Maahad Tahfiz Darul Mafatihul 'Ilmi

Maahad Tahfiz Darul Mafatihul 'Ilmi Maahad Tahfiz Darul Mafatihul 'Ilmi ini adalah sebuah maahad tahfiz di Gerik. kami mencari dana untuk seiapkan sepenuhnya pembinaan Bangunan Maahad Tahfiz ini.

FIQAH PUASA: HUKUM DAN KELEBIHAN PUASA SYAWALFIQAH PUASABahagian 35PUASA SYAWALHUKUM & KELEBIHAN PUASA SYAWALBermula set...
19/09/2024

FIQAH PUASA: HUKUM DAN KELEBIHAN PUASA SYAWAL

FIQAH PUASA
Bahagian 35

PUASA SYAWAL

HUKUM & KELEBIHAN PUASA SYAWAL

Bermula setengah daripada puasa-puasa sunat itu ialah puasa Syawal yaitu berpuasa oleh seorang akan enam hari di dalam bulan Syawal dan puasa ini juga dikenali dengan sebutan puasa enam.

Jumhur fuqahak berjalan kepada bahawasanya hukum puasa Syawal ini adalah sunat.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

ذَهَبَ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ الْمَالِكِيَّةُ وَالشَّافِعِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ وَمُتَأَخِّرُو الْحَنَفِيَّةِ إِلَى أَنَّهُ يُسَنُّ صَوْمُ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَوَّالٍ بَعْدَ صَوْمِ رَمَضَانَ

Artinya : “Telah berjalan oleh jumhur fuqahak mazhab Maliki dan Syafie dan Hanbali dan ulamak mutaakhirin mazhab Hanafi kepada bahawasanya disunatkan puasa enam hari daripada bulan Syawal selepas berpuasa Ramadhan.”

Berkata Imam Nawawi :

يُسْتَحَبُّ لِمَنْ صَامَ رَمَضَانَ أَنْ يُتْبِعَهُ بِسِتَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ

Artinya : “Disunatkan bagi siapa yang telah berpuasa Ramadhan dia ikutkan p**a dengan berpuasa enam hari daripada bulan Syawal.” (Kitab Al-Majmu’)

Berkata oleh Syeikh Abu Bakr Ad-Dimyathi :

أي ويسن متأكدا صوم ستة أيام من شهر شوال

Artinya : “Disunatkan sebagai sunat muakkad puasa enam hari daripada bulan Syawal.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Telah diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Ansori r.a. :

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Artinya : “Sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda : Barangsiapa berpuasa akan puasa Ramadhan kemudian dia puasakan p**a akan enam hari daripada bulan Syawal nescaya adalah pahalanya seperti puasa selamanya.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah r.a. beliau berkata :

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَسِتًّا مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ السَّنَةَ كُلَّهَا

Artinya : “Aku telah mendengar akan Rasulullah solallahu alaihi wasallam bersabda : Barangsiapa berpuasa akan enam hari daripada Syawal maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadith riwayat Ahmad)

Jika seorang itu tidak berpuasa Ramadhan lalu dia melakukan puasa Syawal nescaya dia tidak mendapat kelebihan sepertimana yang tersebut pada hadith kerana disebut pada hadith orang yang berpuasa Ramadhan kemudian Syawal.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami :

أما من لم يصم رمضان ولو تعذر فهو ولو سن له صومها على الأوجه لكن لا يحصل له الثواب المذكور لترتبه في الخبر على صيام رمضان

Artinya : “Adapun barangsiapa yang tidak berpuasa Ramadhan walaupun dengan sebab uzur maka walau pun dia disunatkan juga baginya berpuasa Syawal menurut pendapat yang lebih kuat wajah namun tiada hasil baginya ganjaran yang tersebut kerana sabit pada hadith ialah urutannya atas puasa Ramadhan.” (Kitab Minhaj Al-Qawwim)

Berkata Syeikh Sulaiman Al-Jamal :

ظَاهِرُ الْخَبَرِ أَنَّ الثَّوَابَ الْمَذْكُورَ خَاصٌّ بِمَنْ صَامَ رَمَضَانَ

Artinya : “Bermula yang zahir daripada hadith ini bahawasanya ganjaran yang tersebut khusus bagi mereka yang puasa akan Ramadhan.” (Kitab Hasyiah Al-Jamal)

Maksudnya semua orang disunatkan berpuasa enam hari daripada Syawal akan tetapi hanya mereka yang berpuasa akan Ramadhan sahaja mendapat kelebihan seperti berpuasa selama setahun manakala yang tidak berpuasa Ramadhan hanya mendapat pahala berpuasa sunat sahaja.

CARA PUASA SYAWAL

Bermula niat puasa sunat Syawal itu ialah dihadirkan dalam hati oleh orang yang hendak puasa :

Aku berniat puasa sunat Syawal esok hari kerana Allah Taala.

Apabila dipuasakan oleh seorang akan enam hari daripada bulan Syawal dengan niat puasa Syawal maka sah ia samada dipuasakan berturut-turut atau berselang hari dan samada dipuasakan pada awal bulan Syawal atau pertengahannya atau penghujungnya.

Dan yang afdhal ialah dipuasakan selama enam hari berturut-turut tanpa berselang.

Berkata Imam Nawawi :

وستة من شوال وتتابعها أفضل

Artinya : “Dan sunat puasa enam hari daripada bulan Syawal dan berturutan enam hari itu adfhal.” (Kitab Minhaj At-Talibin)

Dan berturut-turut yang paling afdhal ialah dimulakan selepas hari raya kerana segera kepada beribadah.

Berkata Syeikh Abdullah Bafadhal :

وَيسن تواليها واتصالها بالعيد

Artinya : Disunatkan puasa Syawal itu berturut-turut denga bersambung ia dengan hari raya.” (Kitab Al-Muqadiimah Al-Hadhramiyah)

Dan berkata Imam Nawawi pada Kitab Raudhah At-Talibin :

وَمِنْهُ سِتَّةُ أَيَّامٍ مِنْ شَوَّالٍ، وَالْأَفْضَلُ أَنْ يَصُومَهَا مُتَتَابِعَةً مُتَّصِلَةً بِالْعِيدِ

Artinya : “Dan setengah dari puasa sunat itu ialah puasa enam hari bulan Syawal. Dan yang afdhalnya ialah seorang itu mempuasakannya berturut-turut bersambung dengan hari raya.”

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansori :

(وَاتِّصَالُهَا) بِيَوْمِ الْعِيدِ (أَفْضَلُ) مُبَادَرَةً لِلْعِبَادَةِ

Artinya : “Bersambung puasa Syawal itu dengan hari raya lebih afdhal kerana bersegera bagi ibadah.” (Kitab Manhaj Al-Thullab)

Maksudnya yang afdhal ialah dimulakan puasa Syawal itu pada 2 haribulan Syawal selepas hari raya dengan berturut-turut.

Akan tetapi harus jika dipuasakan akan puasa sunat Syawal itu secara terpisah yaitu tidak berturut-turut dan bukan dimulakan pada 2 Syawal.

