara, JPKK Gombak Utara...
19/02/2026

14 Februari 2026
Program Ihya Ramadan Kg Gombak Utara
Anjuran bersama Kelab Kebun Komuniti Gombak Utara, JPKK Gombak Utara, IKRAM Gombak, Ekowi, dan Alam Lestari.
Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk pertandingan Mewarna, Kuiz Ramadan, Cabutan Bertuah, Pemeriksaan Kesihatan, Tilawah Al Quran, Pertandingan Menu Sihat Sahur, Jualan tamar dll.
Turut diadakan, kutipan Minyak Masak Terpakai.
Program dirasmikan oleh Tok Mohamad Fouzi Danial, Pengerusi JPKK Gombak Utara, manakala perasmian penutupan program oleh Tuan A Rahim bin Kasdi, Penyelaras DUN Gombak Setia merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.





Program Ihya Ramadan 14 Februari 2026Pertandingan Menu Sihat Sahur.Anjuran JPKK Gombak Utara, dengan kerjasama Kelab Keb...
19/02/2026

Program Ihya Ramadan 14 Februari 2026
Pertandingan Menu Sihat Sahur.
Anjuran JPKK Gombak Utara, dengan kerjasama Kelab Kebun Komuniti Gombak Utara, IKRAM Gombak, Ekowi dan Lestari Alam.





4 Jan 2026Program Gotong-royong Alhamdulillah, beberapa minggu ini KKGU berpeluang bersama dengan pelbagai peringkat umu...
06/01/2026

4 Jan 2026
Program Gotong-royong
Alhamdulillah, beberapa minggu ini KKGU berpeluang bersama dengan pelbagai peringkat umur termasuk warga emas, anak-anak, remaja dan hari ini turut serta di sini ialah siswa-siswi daripada kump**an Silva Nova, University of Cyberjaya di bawah subjek Environmental Volunteerism, kerjasama dengan Tuan Megat Mohd Fadhli, JKP Zon 1 MPS dan Tok Mohd Fouzi, JPKK GU.

Sesi gotong-royong dimulakan dengan kump**an lelaki kudah di sungai, manakala kump**an wanita di kebun. Kemudian diikuti dengan aktiviti tanaman pokok pagar untuk landskap kebun.

Seterusnya, perkongsian berkenaan alam semula jadi sebagai terapi dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar oleh En. Yusaime (NGO GRASS) dan En. Zainuddin (Pengerusi KKGU).



06/01/2026

Hujung Disember 2025, KKGU bersama warga Emas.
Awal 2026,.... 3 Jan 2026
KKGU bukan sahaja tempat berkebun tetapi juga sebagai tempat pembelajaran, tempat beriadah, tempat bersilaturahim dan juga meraikan hari ulang tahun kelahiran, Selamat hari lahir Dr. Aimilia, semoga sentiasa dalam limpahan rahmat Allah.





3 Jan 2026Program Kebun Budi: Kata & Ceritakerjasama antara ELITS IIUM kelas pensyarah Dr. Aimilia dan KKKGU.Gigih kakak...
06/01/2026

3 Jan 2026
Program Kebun Budi: Kata & Cerita
kerjasama antara ELITS IIUM kelas pensyarah Dr. Aimilia dan KKKGU.
Gigih kakak, abang IIUM dengan pelbagai peralatan digabungkan p**a dengan keindahan alam yang ada di KKGU, penyampaian ilmu lebih berkesan nampaknya. Terima kasih!



Jom, sama-sama kita bersihkan kawasan kita. Cintailah sungai kita, jangan buang sampah ke dalam sungai ya.
03/01/2026

Jom, sama-sama kita bersihkan kawasan kita.

Cintailah sungai kita, jangan buang sampah ke dalam sungai ya.

21/12/2025

Jumaat 19 Dec 2025
Program Warga Emas KKGU
Warga Emas Sehat Ceria &Bahagia

Alhamdullilah..Jumaat 19 Dec penutup Tahun 2025Program Warga emas Sehat, Cergas,& Bahagia
20/12/2025

Alhamdullilah..Jumaat 19 Dec penutup Tahun 2025
Program Warga emas Sehat, Cergas,& Bahagia

Address

Batu 9, Gombak
Kampong Gombak Utara
53100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kebun Komuniti Kita Batu 9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kebun Komuniti Kita Batu 9:

Share