01/02/2026
KENYATAAN MEDIA: TIADA RANCANGAN PEMANSUHAN AUKU, JANGAN BANGGA LAUNG REFORMASI
Pertubuhan Mahasiswa Kongres Gombak (CONGRESS GOMBAK) melahirkan kekesalan terhadap kenyataan Menteri KPT kerajaan Madani, Dr Zambry Kadir yang telah mengulangi komitmen untuk terus mempertahankan kerelevanan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Dikala seluruh warga KPT termasuk beliau sendiri berbangga dengan pengumuman reformasi pendidikan dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 (RPTM 2026-2035) yang diumumkan pada 20 Januari lepas, beliau sendiri telah mengebumikan semula kebanggaan itu dengan mengulangi komitmen untuk mempertahankan AUKU. Semua sedia maklum bahawa AUKU adalah sebuah mimpi ngeri bagi mahasiswa dan IPTA apabila akta itu diwujudkan dengan niatnya untuk menghalang kebebasan akademik dan aktivisme mahasiswa.
Baca lebih lanjut berkenai pendirian CONGRESS terhadap AUKU 1971, juga disertakan dalam bahasa inggeris.
CONGRESS GOMBAK
INTELLECTUALISM | ACTIVISM | UNIONISM