Berkata Dr Mustafa Al-Khin :

والأفضل تتابعها عقب عيد الفطر مباشرة، ولكن لا يشترط، بل تحصل السنة بصيامها متفرقات

Artinya : “Dan yang afdhalnya ialah berpuasa berturut-turut mula selepas hari raya akan tetapi ia tidaklah disyaratkan bahkan berhasil sunat puasa Syawal dengan mempuasakannya secara terpisah.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

PUASA SYAWAL SEKALIKAN DENGAN PUASA QADHA

Harus hukumnya berniat qadha puasa yang wajib dan puasa sunat seperti puasa Syawal sekali gus bagi hari yang sama dan lepas daripadanya hutang puasa yang wajib dan dapat baginya ganjaran puasa sunat Syawal.

Berkata Imam As-Suyuthi :

ولو صام في يوم عرفة مثلًا قضاء أو نذرًا أو كفارة ونوى معه الصوم عن عرفة، فأفتى البارزي بالصحة والحصول عنهما.

Artinya : “ Dan jika seorang puasa qadha atau nazar atau kafarah pada hari Arafah dan dia niatkan sama puasa sunat Arafah maka telah menfatwakan olih Imam Al-Barizi dengan sahnya dan hasil dari kedua puasa tersebut.” (Kitab Al-Asbah Wa An-Nazhair)

Dan yang afdhal ialah dipuasakan secara berasingan yaitu puasa qadha pada hari yang lain dari puasa Syawal.

Jika dia mahu buat berasingan maka afdhal didulukan puasa qadha tetapi harus jika didulukan puasa sunat Syawal.

Berkata Syeikh Dr Ali Jum’ah :

نعم يجوز للمسلم أن ينوي نية صوم النافلة مع نية صوم الفرض، فيقضي ما فاته من رمضان في شهر شوال ويكتفي بكل يوم يقضيه عن صيام يوم من الست من شوال، ويحصل بذلك على الأجرين، والأكمل والأفضل أن يصوم كلًّا منهما على حدة. دار الإفتاء المصرية

Artinya : “Ya harus bagi seorang Muslim berniat puasa sunat serta niat puasa fardu. Maka dia telah menunaikan puasa yang telah luput dari Ramadhan pada bulan Syawal dan memadai dengan setiap hari yang dia tunaikan itu dari puasa satu hari dari enam hari bulan Syawal dan hasil dengan yang demikian itu olih kedua-dua ganjaran. Dan lebih sempurna dan lebih afdhal ialah dia mempuasakan setiap dari keduanya secara berasingan.” (Darul Fatwa Mesir)

HUKUM PUASA SUNAT SEBELUM QADHA PUASA WAJIB

Berkenaan hukum melakukan puasa sunat seperti puasa Syawal bagi orang yang belum melakukan puasa qadha yang wajib ada berlaku perselisihan dikalangan imam-imam mazhab.

Ulamak mazhab Hanafi mengatakan hukumnya adalah harus tanpa makruh dan ulamak mazhab Maliki dan Syafie mengatakan sebagai makruh manakala ulamak mazhab Hanbali berkata dengan haram lagi tidak sah.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

اخْتَلَفَ الْفُقَهَاءُ فِي حُكْمِ التَّطَوُّعِ بِالصَّوْمِ قَبْل قَضَاءِ رَمَضَانَ.
فَذَهَبَ الْحَنَفِيَّةُ إِلَى جَوَازِ التَّطَوُّعِ بِالصَّوْمِ قَبْل قَضَاءِ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ كَرَاهَةٍ، لِكَوْنِ الْقَضَاءِ لاَ يَجِبُ عَلَى الْفَوْرِ، قَال ابْنُ عَابِدِينَ: وَلَوْ كَانَ الْوُجُوبُ عَلَى الْفَوْرِ لَكُرِهَ؛ لأِنَّهُ يَكُونُ تَأْخِيرًا لِلْوَاجِبِ عَنْ وَقْتِهِ الضَّيِّقِ.
وَذَهَبَ الْمَالِكِيَّةُ وَالشَّافِعِيَّةُ إِلَى الْجَوَازِ مَعَ الْكَرَاهَةِ، لِمَا يَلْزَمُ مِنْ تَأْخِيرِ الْوَاجِبِ، قَال الدُّسُوقِيُّ: يُكْرَهُ التَّطَوُّعُ بِالصَّوْمِ لِمَنْ عَلَيْهِ صَوْمٌ وَاجِبٌ، كَالْمَنْذُورِ وَالْقَضَاءِ وَالْكَفَّارَةِ. سَوَاءٌ كَانَ صَوْمُ التَّطَوُّعِ الَّذِي قَدَّمَهُ عَلَى الصَّوْمِ الْوَاجِبِ غَيْرَ مُؤَكَّدٍ، أَوْ كَانَ مُؤَكَّدًا، كَعَاشُورَاءَ وَتَاسِعِ ذِي الْحِجَّةِ عَلَى الرَّاجِحِ.
وَذَهَبَ الْحَنَابِلَةُ إِلَى حُرْمَةِ التَّطَوُّعِ بِالصَّوْمِ قَبْل قَضَاءِ رَمَضَانَ، وَعَدَمِ صِحَّةِ التَّطَوُّعِ حِينَئِذٍ وَلَوِ اتَّسَعَ الْوَقْتُ لِلْقَضَاءِ، وَلاَ بُدَّ مِنْ أَنْ يَبْدَأَ بِالْفَرْضِ حَتَّى يُقْضِيَهُ

Artinya :

“Telah besalahan olih para fuqahak pada hukum puasa sunat sebelum qadha puasa Ramadhan.
Ulamak mazhab Hanafi berpendapat kepada harus puasa sunat sebelum qadha Ramadhan dengan tiada makruh kerana keadaan puasa qadha itu tidak wajib dengan disegerakan. Telah berkata Imam Ibnu Abidin : Dan kalau adalah wajib itu atas segera nescaya dimakruhkan dari kerana sungguhnya adalah melambatkan bagi yang wajib itu dari waktunya yang sempit.
Ulamak mazhab Maliki dan Syafie berpendapat kepada harus serta makruh kerana melazimkan melambatkan yang wajib.
Berkata Ad-Dusuqi : Dimakruhkan puasa sunat bagi mereka yang ada puasa wajib atasnya seperti puasa nazar dan qadha dan kafarah samada puasa sunat yang hendak dia kerjakan dulu itu sunat yang tidak muakkad atau yang muakkad seperti puasa ‘Asyura dan Tasu’a bulan Zulhijjah atas pendapat yang kuat.
Dan ulamak mazhab Hanbali berpendapat haram puasa sunat sebelum qadha Ramadhan dan ketiadaan sah puasa sunat pada ketika itu sekalipun luas waktunya bagi qadha. Dan tidak dapat tidak bahawa hendaklah memulai seorang itu dengan yang fardu sehingga dia tunaikannya.”

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

SAHIH IBNU HIBBAN: 2 PERKARA YANG BANYAK MENJADI SEBAB MASUK KE SYURGASahih Ibnu HibbanTerjemahan Hadith Dan Sedikit Ket...
19/09/2024

SAHIH IBNU HIBBAN: 2 PERKARA YANG BANYAK MENJADI SEBAB MASUK KE SYURGA

Sahih Ibnu Hibban
Terjemahan Hadith Dan Sedikit Keterangan

ذِكْرُ الْبَيَانِ بِأَنَّ مِنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ التُّقَى وَحُسْنَ الْخُلُقِ

MENERANGKAN BAHAWA SETENGAH DARI PERKARA YANG BANYAK MEMASUKKAN MANUSIA KE DALAM SYURGA IALAH TAQWA DAN BAIK AKHLAK

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata :

سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ قَالَ "تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ" قِيلَ فَمَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الفم والفرج

Artinya : “Telah ditanya akan Nabi sollallahu alaihi wasallam : Apakah perkara yang banyak memasukkan manusia akan syurga. Sabdanya : Taqwa dan baik akhlak. Ditanya lagi : Perkara apakah yang paling banyak memasukkan manusia akan neraka. Sabdanya : Dua rongga yaitu mulut dan kemaluan.”

Hadith ini ada dikeluarkan juga oleh Imam Ahmad dan At-Tirmizi dan Ibnu Majah dan Al-Baihaqi dan Al-Baghawi dan lainnya dari beberapa jalan.

KETERANGAN

Hadith ini datang pada menerangkan dua perkara yang banyak memasukkan manusia ke dalam syurga yaitu sifat taqwa dan baik akhlak.

DUA PERKARA YANG MENJADI SEBAB MASUK SYURGA

Dalam hadith ini menceritakan ketika ditanya akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam tentang perkara apakah yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga di akhirat nanti baginda menjawab :

تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ

Artinya : “Taqwa akan Allah dan berperangai dengan akhlak yang baik.”

Pada riwayat Imam Ahmad jawab Rasulullah sollallahu alaihi wasallam :

وَأَكْثَرُ مَا يَلِجُ بِهِ الْإِنْسَانُ الْجَنَّةَ: تَقْوَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَحُسْنُ الْخُلُقِ

Artinya : “Dan yang terlebih banyak sebab masuknya seorang manusia akan syurga ialah sifat taqwa akan Allah Taala dan elok budi pekerti.”

Dan adalah sebab masuk syurga orang yang ada padanya dua perkara ini ialah kerana taqwa itu mendirikan hak Allah dan akhlak mulia itu mendirikan hak makhluk Allah maka jadilah dia telah menyempurnakan kedua hak yang wajib atasnya.

Berkata Syeikh Ali Mulla Al-Qari Al-Hanafi :

أَيْ: مَا أَكْثَرُ أَسْبَابِ إِدْخَالِهِمُ الْجَنَّةَ مَعَ الْفَائِزِينَ (تَقْوَى اللَّهِ) : وَأَقَلُّهَا التَّقْوَى عَنِ الشِّرْكِ، وَأَعْلَاهَا عَنْ خُطُورِ مَا سِوَى اللَّهِ (وَحُسْنُ الْخُلُقِ) . أَيْ: مَعَ الْخَلْقِ، وَأَدْنَاهُ تَرْكُ أَذَاهُمْ، وَأَعْلَاهُ الْإِحْسَانُ إِلَى مَنْ أَسَاءَ إِلَيْهِ مِنْهُمْ

Artinya : “Bermula barang yang terlebih banyak menjadi sebab memasukkan seseorang ke dalam syurga bersama sekelian orang yang berjaya itu ialah sifat taqwa. Dan sekurang-kurang taqwa itu ialah takut dari melakukan syirik dan setinggi-tingginya ialah meninggalkan khuatir akan perkara selain Allah. Dan akhlak yang baik bersama makhluk. Dan sekurang-kurang akhlak mulia itu ialah meninggalkan dari menyakiti makhluk dan setinggi-tingginya ialah berbuat baik kepada mereka yang berbuat jahat kepadanya.” (Kitab Mirqatul Mafatih)

Dan berkata Syeikh Ar-Rahmani Al-Mubarakfuri :

قَالَ الطِّيبِيُّ قَوْلُهُ تَقْوَى اللَّهِ إِشَارَةٌ إِلَى حُسْنِ الْمُعَامَلَةِ مَعَ الْخَالِقِ بِأَنْ يَأْتِيَ جَمِيعَ مَا أَمَرَهُ بِهِ وَيَنْتَهِيَ عَنْ مَا نَهَى عَنْهُ وَحُسْنُ الْخَلْقِ إِشَارَةٌ إِلَى حُسْنِ الْمُعَامَلَةِ مَعَ الْخَلْقِ وَهَاتَانِ الْخَصْلَتَانِ مُوجِبَتَانِ لِدُخُولِ الْجَنَّةِ وَنَقِيضُهُمَا لِدُخُولِ النَّارِ

Artinya : “Telah berkata oleh Imam At-Tibi : Sabdanya taqwa akan Allah itu menunjukkan kepada elok pergaulan bersama pencipta dengan mendatangkan segala barang yang diperintah dengannya dan meninggalkan segala barang yang dilarang daripadanya. Dan baik akhlak itu menunjukkan kepada elok pergaulan bersama makhluk. Dan kedua sifat ini mewajibkan bagi masuk syurga dan menolak oleh keduanya dari masuk ke dalam neraka.” (Kitab Tuhfah Al-Ahwazi)

KELEBIHAN AKHLAK MULIA

Telah lalu sebelum ini beberapa keterangan tentang akhlak yang mulia dan kelebihannya yang dipuji syarak barang siapa yang bersifat dengannya. Dan bahawasanya kelebihan akhlak mulia itu tersangatlah banyak.

Ketahui olehmu adalah akhlak para Nabi a.s. itu ialah akhlak yang paling mulia dan diutuskan para Nabi a.s. kepada manusia itu ialah kerana menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia.

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

Artinya : “Hanya sungguhnya telah diutuskan akan diriku ini kerana menyempurnakan akhlak yang baik.” (Hadith riwayat Bukhari)

Maka setengah dari kelebihan akhlak mulia itu ialah orang yang dianggap terbaik dikalangan manusia itu ialah diukur dengan akhlaknya bukan diukur dengan dunia dan harta bendanya.

Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أخلاقا

Artinya : “Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kamu nisbah akhlak.” (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Muslim dan Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban dan Bukhari pada kitab Adab Al-Mufrad)

Dan lagi akhlak mulia itu ialah pemberian terbaik yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya.

Telah diriwayatkan daripada Usamah bin Syarik r.a. berkata :

قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَفْضَلُ مَا أُعْطِيَ الْمَرْءُ الْمُسْلِمُ قال: "حسن الخلق

Artinya : “Telah berkata orang-orang : Wahai Rasulullah apakah yang terlebih afdhal barang yang diberikan kepada seorang Islam itu? Sabdanya : Akhlak yang baik.” (Hadith riwayat At-Tabarani dan Ibnu Hibban)

Dan lagi tanda iman yang sempurna itu ialah ada padanya akhlak yang baik.

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

أَكْمَلُ المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا

Artinya : “Orang mukmin yang paling sempurna imannya itu ialah yang terlebih elok akhlak mereka itu.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Dan sungguhnya setengah daripada perkara yang memberatkan timbangan mizan pada hari akhirat ialah akhlak yang baik.

Telah diriwayatkan daripada Abi Darda’ r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

أَثْقَلُ شَيْءٍ فِي الْمِيزَانِ الْخُلُقُ الْحَسَنُ

Artinya : “Suatu yang terlebih berat pada timbangan ialah akhlak yang baik.” (Hadith riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Dan adalah yang paling dekat dengan Nabi sollallahu alaihi wasallam pada hari kiamat ialah yang paling baik akhlaknya.

Telah diriwayatkan daripada Abi Tsa’labah Al-Khusyani r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِنَّ أَحَبَّكُمْ إِلَى اللَّهِ وأقربكم مني أحسانكم أَخْلَاقًا

Artinya : “Bahawasanya yang lebih dikasih kepada Allah dan lebih hampir kamu sekelian daripada aku ialah yang terlebih elok akhlak.” (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)

PENGERTIAN DAN KELEBIHAN TAQWA

Dalam hadith ini Rasulullah sollallahu alaihi wasallam memberi suatu pesan yang sangat berharga yang menghimpunkan segala hak Allah dan segala hak hamba-Nya.

Bahawasanya hak Allah atas hamba-Nya ialah takut sekelian mereka itu kepada Allah dengan sebenar-benar takut.

Ketahui olehmu bermula taqwa itu ialah pesanan Allah bagi sekelian manusia yang awal dan yang kemudian.

Firman Allah Taala :

وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللهَ

Artinya : “Dan sungguhnya Kami telah berpesan akan orang-orang yang telah diberikan akan kitab dari kalangan mereka yang sebelum kamu dan akan kamu sekelian supaya takut akan Allah.” (An-Nisak : 131)

Dan asal makna taqwa itu ialah ialah seseorang menjadikan antara dirinya dan suatu yang dia takut dinding dan penghalang daripadanya. Maka taqwa seorang hamba bagi Tuhannya ialah dia jadikan antaranya dan antara barang yang dia takut daripada Tuhannya yaitu kemurkaan-Nya dan marah-Nya dan siksa-Nya akan satu penjagaan dari yang demikian itu yaitu perbuataan taat akan Allah dan meninggalkan daripada derhakakan-Nya.

Terkadang taqwa itu disandarkan kepada nama Allah Taala seperti firman-Nya :

وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Artinya : “Dan takutkanlah oleh kamu sekelian akan Allah yang kepada-Nya kamu sekelian akan dikembalikan.” (Al-Maidah : 96)

Dan firman Allah :

وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Artinya : “Dan takutlah oleh kamu sekelian akan Allah kerana sungguhnya Allah sangat mengetahui akan apa yang telah kamu sekelian lakukan.” (Al-Maidah)

Berkata Imam Ibnu Rajab :

فإذا أضيفت التقوى إليه سبحانه وتعالى فالمعنى: اتقوا سخطه وغضبه، وهو أعظم ما يتقى، وعن ذلك ينشأ عقابه الدنيوي والأخروي

Artinya : “Maka apabila disandarkan perkataan taqwa kepada Allah Taala maka maknanya ialah takutlah kamu sekelian akan kemurkaan Allah dan kemarahan-Nya dan yaitu sebesar-besar barang yang ditakuti dan daripada yang demikian itu terjadi siksa-Nya pada dunia dan akhirat.” (Kitab Jami’ul ‘Ulum)

Dan terkadang perkataan taqwa itu disandarkan kepada siksa Allah dan tempat siksaan-Nya seperti neraka atau disandarkan kepada masa berlakunya siksaan seperti hari kiamat sebagaimana firman Allah Taala :

وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

Artinya : “Dan takutlah oleh kamu sekelian akan neraka yang telah disediakan bagi sekelian orang kafir.” (Ali-Imran : 131)

Dan firman-Nya :

فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

Artinya : “Maka hendaklah kamu sekelian takut akan neraka yang unggunnya ialah manusia dan batu yang telah disediakan bagi sekelian orang kafir.” (Al-Baqarah : 24)

Dan contoh disandarkan perkataan taqwa kepada masa berlaku siksaan itu ialah firman Allah Taala :

وَاتَّقُوا يَوْماً تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللهِ

Artinya : “Dan takutlah oleh kamu sekelian akan hari yang dikembalikan kamu sekelian pada hari itu kepada Allah.” (Al-Baqarah : 281)

Dan firman-Nya :

وَاتَّقُوا يَوْماً لا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئا

Artinya : “Dan takutlah oleh kamu sekelian akan hari yang tidak dapat membela oleh seseorang dari seseorang suatu jua pun.” (Al-Baqarah : 48)

Bermula hakikat taqwa ialah melakukan segala kewajipan yang diwajibkan ke atasnya dan meninggalakn segala larangan yang diharamkan ke atasnya dan kesempurnaan taqwa ialah melakukan segala yang sunat dan meninggalkan segala yang makruh.

Berkata Imam Ibnu Rajab :

ويدخل في التقوى الكاملة فعلُ الواجبات، وتركُ المحرمات والشبهات، وربما دَخَلَ فيها بعد ذلك فعلُ المندوبات، وتركُ المكروهات، وهي أعلى درجات التقوى

Artinya : “Dan masuk pada taqwa yang sempurna ialah melakukan segala kewajipan dan meninggalkan segala yang haram dan syubahat dan terkadang masuk padanya selepas yang demikian itu boleh berbuat segala yang disunatkan dan meninggalkan segala yang dimakruhkan dan yaitulah setinggi-tinggi darjat taqwa.” (Kitab Jami’ul ‘Ulum)

DUA PERKARA YANG BANYAK MEMASUKKAN MANUSIA KE DALAM NERAKA

Kemudian Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menjawab persoalan apabila ditanya apakah barang yang banyak memasukkan manusia ke dalam neraka dengan sabdanya :

الْأَجْوَفَانِ الفم والفرج

Artinya : “Dua yang berongga yaitu mulut dan kemaluan.”

Manakala pada riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah r.a. adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِنَّ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ مِنَ النَّاسِ النَّارَ الْأَجْوَفَانِ

Artinya : “Bahawasanya yang terlebih banyak barang yang memasukkan akan manusia akan neraka ialah dua yang berongga.”

Dan apabila orang-orang bertanya apakah dua yang berongga itu lalu Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menjawab :

الْفَرْجُ وَالْفَمُ

Artinya : “Kemaluan dan mulut.”

Yang dimaksudkan dengan kemaluan itu ialah dosa zina dan yang dimaksudkan dengan mulut itu ialah segala dosa yang dilakukan dengan lidah dan sungguhnya dosa yang dilakukan dengan mulut itu lebih banyak memasukkan manusia ke dalam neraka daripada kemaluan kerana lebih ramai orang yang melakukan dosa dengan mulut dibandingkan dengan kemaluan dan lagi lebih mudah ia dikerjakan.

Berkata Syeikh Ibnu ‘Allan :

وذلك لأنه يصدر من الفم الكفر والغيبة والنميمة ورمي الغير في المهالك وإبطال الحق وإبداء الباطل وغير ذلك

Artinya : “Yang demikian itu kerana sungguhnya terbit daripada mulut itu ucapan kufur dan mengumpat dan adu domba dan menuduh orang lain dengan kerosakkan dan membatalkan kebenaran dan memulakan kebatilan dan lain dari yang demikian itu.” (Kitab Dalil Al-Falihin)

Dan berkata Imam Ibnu Rajab :

أَنَّ أَكْثَرَ مَا يَدْخُلُ بِهِ النَّاسُ النَّارَ النُّطْقُ بِأَلْسِنَتِهِمْ، فَإِنَّ مَعْصِيَةَ النُّطْقِ يَدْخُلُ فِيهَا الشِّرْكُ وَهِيَ أَعْظَمُ الذُّنُوبِ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَيَدْخُلُ فِيهَا الْقَوْلُ عَلَى اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ، وَهُوَ قَرِينُ الشِّرْكِ، وَيَدْخُلُ فِيهَا شَهَادَةُ الزُّورِ الَّتِي عَدَلَتِ الْإِشْرَاكَ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَيَدْخُلُ فِيهَا السِّحْرُ وَالْقَذْفُ وَغَيْرُ ذَلِكَ مِنَ الْكَبَائِرِ وَالصَّغَائِرِ؛ كَالْكَذِبِ وَالْغِيبَةِ وَالنَّمِيمَةِ، وَسَائِرِ الْمَعَاصِي الْفِعْلِيَّةِ لَا يَخْلُو غَالِبًا مِنْ قَوْلٍ يَقْتَرِنُ بِهَا يَكُونُ مُعِينًا عَلَيْهَا

Artinya : “Sungguhnya yang terlebih banyak masuk dengannya oleh manusia akan neraka ialah berkata-kata dengan lidah mereka itu kerana sungguhnya maksiat berkata-kata itu masuk di dalamnya oleh syirik dan ialah sebesar-besar segala dosa di sisi Allah Taala. Dan masuk di dalamnya oleh perkataan atas Allah dengan ketiadaan ilmu dan yaitu teman bagi syirik. Dan masuk di dalamnya oleh saksi dusta yang setimbang dengan syirik kepada Allah Taala. Dan masuk di dalamnya oleh sihir dan menuduh dusta dan selain yang demikian itu dari segala dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil seperti bohong dan mengumpat dan namimah dan sekelian maksiat yang bangsa perbuatan yang tidak sunyi pada kebiasaannya dari perkataan yang menyertai dengannya jadilah ia menolong atasnya.” (Kitab Jami’ul ‘Ulum)

Semoga Allah Taal memelihara kita semua dari maksiat dan derhaka kepada-Nya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

SYARAT-SYARAT SAH TAKBIRATULIHRAMKitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-NajahSYARAT-SYARAT SAH TAKBIRATULIHRAMS...
19/09/2024

SYARAT-SYARAT SAH TAKBIRATULIHRAM

Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah
SYARAT-SYARAT SAH TAKBIRATULIHRAM
Siri 66

Berkata Pengarang :

شُرُوْطُ تَكْبِيْرَةِ الإِحْرامِ سِتَّةَ عَشَرَ

Segala syarat sah takbiratulihram itu ada enam belas syarat.
Artinya bahawasanya disyaratkan bagi sahnya takbiratulihram itu akan segala syarat ini yang lagi akan disebut dengan sekira-kira andainya ternafi daripadanya satu syarat nescaya tidak sah solat bahkan sebahagian fuqahak menambah empat lagi syarat menjadikannya sempurna dua puluh syarat.

Dan yang menjadi asal bagi sekelian syarat ini ialah hadith yang telah diriwayatkan daripada Malik bin Huwairith r.a. adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

Artinya : “Solatlah oleh kamu sekelian sepertimana kamu sekelian telah melihat aku solat.” (Hadith riwayat Bukhari)

Maka termasuklah dalam hadith ini perintah untuk mengucapkan takbiratulihram sepertimana yang telah diucapkan oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.

Dan pada hadith riwayat Abu Hurairah r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إذَا قُمْتَ إلَى الصَّلَاةِ فَكَبِّرْ

Artinya : Apabila kamu telah berdiri kepada mengerjakan solat maka hendaklah kamu mengucapkan takbir.” (Hadith riwayat Bukhari)
Bermula makna lafaz الله أكبر (Allahu Akbar) ialah Allah lebih besar dari segala sesuatu.

Telah menyebut oleh Syeikh Ad-Damiri :

ومعنى (الله أكبر) أي: من كل شيء

Artinya : “Dan makna perkataan Allahu Akbar itu ialah Allah lebih besar dari segala sesuatu.” (Kitab An-Najm Al-Wahhaj)

Maka berkatalah pengarang menerangkan semua syarat-syaratnya yaitu :

Pertama :

أَنْ تَقَعَ حَالَةَ الْقِيَامِ فِيْ الْفَرْضِ

Bahawa jatuh takbiratulihram itu ketika qiam pada solat yang fardu.
Yaitu syarat yang pertama bagi sahnya takbiratulihram itu wajiblah diucapkan kesemua huruf takbir yakni اللَّهُ أَكْبَرُ ketika seorang itu sedang berada di dalam qiam yakni berdiri betul.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَيَجِبُ أَنْ يُكَبِّرَ قَائِمًا حَيْثُ يَلْزَمُهُ الْقِيَامُ لِظَاهِرِ الْخَبَرِ السَّابِقِ

Artinya : “Dan wajib bahawa bertakbir dalam keadaan berdiri sekira-kira wajib akan dia oleh qiam kerana zahir hadith yang lepas.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Maka jika takbir seorang itu ketika sedang berjalan ke dalam saf atau sebahagian kalimah takbir diucapkan ketika berjalan sekalipun hanya satu huruf maka takbirnya itu tidak sah.

Berkata Imam Syafie r.a. :

وَلَوْ أَبْقَى مِنْ التَّكْبِيرِ حَرْفًا أَتَى بِهِ وَهُوَ رَاكِعٌ، أَوْ مُنْحَنٍ لِلرُّكُوعِ، أَوْ غَيْرُ قَائِمٍ لَمْ يَكُنْ دَاخِلًا فِي الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ

Artinya : “Dan kalau seorang mengucapkan baki dari lafaz takbir ketika sudah rukuk atau ketika tunduk hendak rukuk atau yang selain berdiri maka tidak dikira ia masuk di dalam solat yang fardu.” (Kitab Al-Umm)
Dan yang disyaratkan takbir di dalam qiam itu hanyalah pada solat fardu sahaja kerana pada solat fardu adalah qiam itu menjadi rukun solat.
Oleh itu jika bukan pada solat fardu seperti pada segala solat sunat maka tidaklah disyaratkan takbir itu diucapkan ketika qiam kerana harus solat sunat dalam keadaan duduk sekalipun seorang itu mampu berdiri.

Dan begitu juga tidak disyaratkan takbir di dalam qiam bagi orang yang uzur atau yang solat di atas kenderaan.

Dan hendaklah diambil perhatian pada masalah orang yang datang lambat ke dalam jemaah ketika melihat imam sudah rukuk dia segera takbir dalam keadaan tunduk untuk rukuk atau sebagain takbir ketika qiam manakala sebahagian lagi ketika tunduk kepada rukuk maka takbiratulihram seperti itu tidak sah kerana tidak diucapkan ketika qiam.

Kedua :

وَ أَنْ تَكُوْن بِالْعَرَبِيَّةِ

Dan bahawa adalah takbiratulihram itu dengan bahasa arab.
Yaitu disyaratkan p**a bahawa hendaklah takbiratulihram itu dengan menggunakan lafaz bahasa arab yaitu اللَّهُ أَكْبَرُ jika orang yang solat itu mampu atas menuturkan dengannya.

Maka barangsiapa yang lemah dari menyebutnya dalam bahasa arab kerana baru memeluk Islam misalnya nescaya dia boleh terjemahkannya dalam bahasa yang dia tahu menyebutnya kemudian wajiblah dia belajar sampai dapat menyebutnya dalam bahasa arab.

Berkata Imam Nawawi :

وَمَنْ عَجَزَ تَرْجَمَ وَوَجَبَ التَّعَلُّمُ إنْ قَدَرَ

Artinya : “Dan barangsiapa lemah (dari melafazkan takbir) maka hendaklah dia terjemahkannya dan wajib dia belajar jika dia ada kemampuan.” (Kitab Minhaj At-Talibin)

Adapun jika seorang itu dapat menyebutnya dalam bahasa arab tetapi dia terjemahkan dengan selain arab nescaya tidak sah takbirnya itu.

Berkata Imam As-Syairazi :

فَإِنْ كَبَّرَ بِالْفَارِسِيَّةِ وَهُوَ يُحْسِنُ بِالْعَرَبِيَّةِ لَمْ يُجْزِئْهُ لِقَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

Artinya : “Dan jika seorang itu bertakbir dengan bahasa farsi sedangkan dia boleh bertakbir dengan bahasa arab nescaya tidak memadainya kerana sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Solatlah oleh kamu sekelian sepertimana kamu sekelian melihat aku solat.” (Kitab Al-Muhazzab)

Dan menurut pendapat yang lebih sahih jika tidak ada di negerinya orang yang dapat mengajarnya maka hendaklah dia pergi ke negeri yang ada di sana orang yang dapat mengajarnya dan belajar ia sampai dia dapat mengerjakan solat dengan betul.

Dan demikian lagi wajib dia ajar akan isteri dan anak-anaknya sampai dapat mereka itu menyebut bacaan-bacaan dalam solat dengan betul.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :

ويجب تعلمه لنفسه وطفله ومملوكه إن قدر عليه "ولو بالسفر" ببلد آخر وإن بعد

Artinya : “Dan wajib belajarnya bagi dirinya dan anaknya dan orang yang dimiliknya jika dia kuasa atasnya walaupun dengan bermusafir ke negeri lain sekalipun negeri yang jauh.” (Kitab Minhaj Al-Qawwim)

Ketiga dan Keempat :

وَأَنْ تَكُوْنَ بِلَفْظِ الْجَلاَلَةِ وَلَفْظِ أَكْبَرُ

Dan bahawa adalah takbiratulihram itu dengan lafaz الله dan أكبر .
Kemudian disyaratkan p**a hendaklah lafaz takbir itu dengan dua kalimah yaitu lafzul jalalah yakni اللَّهُ dan lafaz أَكْبَرُ kerana dengan disebut kedua lafaz ini maka jadilah ia takbir dan jika hanya menyebut الله sahaja atau أَكْبَرُ sahaja maka bukanlah ia dinamakan takbir kerana lafaz اللَّهُ sahaja adalah lafzul jalalah dan jika menyebut أَكْبَرُ sahaja maka ialah adalah isim tafdhil.

Dan dalil tidak sah solat melainkan dengan menyebut takbir yaitu اللَّهُ أَكْبَرُ ialah beberapa hadith yang sahih yang antaranya ialah hadith yang telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. beliau berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَفْتِحُ الصَّلاةَ بِالتَّكْبِيرِ

Artinya : “Adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam memulakan akan sembahyang dengan mengucap takbir.” (Hadith riwayat Imam Muslim)
Jika seorang bertakbir dengan lafaz اللَّهُ الْأَكْبَرُ dengan alif lam pada kalimah akbar maka sah ia atas pendapat mazhab tetapi sebaiknya dibaca dengan اللَّهُ أَكْبَرُ kerana sah ia dengan ijmak.

Berkata Imam Nawawi :

فَإِنْ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ انْعَقَدَتْ صَلَاتُهُ بِالْإِجْمَاعِ فَإِنْ قَالَ اللَّهُ الْأَكْبَرُ انْعَقَدَتْ عَلَى الْمَذْهَبِ الصَّحِيحِ وَبِهِ قَطَعَ الْجُمْهُورُ وَحَكَى الْقَاضِي أَبُو الطَّيِّبِ وصاحب التتمة وغيرهما قولان أَنَّهُ لَا تَنْعَقِدُ بِهِ الصَّلَاةُ وَهُوَ مَذْهَبُ مَالِكٍ وَأَحْمَدَ وَدَاوُد

Artinya : “Maka jika berkata seorang اللَّهُ أَكْبَرُ nescaya terjadi solatnya dengan ijmak. Maka jika seorang itu berkata اللَّهُ الْأَكْبَرُ maka sah solatnya atas pendapat mazhab yang sahih dan dengannya telah memutuskan oleh jumhur ulamak. Dan telah menghikayatkan oleh Al-Qadhi Abu At-Thoyyib dan tuan kitab At-Tatimmah dan lain dari keduanya akan dua pendapat sungguhnya tidak terjadi solat dengannya dan ialah pendapat Imam Malik dan Ahmad dan Daud.” (Kitab Al-Majmu’)

Dan demikian lagi tidak dinamakan takbir jika menukar lafaz اللَّهُ dengan nama-nama yang lain maka tidak sah takbir dengan lafaz Ar-Rahman Akbar atau Ar-Rahim Akbar atau Al-Malik Akbar atau seumpamanya.

Imam Syafie r.a. berkata :

وَالتَّكْبِيرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا يَكُونُ دَاخِلًا بِغَيْرِ التَّكْبِيرِ نَفْسِهِ وَلَوْ قَالَ اللَّهُ الْكَبِيرُ اللَّهُ الْعَظِيمُ، أَوْ اللَّهُ الْجَلِيلُ، أَوْ الْحَمْدُ لِلَّهِ، أَوْ سُبْحَانَ اللَّهِ، أَوْ مَا ذَكَرَ اللَّهَ بِهِ لَمْ يَكُنْ دَاخِلًا فِي الصَّلَاةِ إلَّا بِالتَّكْبِيرِ نَفْسِهِ وَهُوَ اللَّهُ أَكْبَرُ

Artinya : “Dan lafaz takbir ialah Allahu Akbar. Dan tidak adalah seorang itu masuk ke dalam solat dengan selain lafaz takbir itu sendiri. Kalu seorang itu melafazkan Allah Al-Kabir atau Allah Al-Azhim atau Allah Al-Jalil atau Alhamdu Lillah atau Subahnallah atau barang yang berzikir oleh seorang akan Allah dengannya nescaya tidaklah dia dikira masuk di dalam solat melainkan dengan lafaz takbir yaitu Allahu Akbar.” (Kitab Al-Umm)

Dan demikian lagi tidak boleh dengan menukar lafaz Akbar seperti diucapkan Allahu Kabir atau Allahu Azheem atau Allah Ghafur atau seumpamanya.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

فلا تنعقد الصلاة إلا بقول (الله أكبر)

Artinya : “Maka tidak terjadi solat kecuali dengan berkata Allahu Akbar.” (Kitab Al-Islami)

Kelima :

وَالتَّرْتِيْبُ بَيْنَ اللَّفْظَيْنِ

Dan tertib antara kedua lafaz tersebut.

Maka disyaratkan p**a hendaklah dilafazkan takbir itu dengan menyebut الله dahulu daripada أكبر. Maka jika seorang itu menyebut أكبر dahulu kemudian baru dia menyebut الله selepasnya nescaya takbirnya itu tidak sah kerana tidak dinamakannya takbir.

Keenam :

و أَنْ لاَ يَمُدَّ هَمْزَةَ الْجَلاَلَةِ

Dan bahawa tidak dipanjangkan akan huruf hamzah pada lafaz الله .
Maksudnya janganlah orang yang bertakbir itu mengucapkan huruf hamzah pada lafaz الله dengan memanjangkannya.
Maka barangsiapa bertakbir dengan memanjangkan bunyi huruf hamzahnya jadilah
آلله أكبر yang telah berubah maknanya kepada adakah Allah yang lebih besar maka takbirnya itu tidak sah.

Berkata Imam Al-Imrani As-Syafie :

وكذلك إن مد الهمزة التي في قوله: آلله لا يجزئه؛ لأنه يصير استفهامًا

Artinya : “Dan seperti demikian itu bahawasanya memanjangkan hamzah pada ucapan yang berbunyi آلله adalah tidak memadai kerana sungguhnya ia telah menjadi pertanyaan.” (Kitab Al-Bayan)

Dan berkata Syeikh Ad-Dimyathi :

قوله: كمد همزة الله هو وما بعده تمثيل لزيادة الحرف الذي يغير المعنى وذلك لأنه يصير به استفهاما

Artinya : “Katanya seperti dipanjangkan huruh hamzah pada lafaz Allah dan yang selepasnya ialah misal bagi penambahan huruf yang mengubah akan makna. Dan yang demikian itu yaitu perubahan makna dari kerana jadilah huruf hamzah dengan dipanjangkan itu sebagai pertanyaan.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Ketujuh :

وَعَدَمُ مَدِّ بَاءِ أَكْبَرُ

Dan tiada panjangkan huruf ba’ lafaz أَكْبَرُ .
Maksudnya tidak boleh diapanjangkan huruf ba’ pada lafaz أَكْبَرُ kerana jika dipanjangkannya maka akan bertukar menjadi أَكْبَارُ dan takbir dengan lafaz seperti ini adalah tidak sah.

Berkata Syeikh Muhammad Ad-Dua’ni As-Syafie :

“Kerana sungguhnya dengan memanjangkan huruf ba’ serta difatahkan huruf hamzah atau dikasrahkannya tidak berlaku dengannya solat dan zahir perkataan mereka itu di sini walaupun seorang itu jahil dengannya sepertimana telah berkata oleh Syeikh Al- As-Syubramallisi bahkan jika dia sengaja serta tahu dengan arti yang dipalingkan kepadanya oleh demikian lafaz nescaya jadi kafir kerana sungguhnya أَكْبَارُ dengan dikasrahkan hamzah itu setengah dari nama-nama darah haidh dan dengan difatahkan hamzah ialah kata jamak pada kalimah كبَرَ yaitu berarti gendang yang besar.” (Kitab Ghayah Al-Muna)

Kelapan :

وَ أَنْ لاَ يُشَدِّدَ الْبَاءَ

Dan bahawa tidak ditasydidkan huruf ba’.

Ini adalah kerana perbuatan membaca dengan tasydid pada tempat yang tiada tasydid ialah menambah satu huruf yang tidak ada maka bukan ia daripada lafaz takbir.

Dan tidak dapat ditasydidkan huruf ba’ melainkan dengan dibariskan akan huruf kaf dan yaitu mengubah ia akan makna takbir maka tidak terjadi solat dengannya.

Dan yang afdhal ialah membaca takbir dengan dijazamkan huruf ra’ yaitu disebut اللَّهُ أَكْبَرْ akan tetapi jika dibariskan huruf ra’ yaitu disebut اللَّهُ أَكْبَرُ maka takbir tersebut adalah sah kerana tidak mengubah akan makna.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَلَو لم يجْزم الرَّاء من أكبر لم يضر

Artinya : “Dan jikalau tidak dijazamkan huruf ra’ dari lafaz أكبر maka tidaklah mengapa.” (Kitab Al-Iqna’)

Kesembilan :

وَ أَنْ لاَ يَزِيْدَ وَاواً سَاكِنَةً أَوْ مُتَحَرِّكَةً بَيْنَ الْكَلِمَتَيْنِ

Dan bahawa tidak menambah akan huruf wau yang mati atau berbaris antara dua kalimahnya.

Maka jika ditambah akan huruf wau yang mati di antara dua kalimah nescaya jadilah bunyinya اللهُوْأَكْبَرُ Allahuu Akbar atau jika ditambah akan wau yang berbaris nescaya jadilah bunyinya اللهُ وَأَكْبَرُ Allahu Wa Akbar.

Berkata Syeikh Ad-Dimyathi :

ويضر زيادة حرف يغير المعنى

Artinya : “Dan memudaratkan solat oleh menambah huruf yang mengubah akan makna.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Berkata Imam Nawawi :

وَعَنْ زِيَادَةٍ تُغَيِّرُ الْمَعْنَى فَإِنْ وَقَفَ أَوْ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ بِمَدِّ هَمْزَةِ اللَّهِ أَوْ بِهَمْزَتَيْنِ أَوْ قَالَ اللَّهُ أَكْبَارُ أَوْ زَادَ وَاوًا سَاكِنَةً أَوْ مُتَحَرِّكَةً بَيْنَ الْكَلِمَتَيْنِ لَمْ يَصِحَّ تَكْبِيرُهُ

Artinya : “Dan daripada tambahan yang mengubah akan makna. Maka jika berhenti oleh seorang atau berkata Allah Akbar dengan dipanjangkan akan hamzah lafaz اللَّهُ atau dengan dua hamzah atau berkata أَكْبَارُ atau menambah akan huruf wau yang mati atau berbaris antara dua kalimahnya nescaya tidak sah takbirnya.” (Kitab Al-Majmu’)

Kesepuluh :

وَ أَنْ لاَ يَزِيْدَ وَاواً قَبْلَ الْجَلاَلةِ

Dan bahawa tidak menambah akan huruf wau sebelum lafaz الله .
Ini adalah kerana jika ditambah akan huruf wau antara dua kalimahnya maka jadilah sebutannya وَاللهُ أَكْبَرُ yang berarti dan Allah yang lebih besar maka ia mengubah akan makna takbir kerana wau itu adalah huruf athaf sedangkan tidak ada huruf athaf yang datang pada nas ketika melafazkan takbir.

Kesebelas :

وَأَنْ لاَ يَقِفَ بَيْنَ كَلِمَتَيِ التَّكْبِيْرِ وَقْفَةً طَوِيْلَةً وَلاَ قَصِيْرَةً

Dan bahawa tidak berhenti antara dua kalimah takbir dengan berhenti yang panjang dan tidak juga pendek.

Masudnya selepas menyebut lafaz اللهُ hendaklah terus menyebut lafaz أَكْبَرُ kerana jika ada berhenti yang lama antara dua kalimah itu nescaya tidak sah takbir dan begitu juga berhenti yang sedikit tetapi niat memutuskan keduanya akan tetapi jika berhenti sedikit kerana bernafas nescaya ia dimaafkan.

Berkata Ad-Dimyathi :

ولا يضر وقفة يسيرة بين كلمتيه، وهي سكتة التنفس

Artinya : “Dan tidak memudaratkan oleh berhenti yang sedikit antara dua kalimah takbir dan yaitu berhenti sekejap sekadar bernafas.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Kedua Belas :

وَ أَنْ يُسْمِعَ نَفْسَهُ جَمِيْعَ حُرُوْفِها

Dan bahawa memperdengarkan akan dirinya akan sekelian huruf takbir.
Maka wajib dibunyikan sebutan kesemua lapan huruf takbir pada lafaz الله أكبر sepertimana sekelian rukun qauli yang lain bagi sekurang-kurang sahnya sekali pun perlahan dan dapat didengar pada telinga sendiri
Maka tidak sah takbir yang tidak berbunyi seperti digerakkan bibirnya sahaja atau berbunyi pada kalimah الله sahaja atau pada kalimah أكبر sahaja atau hanya satu huruf sahaja yang tidak berbunyi maka yaitu tidak sah takbirnya.

Akan tetapi jika solat ia pada tempatyang bising seperti ada di situ bunyi air atau bunyi injin atau seumpamanya maka tidak mengapa tidak didengar oleh telinganya asalkan dia sudah menyebutnya dengan berlafaz sekira-kira jika hilang bising tersebut maka dengarlah oleh telinganya.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَأَن يسمع نَفسه جَمِيع حروفها إِن كَانَ صَحِيح السّمع وَلَا مَانع من لغط وَغَيره

Artinya : “Dan disyaratkan lagi bahawa memperdengarkan akan dirinya akan sekelian hurufnya jika dia orang yang elok pendengaran dan tiada halangan dari bunyi bising dan lainnya.” (Kitab Al-Iqna’)

Maka disyaratkan dengar pada telinga sendiri itu ialah wajib pada rukun qauli seperti takbiratulihram dan sunat pada selainnya seperti tasbih rukuk dan sujud yang jika tidak didengar pada telinga sendiri maka tidak terhasil sunnah.

Berkata Ad-Dimyathi :

ويجب إسماعه أي التكبير، نفسه إن كان صحيح السمع، ولا عارض من نحو لغط. كسائر ركن قولي من الفاتحة والتشهد والسلام. ويعتبر إسماع المندوب القولي لحصول السنة

Artinya : “Dan wajib memperdengarkan takbir itu akan dirinya jika dia sihat pendengaran dan tiada gangguan bunyi seperti bising sama seperti sekelian rukun yang lain seperti fatehah dan tasyahhud dan salam dan diperkirakan syarat memperdengarkan bacaan yang sunat p**a bagi menghasilkan sunnah.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Dan bermula bertakbir dengan kadar memperdengarkan dirinya sendiri ialah ke atas makmum dan yang solat sendirian sahaja.

Adapun imam maka sunat dia kuatkan bacaan takbir sehingga dapat mendengarnya oleh sekelian hadirin supaya mudah mereka mengikutnya.
Berkata Imam As-Syairazi :

وَيُسْتَحَبُّ لِلْإِمَامِ أَنْ يَجْهَرَ بِالتَّكْبِيرِ لِيُسْمِعَ مَنْ خَلْفَهُ وَيُسْتَحَبُّ لِغَيْرِهِ أَنْ يُسِرَّ بِهِ وَأَدْنَاهُ ان يسمع نفسه

Artinya : “Dan disunatkan bagi imam bahawa dia kuatkan dengan ucapan takbir supaya mendengar oleh orang di belakangnya dan disunatkan bagi selainnya perlahankan takbirnya dan sekurang sahnya ialah memperdengarkan bagi dirinya.” (Kitab Al-Muhazzab)

Dan adapun orang yang tidak dapat bercakap maka wajib dia gerakkan kedua bibirnya ketika takbir kerana apa yang dia mampu lakukan tidak gugur ketika ada yang dia tidak mampu.

Berkata Imam As-Syairazi :

وَإِنْ كَانَ بِلِسَانِهِ خَبْلٌ أَوْ خَرَسٌ حَرَّكَهُ بِمَا يَقْدِرُ عَلَيْهِ لِقَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا أَمَرْتُكُمْ بأمر فأتوا منه ما استطعم

Artinya : “Dan jika ada pada lidahnya kelu atau bisu maka wajib dia gerakkan bibirnya dengan barang yang dia mampu atasnya kerana sabda Nabi sollalahu alaihi wasallam : Apabila aku menyuruh kamu sekelian dengan suatu suruhan maka kerjakanlah daripadanya akan barang yang kamu mampu.” (Kitab Al-Muhazzab)

Ketiga Belas :

وَ دُخُوْلُ الْوَقْتِ فِيْ الْمُؤَقَّتِ

Dan masuk waktu pada solat berwaktu.
Ini adalah kerana takbiartulihram adalah satu juzuk daripada solat maka tidak sah mengerjakan solat yang mempunyai waktu kcuali setelah masuk waktunya samada solat wajib atau sunat.

Bermula solat wajib yang mempunyai waktu itu seperti solat lima waktu dan solat sunat yang mempunyai waktu itu seperti solat witir dan tarawih dan dhuha.

Maka wajib kesemua lapan huruf takbir itu dilafazkan setelah masuk waktu dan jika sebahagian huruf dilafazkan sebelum masuk waktu walau pun satu huruf sahaja nescaya tidak sah takbir tersebut.

Keempat Belas :

وَ إِيْقَاعُهَا حَالَ الاسْتِقْبَال

Dan menjatuhkannya ketika mengadap kiblat.
Yakni disyaratkan ucapan takbir itu dilafazkan dalam keadaan mengadap kiblat pada sekelian kalimahnya.

Maka jika satu huruf sahaja sekalipun dilafazkan sebelum mengadap kiblat sedangkan sekelian huruf yang berbaki dilafazkan mengadap kiblat nescaya takbir tersebut tidak sah.

Kelima Belas :

وَأَنْ لاْ يُخِلَّ بِحَرْفٍ مِنْ حُرُوْفِهَا

Dan bahawa tidak mencederakan satu huruf dari sekelian hurufnya.
Yakni orang yang solat itu hendaklah menyebut akan sekelian lapan huruf pada lafaz الله dan أكبر dengan betul sekira-kira tidak menukarnya dengan huruf yang lain.

Berkata Syeikh Ad-Dimyathi :

المراد بالإخلال عدم الإتيان به على ما ينبغي، بأن لم يأت به أصلا، أو أتى به من غير مخرجه

Artinya : “Yang dikehendaki dengan mencederakan itu ialah ketiadaan menyebut hurufnya atas yang sepatutnya seperti bahawa tidak disebut sama sekali atau disebutnya dengan sebutan yang bukan makhrajnya.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Berkata Syeikh Ad-Dimyathi :

ويضر إخلال بحرف من الله أكبر

Artinya : “Dan memudaratkan solat sebab mencederakan akan satu huruf dari lafaz Allahu Akbar.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Keenam Belas :

وَتَأْخِيْرُ تَكْبِيْرَةِ الْمَأمُوْمِ عَنْ تَكْبِيْرَةِ الإِمَام

Dan melambatkan takbir makmum dari takbir imam.
Yakni disyaratkan p**a hendaklah makmum mula melafazkan takbir selepas imam telah selesai dari takbirnya.

Berkata Imam Al-Imrani As-Syafie :

ولا يكبر المأموم حتى يفرغ الإمام وبه قال مالك، وأبو يوسف

Artinya : “Dan tidaklah bertakbir oleh makmum sehinggalah selesai imamnya. Dan dengannya juga berkata oleh Imam Malik dan Abu Yusuf.” (Kitab Al-Bayan)

Bermula dalilnya ialah sabda Nabi sollallahu alaihi wasallam :

فَإِذَا كَبَّرَ الْإِمَامُ فَكَبِّرُوا

Artinya : “Kemudian apabila imam telah selesai bertakbir maka hendaklah kamu sekelian p**a bertakbir.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Maka jika makmum menyertai bersama-sama imam melafazkan takbir atau imam belum selesai takbir makmum memulakan takbir nescaya takbir makmum adalah tidak sah.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Address

Lot 12953, Batu Enam Bandaring
Kampong Gerik
33300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Darul Mafatihul 'Ilmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Maahad Tahfiz Darul Mafatihul 'Ilmi:

Share